CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pendeta

[Tempatan] 1MDB: PAS puas hati selepas jumpa Arul Kanda

  [Copy link]
Post time 10-8-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 10-8-2017 11:55 AM
Sebab lobai berpuas hati dgan penerangan Arul kandak. Xde tentangan pon drpd lobai PASampah. Nampa ...

Lobai pis bukannya macam lobai taliban isis mossad extremist agresif. Specis tu dah lari tinggalkan pati pis. Macam kau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 12:27 PM | Show all posts
'Takziah Pas, kami ahli Pas dukacita'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 10 OGOS 2017

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa partinya telah diperdaya dalam isu 'penjelasan 1MDB'.

Rentetan itu, Mahfuz berkata, beliau hanya boleh menzahirkan ucapan takziah kepada partinya itu.

"Di mana rasionalnya plan rasionalisasi 1MDB yang membuatkan parti saya (Pas) berasa 'puas hati' itu?


"Dalam hal ini, tiada apa yang dapat saya katakan melainkan saya ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan parti saya yang terang-terang diperdayakan oleh 'ahli silap mata' sedangkan hakikat sebenar skandal 1MDB ini amat jauh lagi jalan penyelesaiannya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas puas hati sesi meja bulat 1MDB]

Sebelum ini, pimpinan tertinggi Pas yang diketuai oleh Tuan Ibrahim bertemu dengan Arul  bagi mendengar penjelasan daripadanya mengenai isu 1MDB.

Di akhir pertemuan dilaporkan Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu tersebut.

Tuan Ibrahim sebelum ini dipetik berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Arul mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Mahfuz berkata, beliau turut mahu mengucapkan 'tahniah' kepada Arul Kanda Kandasamy dan 'pakar ekonomi' yang turut serta dalam pertemuan meja bulat itu kerana berjaya meyakinkan Tuan Ibrahim dan partinya sehingga rasa berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan 1MDB yang sedang dilaksanakan sekarang.

"Skandal 1MDB yang disimpulkan sebagai 'nasi sudah menjadi bubur' itu amat jijik dan meloyakan rakyat kerana bubur yang terhasil itu sudah basi akibat ketidaktahuan tentang selok belok peralatan yang menjadi penyebabnya," katanya.

Katanya lagi, rakyat seluruh negara termasuk beliau dan ahli-ahli Pas seluruh negara dukacita apabila pimpinan partinya sedang dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai 'tukang cuci najis' 1MDB.

"Kenyataan 'Pas puas hati plan rasionalisasi 1MDB' bukanlah satu solusi sebaliknya menyebabkan rakyat sakit hati pada Pas dan menjadi bahan ketawa peminat lawak jenaka sampai tak kering gusi," katanya.

aku rasa makin pecah PAS nnt nih...pasal 1MDB,pasal dedak UMNO...ujung2 nnt salahkan DAP
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 02:05 PM | Show all posts
rashiman replied at 9-8-2017 05:32 PM
Sebab itu akan buang masa jika Arul menjelaskan kpd puak2 yg mcm nie...
walaupun baik macam mana  ...

sepatutnya politik jangan campur dgn ekonomi dan masyarakat...lebih lebih lagi fitnah...

politik kita tak matang lagi nampaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
wajevo replied at 10-8-2017 12:11 PM
Lobai pis bukannya macam lobai taliban isis mossad extremist agresif. Specis tu dah lari tinggalka ...

Ye lah lobai PASampah bodoh lembik xberani lawan,kaki pelahap dedak sebab tu duduk diam je dan terima penjelasan penyangak. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 10-8-2017 02:05 PM
sepatutnya politik jangan campur dgn ekonomi dan masyarakat...lebih lebih lagi fitnah...

politi ...

Wei babi, politik apa pulak ni ha?!! Org bagi dateline utk bayar hutang, kau tak bayar DUA Kali pulak tu, dah kena denda interest semua tu sape nak bayar? Tu politik apa benda sial?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 10-8-2017 12:27 PM
aku rasa makin pecah PAS nnt nih...pasal 1MDB,pasal dedak UMNO...ujung2 nnt salahkan DAP
...


