CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19983|Reply: 79

Flat Earth or Global Earth: An Academic Discussion with Scientific Reasonings

  [Copy link]
Post time 8-8-2017 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mnm77 at 8-8-2017 04:04 PM

Bumi berbentuk rata (flat) atau Bumi berbentuk glob (sfera/bulat): Satu Perbincangan Akademik bersama Penjelasan Saintifik

Salam warga Forum CARI sekalian...

Saya bercadang untuk berbincang secara akademik, bagi sesiapa yang ingin pertahankan bentuk bumi, adakah rata (flat) seperti yang dikatakan oleh pihak tertentu, atau bentuk bola (sfera, mudah sebut bulat) seperti yang diajarkan melalui subjek sains pada abad ini.

Sebelum ini sudah ada tajuk yang hampir sama, tetapi saya dapati kurang perbahasan secara akademik, sebab itu saya buka bebenang baru, untuk lebih 'fresh', dan saya harap berbincangan dapat dibuat ikut isi/point satu per satu untuk lebih mudah kita ikut.... kalau lambak terus 100 isi, kurang menarik dan ambil masa untuk jawab...jadi.... kita bincang satu persatu, siapa yang minat boleh bagi input dan point, samada setuju atau tidak setuju, atau sekadar perkongsian berkaitan isi/point yang dibincangkan...

Tajuk dalam English, boleh tarik perhatian serata dunia, siapa yang nak bincang....dialu-alukan...perbincangan dwi bahasa, dalam English atau boleh juga Bahasa Malaysia.

Saya boleh buka topik ini di Bod Sains & Teknologi (Matematik, Kejuruteraan, Sains & Teknologi), tapi saya buka di sini kerana saya nak bincang kalau boleh dengan para ilmuan Islam... dan kalau boleh ada dalil lagi baik. Walau bagaimanapun non-Muslim dialu-alukan juga jika berminat untuk berbincang bersama...


  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tajuk menarik!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
60. Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun".

tafsir surah Al-Kahfi

ini antara dalil jelas mengenai hakikat dunia itu sebenarnya kelihatan seakan-akan bulat.

meskipun pada ayat itu, ianya mengenai perjalanan Nabi Musa bersama pengikutnya Nabi Yusya' mencari Khidir, akan tetapi hakikatnya ALLAH menerangkan kpd kita, pertemuan antara 2 laut itu menjelaskan bumi itu kelihatan seakan-akan bulat. yakni, bila terdapatnya anjung daratan yg kelihatan memisahkan kedua-dua lautan berkenaan, laut itu sendiri terhubung utk menjelaskan bumi itu hakikatnya bulat.

secara amnya, di dalam Alquran terdapat beberapa ayat yg menerangkan mengenai bukit-bukit  dan gunung-ganang. sekiranya kita mampu memanjat bukit/gunung sehingga ke puncaknya, dari situ kita akan nampak makna hamparan dan juga hakikatnya setiap penjuru bumi yg dilihat itu kelihatan bulat .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 04:52 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 8-8-2017 09:30 PM

Tujuan saya buka bebenang ini juga, supaya dapat berbincang dengan lebih jelas (moga-moga), apa yang didakwa bumi bentuk bulat ini mitos dan pembohongan semata-mata oleh pihak yang mempercayai bumi ini rata.

Justeru, saya akan ambil point-point yang dibawa oleh pihak yang mendakwa bumi ini rata, dan membincangkannya, dengan harapan ia menjadi lebih jelas..

Baiklah, untuk memudahkan rujukan, antara point yang dibawa boleh dilihat dalam youtube:


Point 1:
Peta bumi rata adalah dasar peta bumi globe/bulat

Point di atas tidak membuktikan pun bumi ini datar, hanya disebabkan dasar pembuatan peta globe itu dari peta bumi rata. Ia lebih kepada transformasi jarak yang dianggar/diukur secara 'mendatar' di bumi (sebab bumi sangat luas sehingga nyata nampak datar), kepada jarak model kecil globe bumi, atau peta bumi atas globe.

