CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8201|Reply: 140

[Tempatan] 1MDB: PAS puas hati selepas jumpa Arul Kanda

  [Copy link]
Post time 8-8-2017 09:22 AM | Show all posts |Read mode
504 5 0 518


1MDB: PAS puas hati selepas jumpa Arul Kanda
[color=rgb(112, 112, 112) !important]Mohamad Fadli
| August 7, 2017


Presiden 1MDB menerangkan hutang 1MDB dan pelan rasionalisasi kepada Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan hampir 30 AJK PAS Pusat, dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.


AMPANG: PAS hari ini berkata mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang itu dari presiden 1MDB sendiri, Arul Kanda Kandasamy.
Arul Kanda memberikan penerangan kira-kira 2 jam kepada Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sidang meja bulat itu diadakan di Hotel de Palma, Ampang pada jam 9.00 pagi tadi.
“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas sidang tersebut.
Syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 1 Ogos memberikan masa 5 hari bekerja kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion) yang gagal dibayar pada 31 Julai.
1MDB dalam kenyataan berkata mereka komited untuk memenuhi obligasi kepada IPIC pada Ogos nanti, tanpa memberikan tarikh khusus.
1MDB berkata semua bayaran kepada IPIC akan dibuat menerusi pelan rasionalisasi 1DMB, di mana ia akan menjual aset. Menurut 1MDB, kelewatan membayar hutang disebabkan perlu mendapatkan “kelulusan kawalan selia”.
Di sidang media hari ini, Tuan Ibrahim berharap 1MDB diberi peluang untuk menyelesaikan hutang kerana kelewatan menyebabkan kos faedah yang besar iaitu AS$1.9 bilion setahun.
Tuan Ibrahim memberitahu pemberita Arul Kanda turut menunjukkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB kepada mereka.
“PAC tak boleh selesaikan masalah sebab dianggotai 8 ahli Parlimen BN dan 5 ahli Parlimen pembangkang, dan tindakan belum ada.”
Tuan Ibrahim mengulangi gesaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk melihat isu 1MDB, khususnya sebelum Arul Kanda dibawa masuk ke dana milik kerajaan itu.
“Cadangan tersebut telah dikemukakan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pada 13 Oktober 2015. Saya fikir paling awal cetuskan idea RCI diwujudkan dalam isu 1MDB,” tambahnya.
“Kita harap tak banyak campur tangan politik sebab sudah ada pelan telah dikemukakan beliau (Arul).”
Arul Kanda tidak turut serta dalam sidang media PAS dan tidak mahu memberi sebarang ulasan kepada media.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 09:25 AM | Show all posts
mesti Arul Kanda selang seli dengan ayat quran masa terangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 10:05 AM | Show all posts
hari ni tarikh akhir bayar balik hutang yg tertunda.... bayar ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem siot Arul ni di zaman remaje..  Sume yang memandang pasti tertawan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 10:51 AM | Show all posts
PANDAP tak nak jumpa ke....dapatkan perjelasan...

tapi jumpa pun tak guna sebab 1MDB nak dijadikan isu politik PANDAP....jelaskan macam mana sekalipun,
mereka ini akan beri perjelasan yg mengelirukan kepada rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Arul Kanda ada jelaskan mana duit 2.6 billion yg bg IPIC palsu? Ke lobai takut nak tanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan seterusnya kenapa 1MDB kena bayar 5.2 billion dlm tahun ni? 2 kali ganda duit bayaran IPIC palsu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai2 ni reti ke ekonomi? Arus bagi ayat putar keling dia pon kau org angguk je kan? Lepastu sembang kata paham. Apa kata @nobito @wajevo @rashiman yg selalu ditipu umngok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 11:09 AM | Show all posts
pelan rasionalisasi .... mmg laa berpuas ati...  sbb focus mcm mane nak sattle kan hutang...

yg kita nak tau... how the debt comes in at the 1st place? to who? why it happen? who take banefit the most? why the transactone done via certain org./ppl? why other countries claim it is wrong but not Malaysia?


cth mudah... kita kantoi merogol dan termengandung plak....  pastu pi jumpa org tua pompuan tu ckp kita bertanggung jawab nak kawen ngan dia & jaga anak....

so as parent, pttkan kita tutup kes rogol td biarpun perogol nak bertanggungjawab or ada pak sanggup?

so duit rakyat dah dirogol..... tp perogol nak bayar balik...  blh ke secara automatic perogol jd suci?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:13 AM | Show all posts
bit replied at 8-8-2017 10:56 AM
Arul Kanda ada jelaskan mana duit 2.6 billion yg bg IPIC palsu? Ke lobai takut nak tanya..