Sekarang Dap Pan yang kulu kilir salahkan lobai. Sikit-sikit salahkan lobai. Parti pas parti kecik jah, cina, india dah takmo sokong parti pas. Ramai dah bagi sokongan tak berbelah bagi ke pakatan. Felda umno pegang.
Jadi apa pentingnya parti pas lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2017 04:11 PM | Show all posts
wajevo replied at 10-8-2017 03:53 PM
Sekarang Dap Pan yang kulu kilir salahkan lobai. Sikit-sikit salahkan lobai. Parti pas parti kec ...

ngaku parti kecik plak dahhhh..dulu kata kuat bila sendirian




pasal 1mdb PH salahkan UMNO, jgn perasan laa



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 05:36 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 10-8-2017 02:57 PM
Wei babi, politik apa pulak ni ha?!! Org bagi dateline utk bayar hutang, kau tak bayar DUA Kali pu ...

Yang kau sibuk pasal bisnes 1MDB buat apa, bukan kau atau rakyat yg bayar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by system_failure at 10-8-2017 05:44 PM

Horeyyy pak arab lahanat dah suh bayor riba lagi 2 hari lagi...
Tu baru dia punya bunga aje tau...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 10-8-2017 05:36 PM
Yang kau sibuk pasal bisnes 1MDB buat apa, bukan kau atau rakyat yg bayar.

Abih tu sapa yg tukang bayor?

Oh lupe pulak.. 1mdb ni kan dilindungi bawah AKTA RAHSIA NEGARA..

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
.         

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 05:51 PM | Show all posts
system_failure replied at 10-8-2017 05:43 PM
Horeyyy pak arab lahanat dah suh bayor riba lagi 2 hari lagi...
Tu baru dia punya bunga aje tau...  ...

tahulah MOF dan 1MDB uruskan...

nilai aset 1MDB melebihi dari hutang yg ditanggung...


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
.         

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 07:36 PM | Show all posts


Rakyat diperbodohkan, 1MDB dijadikan alat politik.

Disebalik Kemelut 1MDB Yang Dipolitikkan


musram rakunman   
12 Comments
1MDB
Thursday, 13 July 2017  


Menerusi pilihan raya, parti yang mendapat majoriti kerusi, maka parti itulah yang membentuk kerajaan. Sokongan terhadap parti juga bergantung kepada para pemimpin dan ahli parti.

Tidak dapat dinafikan, dalam sesebuah parti, terdapat pemimpin yang terpalit dengan imej buruk, selain tindakan pemimpin juga pihak-pihak yang ada hubungkait dengan mereka.

Kini, Dato Seri Najib Razak terpalit dengan isu 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau semasa masih Timbalan Perdana Menteri.

Kalau diteliti betul, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, tidak merugikan negara apatah lagi rakyatnya, kerana obligasi kerajaan terhadap syarikat itu adalah melalui dana RM1juta semasa menubuhkan syarikat tersebut.

Modus operandi syarikat itu mendapatkan modal perniagaan adalah melalui pinjaman dan penerbitan bon.

Seperti yang tular kini, kebocoran berlaku, apabila menerusi penerbitan bon, “perantara” dalam rangka penerbitan bon, mendapat manfaat kewangan.

Terbitan bon 1MDB yang berjumlah AS6bilion, dikatakan AS1bilion daripadanya dibayar dalam bentuk komisyen kepada pihak perantara. Dengan kata lain, melalui penerbitan bon itu, 1MDB hanya menerima AS5bilion, akan tetapi dibebankan dengan hutang As6bilion tidak termasuk faedah.

Adat berniaga, perlu ada risko. Risko yang diambil 1MDB adalah melalui pinjaman. Namun risiko yang diambil itu memberi manfaat kepada syarikat itu, termasuk kepada negara dan rakyat.

Antara manfaat yang terhasil akibat risiko yang ditempah syarikat itu, apabila membeli beberapa IPP yang dibina semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir. Akibat pembelian beberapa IPP itu, maka tarif litrik di negara ini berjaya dikekang kenaikkannya, selain kerajaan dapat berjimat RM10bilion setahun melalui bayaran subsidi harga minyak yang digunakan oleh IPP tersebut.

Malah, akibat tertubuhnya syarikat gergasi itu, maka terwujud Bandar Tun Razak, dan terbinanya pengakalan TUDM baru di Negeri Sembilan, yang lebih canggih berbanding pengkalan TUDM Sungai Besi. Semua kos pembinaan pengkalan TUDM baru itu, ditanggung sepenuhnya syarikat gergasi tersebut, selain membayar kos tanah bagi pengkalan TUDM Sungai Besi.

Juga melalui tertubuhnya syarikat itu, sumbangan sosial  kepada rakyat sungguh banyak, termasuklah tajaan kepada umat islam terpilih menunaikan ibadat haji sejak tahun 2013.