Point 2:
Manusia tak akan dapat lintas antartika (minit 6:50), sebab:
- ada dinding ais (6:55)
- tiada penerbangan melintasinya

Hujjah sanggahan:

-Jika ada tembok tinggi yang menghalang, nescaya tembok ini akan dapat dilihat dari jauh, jika benar bumi ini datar. Ada sesiapa yang boleh lihat kewujudan tembok tinggi itu seperti yang didakwa? Tembok dalam youtube tu pun rendah saja....

- tiada penerbangan komersial kerana kawasan antartika beriklim ekstrim, jika berlaku kecemasan tiada fasiliti bantuan untuk penerbangan, bantuan secara darat pun sukar sebab daratan ais yang berisiko pecah, dan bantuan laut pun sukar kerana tersekat dengan bongkah ais di laut/air . Tiada populasi manusia yang menguntungkan pihak penerbangan untuk buat penerbangan, jadi mengapa perlu pergi ke antartika? Lagipun kebiasaan penerbangan dilakukan melalui waypoints, yang telah diketahui selamat. Waypoints yang baru diterokai akan diikut oleh penerbangan domestik atau internasional, jika diketahui selamat.

Di antartika, kalau ada pihak tertentu nak jadikan tempat operasi ketenteraan, itu kerana mereka lebih mudah dapatkan tempat itu kerana sudah diketahui tiada populasi manusia yang tinggi yang tinggal di situ.... maka operasi kerahsiaan ketenteraan (macam uji bom) boleh dilakukan tanpa banyak halangan dari masyarakat dunia

akan bersambung....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 8-8-2017 04:58 PM

gambar utk hiasan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 replied at 8-8-2017 04:52 PM
Tujuan saya buka bebenang ini juga, supaya dapat berbincang dengan lebih jelas (moga-moga), apa yang ...

http://www.bbc.com/indonesia/majalah/2015/09/150928_majalah_shell_arktik

tak juga. dr dulu sy tahu yg ini.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bagaimana caranya kita menguji utk mengetahui dunia ini bulat?

cara yg mudah adalah dgn melihat bentuk gelombang. mana-mana gelombang yg terhasil hakikatnya dalam bentuk hampir bulat.

ujikaji bumi itu bulat

dapatkan sebesen air. lalu dititiskan air ke dalam besen yg berisi air. gelombang yg terhasil itu antara cara paling mudah utk mengenai bumi itu kelihatan seolah-olah bulat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yg bertanya, bagaimana awak berkata bumi itu bulat sedangkan ujikaji itu sendiri sekadar menjelaskan riak gelombang air?

jawapan : air antara komponen utama yg terdapat di atas muka bumi. sekiranya bumi tiada graviti, maka air dalam suatu keadaan tertentu akan kelihatan seakan-akan rata atau lebih kpd makna hamparan.  maka bila kita mahu mengetahui bukti gelombang graviti yg wujud di permukaan bumi, setitis air mampu menghasilkan pelanggaran antara molukel air yg lain yg mana ianya akan menjelaskan bentuk gelombang graviti dan hakikat dunia itu bulat atau tidak menerusi gelombang itu.

secara ilmiah, sekiranya tidak berlaku gelombang yg terhasil dari penolakkan antara molekul air berkenaan, kita boleh simpulkan, bumi itu RATA tanpa prasangka. akan ttp hakikat hamparan yg Dia maksudkan-Nya meliputi apa kita nampak dan apa yg kita fahami menerusi ciptaan-Nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 06:35 PM | Show all posts
dovob replied at 8-8-2017 05:38 PM
ini antara konteks ilmu asas yg sewajarnya diajar dan difahami kerana rata-rata penganut yg beragama ...

ini antara konteks ilmu asas yg sewajarnya diajar dan difahami kerana rata-rata penganut yg beragama Islam jahil kerana tidak memerhati setiap ciptaan-Nya lalu merujuk terus petunjuk-Nya.





ni le ayatal setan kulup wal merengmeroyan
suka sangat hina/merendahkan org lain
species syok sendiri je lah hang ni nizammmmmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 8-8-2017 06:35 PM
ini antara konteks ilmu asas yg sewajarnya diajar dan difahami kerana rata-rata penganut yg beraga ...