Lapuran kewangan, lapuran audit telah diserahkan kpd PAC untuk disemak..perjelasan keluar masuk duit boleh diperolehi dari Lapuran PAC

DR3/2016 - Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
http://www.parlimen.gov.my/pac/laporan-mesyuarat-pac.html?arkib=yes&year=2016&id=66





Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:16 AM | Show all posts
MengkuduMasam replied at 8-8-2017 11:09 AM
pelan rasionalisasi .... mmg laa berpuas ati...  sbb focus mcm mane nak sattle kan hutang...

yg k ...

Bukan duit rakyat yg dirogol,
dikembalikan duit pelaburan IPIC..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Politician bodoh. Punca bayar pada syarikat yang salah tak dibincangkan pun. Dah mengaku salah bayar pada syarikat yang x sepatutnya...takde tindakan apa2 pun. Billion2 tu bukan seringgit dua...kimak punya politician...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:30 AM | Show all posts
rashiman replied at 8-8-2017 11:16 AM
Bukan duit rakyat yg dirogol,
dikembalikan duit pelaburan IPIC..




jadi maiknanya rakyat dan negara pula terpaksa ambil alih

menanggung hutang 1mdb  ??    tapi kenapa status menjadi rahsia negara  ??

kenapa di parlimen tak boleh bahas  ??
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:32 AM | Show all posts
xy_daen replied at 8-8-2017 11:25 AM
Politician bodoh. Punca bayar pada syarikat yang salah tak dibincangkan pun. Dah mengaku salah bayar ...




la ..  dah salah bayar pulak  ??

awatt bodo sgt kerajaan ni  ??


-  dan awatt tak pie kutip balik  ??
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:42 AM | Show all posts
Ada tak PAS tanye kenapa 1MDB kebal sampai audited report tak boleh reveal... tak boleh bincang dlm parlimen... kenape byk scandal terbongkar di luar negara in fact banker kat singapore pun dah jatuh hukuman tapi kat malaysia NOTHING can be done....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:42 AM | Show all posts
dess402 replied at 8-8-2017 11:30 AM
jadi maiknanya rakyat dan negara pula terpaksa ambil alih

menanggung hutang 1mdb  ??    t ...

1MDB lah yg menanggung hutang ..
berhutang utk membeli aset...
plan rasionalisasi, sebahagian aset dijual utk mengurangkan hutang...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 11:48 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 8-8-2017 11:42 AM
Ada tak PAS tanye kenapa 1MDB kebal sampai audited report tak boleh reveal... tak boleh bincang dlm  ...

Syarikat 1MDB atau stafnya tiada lagi yg dihukum, yg didapati bersalah diluarnegara...

banker, remiser yg didapati bersalah diluarnegara , ada salahlaku dari segi peraturan bank dlm menyediakan pinjaman dana kepada pihak syarikat yg nak melabur dengan 1MDB.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:49 AM | Show all posts
sayang_mulut replied at 8-8-2017 09:25 AM
mesti Arul Kanda selang seli dengan ayat quran masa terangkan...

Hahahahahahaha.........
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 12:03 PM | Show all posts
sayang_mulut replied at 8-8-2017 09:25 AM
mesti Arul Kanda selang seli dengan ayat quran masa terangkan...

tiada masalah bagi Arul kerana dia beragama islam...
skrg..yg bukan beragama islam pun dah cuba2 menggunakan ayat al-quran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 12:06 PM | Show all posts
MengkuduMasam replied at 8-8-2017 11:09 AM
pelan rasionalisasi .... mmg laa berpuas ati...  sbb focus mcm mane nak sattle kan hutang...

yg k ...
  1. so duit rakyat dah dirogol..... tp perogol nak bayar balik...  blh ke secara automatic perogol jd suci?
Copy the Code

memang lah Beb...mula mula dah dirogol......lopeh tu nak nak bayaq baliq pelaburan IPIC...keno lah rogol lagik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 1.338597 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list