Apa yang dipermasalahkan oleh pihak-pihak tertentu, adalah ‘bayaran” komisyen kepada perantara terbitan bon syarikat itu, dan ‘kebetulan” individu yang dikatakan “perantara” kepada terbitan bon itu adalah Low Taek Jho, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang.

Kini, berbagai pihak mengejar wang komisyen itu, termasuklah Amerika, Singapura dan beberapa negara lain, dan mengkategorikan wang komisyen itu dalam pengubahan wang haram, atau wang curi.

Di Singapura, beberapa penasihat kewangan didapati bersalah, kerana terlibat mengurus wang komisyen daripada Jho Low, malah beberapa bank didenda termasuk diperintah ditutup.

Di Amerika melalui DOJ Amerika, dikatakan sebahagian komisyen AS1bilion itu, AS540milion daripadanya telah digunakan membeli harta di negara itu, dan perlu dirampas.

Apa yang sangat menarik, sejak diuar-uarkan oleh berbagai pihak, kononnya ada wang 1MDB telah dicuri, akan tetapi syarikat gergasi itu, sehingga kini menafikan, bahwa tiada wang syarikat itu telah hilang atau dicuri, namun, tidak mengulas berkaitan dengan komisyen terhadap perantara.

Syogianya, tindakan yang betul yang perlu dilakukan syarikat itu, adalah menjelaskan, bahawa semasa menerbitkan bon, maka ada perantara yang terlibat, dan syarikat menjanjikan, jika bon dapat dilanggan maka komisyen akan dibayar. Adalah obligasi syarikat penerbit bon, untuk membayar komisyen, kerana perantara juga mempunyai tugas mempertemukan pelanggan bon dengan penerbit bon.

Dalam dunia kewangan, jika syarikat belum mempunyai rekod perniagaan, maka jarang sekali mempunyai peluang untuk menerbitkan bon, kerana bon biasanya bernilai di atas AS1bilion atau RM1bilion jika diterbitkan dalam negara.

1MDB tiada rekod perniagaan, kerana hanya ditubuhkan pada Februari 2009 dengan modal berbayar RM1juta.  Jika diteliti betul, sesebuah syarikat yang bermodal RM1juta, boleh juga mendapat pinjaman, akan tetapi jumlah pinjaman itu, paling tinggipun 2kali berbanding modal berbayar.

1MDB sejak ditubuhkan, telah berjaya mengumpul harta termasuk wang tunai sebanyak RM54bilion, dan menurut laporan kewangan syarikat itu, semua hutang jangka pendek telah dilangsaikan, kecuali terbitan bon.

Hingga setakat ini, tiada indikasi, bahawa syarikat itu perlu dibill-out, malah projek-projek yang sedang dan bakal dilaksanakan syarikat itu menurut jadual dan perancangan.

Mengapa syarikat itu menjadi bahan cerita berbagai pihak? sebabnya atas kewujudan syarikat itu, ada pihak yang mendapat keuntungan, selain itu ada pihak yang kehilangan pegangan perniagaan, iaitu para pemilik IPP yang dibeli 1MDB.

IPP yang dibeli 1MDB, adalah syarikat yang mempunyai perjanjian  berat sebelah, sehinggakan sungguh membebankan rakyat, kerana syarikat itu mempunyai kuasa menaikkan tarif litrik yang dibekalkan kepada TNB. TNB terpaksa membayar kompensasi terhadap perbezaan tarif litrik yang dikenakan syarikat-syarikat itu kepada TNB, dengan tarif yang dikenakan kepada rakyat.

Dengan pembelian seluruh IPP  itu, selain tarif litrik di negara berjaya tidak dinaikkan, malah kerajaan berjaya berjimat RM100bilion.

Jika semua IPP diperpanjang, maka RM100bilion, akan menjadi sumber kekayaan pemilik IPP itu. Sebab itulah, para pemilik syarikat tersangat marah, siapa manusia yang normal, tidak marah, apabila kehilangan wang sebanyak itu?

Menerusi perancangan awal, memang 1MDB mahu menjadi pelaksana bekalan tenaga di di negara ini, melalui Edra, akan tetapi akibat berbagai konspirasi, maka EDRA terpaksa dijual kepada syarikat China, bagi melangsaikan hutang yang digunakan membeli IPP yang dikumpulkan melalui EDRA, akibat, 1MDB gagal menerbitkan IPO.

Rakyat negara ini, perlu berfikir secara rasional dan matang, sebelum percaya kepada dakwaan pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir dan mendapat sokongan media luar negara, termasuk DOJ Amerika, berkaitan 1MDB yang memalitkannya dengan Dato Seri Najib Razak, kerana dakwaan itu, hanya berpunca daripada perebutan perniagaan.  Perebutan perniagaan yang dijadikan bahan politik.

Sebenarnya, jika diteliti, rakyat negara ini, tidakpun rugi dengan wujudnya 1MDB, malah rakyat biasa mendapat memanfaat; yang dirugikan hanya para pemilik IPP, dan para kontraktor yang tidak mendapat projek sebagai pelaksana di Bandar Tun Razak, atau pembinaan pengkalan baru TUDM. Mereka yang marah itu, adalah para pencari kontrak “turn-key project”, dan mereka itu, terdiri daripada  mereka yang ada hubungan dengan  Tun Dr Mahathir.

Akibat perebutan perniagaan, maka DS Najib dipalitkan dengan isu wang derma AS681juta yang disumbangkan keluarga DiRaja Arab Saudi sebelum PRU-13. Wang itu kononnya wang 1MDB, kerana mengaitkan dengan “jumlah” komisyen yang diterima perantara (broker) semasa penerbitan bon 1MDB.

Penulis pernah menjadi “wealth advisor” dan komisyen yang diperoleh bagi setiap pelaburan adalah 3.2%, ertinya, kalau seseorang melabur RM1juta, maka penulis dibayar komisyen RM32,000, manakala pelabur itu dikenakan caj sebanyak 6.5%, atau pelabur perlu membayar RM65,000 sebagai kos pelaburan.

Memanglah, kalau dikira, komisyen sebanyak AS1bilion daripada AS6bilion adalah 16.7%, memang tinggi, tetapi, jumlah itulah mungkin syarat dan terma perundingan itu. Dalam perundingan itu, masing-masing pihak menerima  terma “willing sale and willing buy”. Jadi apa masalahnya???

Mereka yang mendakwa dirugikan melalui perniagaan 1MDB, tidak lain tidak bukan hanya berlegar-legar kepada mereka yang hilang peluang perniagaan, bukannya rakyat jelata. Jika ada rakyat negara ini merasa dirugikan, kena jujur pada diri sendiri, kerugian daripada segi apa? Fikir-fikirkan lah'


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebodohan macai tiada tandingan, moga dimasa depan anak cucu cicit mereka kencing je atas kubur sbb menyusahkan generasi masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dodolgemok at 10-8-2017 08:58 PM
wajevo replied at 10-8-2017 03:53 PM
Sekarang Dap Pan yang kulu kilir salahkan lobai. Sikit-sikit salahkan lobai. Parti pas parti kec ...


Ehh PASampah dah x kuat ke? Bukan kata PASampah kuat bersendirian? Kuat ke tewwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 10-8-2017 05:36 PM
Yang kau sibuk pasal bisnes 1MDB buat apa, bukan kau atau rakyat yg bayar.

Eh bangang sebab rakyat kena bayar laa aku dan ramai org bising. Babi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bit replied at 10-8-2017 08:01 PM
Kebodohan macai tiada tandingan, moga dimasa depan anak cucu cicit mereka kencing je atas kubur sbb  ...

Amin... Kencing atas kubur @rashiman laju sikit. Tambah berak cirit sekali
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 09:12 PM | Show all posts
bit replied at 10-8-2017 08:01 PM
Kebodohan macai tiada tandingan, moga dimasa depan anak cucu cicit mereka kencing je atas kubur sbb  ...


kalau generasi sekarang nak balik Kota Bahru ,dalam masa 8-12 jam malah ada masa2 tertentu lebih daripada itu...
generasi akan datang dijangka lebih senang...dlm masa 4 jam aje dah sampai KB..
Pan-Borneo Highway, Keretapi laju KL-Singapore....pertumbuhan ekonomi dikawasan terbabit dijangka pesat, peluang
pekerjaan turut bertambah....untuk masa depan anak cucu cicit kita...

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 09:57 PM | Show all posts
sayang_mulut replied at 8-8-2017 09:25 AM
mesti Arul Kanda selang seli dengan ayat quran masa terangkan...

Hahahahaha... sesambil disambut dengan laungan takbirrrrrrrrrrrrrrrrr oleh lobai lobai PAS...hahahahaha

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.093956 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list