ALLAH kan ada. tidaklah Dia tinggalkan perbuatan-Nya ke atas dunia ini melainkan kpd yg mahu memikirkan-Nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 08:57 PM | Show all posts
Perbezaan 'star trails' jika diperhatikan dari sebelah hemisfera utara, hemisfera selatan atau khatulistiwa jugak sepadan dengan teori bumi yang bulat.

Boleh cek star trail dari negara2 yang berbeza kat youtube, contohnya iceland di utara, malaysia di khatulistiwa, dan argentina di selatan.

Star trail simulator pun ade jugak kalo search kat google.
http://astro.unl.edu/naap/motion2/animations/ce_hc.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 09:42 PM | Show all posts

Ini contoh bentuk Flat Earth, didakwa matahari di atas, kecil, buat pusingan atas bumi...



Jika bumi leper, rata secara mutlaknya, berbentuk sedemikian (disc), maka mana mungkin boleh terjadi malam dan siang apabila matahari berada di atasnya. Penjelasan malam dan siang yang dikatakan boleh terjadi dari menerusi model di atas adalah sangat tidak jelas, dan dalam youtube ditunjukkan perjalanan matahari seolah-olah tiga segi ketika naik, kemudian turun.

Selain malam dan siang, model macam di atas juga tidak dapat menjelaskan gerhana matahari dan bulan, iklim musim sejuk di negara pada tertentu dan musim panas di negara tertentu, sedangkan jika berbentuk globe, sangat mudah diperjelaskan kenapa ada negara di hemisfera utara boleh mengalami musim sejuk, dan pada waktu yang sama, negara di hemisfera selatan mengalami musim panas...

Bagi pihak yang mempertahankan teori bumi datar, dialu-alukan sampaikan penjelasan. Mungkin ada salah faham, kita perlu raikan juga mana-mana pendapat yang menyatakan bumi ini datar, kalau tidak perbicangan hanya kepada penjelasan dari sebelah pihak saja....




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 10:26 PM | Show all posts
dovob replied at 8-8-2017 07:38 PM
ALLAH kan ada. tidaklah Dia tinggalkan perbuatan-Nya ke atas dunia ini melainkan kpd yg mahu memik ...

memang ALLAH ADA
BAHKAN LEBIH DEKAT DARI URAT LEHER.....
tapi
yg hang buat perangai perbuatan syaitan tu napa???
ALLAH PERINTAH - JANGAN HINA GOLONGAN YG LAINNYE
hang faham ke PERINTAH ALLAH yg ni????
kalau faham tu, buatlah...
ni dok kemaruk syok  dgn kedajalan lagi


....DARI NIKMAT2 TUHANMU YANG MANA LAGI YANG KAMU DUSTAKAN    wahaiiiiii nizam che yahya?????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bumi 'bulat'...bulat tidak semestinya bola
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 8-8-2017 10:26 PM
memang ALLAH ADA
BAHKAN LEBIH DEKAT DARI URAT LEHER.....
tapi

awak boleh berkata apa shj yg awak suka sekarang ini. tapi ingat, ALLAH tak pernah lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 02:44 AM | Show all posts
Salam TT

Topik ni sgt berat kalu di sini
Tetapi, adalah langkah yg terbaik
dan berharap sgt sekiranya dpt ditamatkan di bod ini.


Sains, terutamanya modern sains yg empirikal
mahukan bukti beserta ujikaji akan setiap model2 bumi
dan usaha ke arah memantapkan model global earth adalah paling banyak
kerana global earth telah menjadi ideologi, kepercayaan, keyakinan
kpd kebanyakan saintis mainstream dan disokong kuat (ijma )
Sedia maklum, flat earth (FE/bumi rata) dah pun dipseudosciencekan
Sejak sains moden diperkenal secara menyeluruh, globe earth (GE) diguna
Walaubagaimanapun, model FE masih diguna dlm aeronautik dan pemetaan.

Utk lebih terperinci, kena bincangkan satu2 bab.
Sebab wakil FE banyak bawa dakyah 'ditipu NASA'
wakil GE pulak mempertahankan fakta 'NASA'
* The National Aeronautics and Space Administration (NASA)

Pertama, antartika.
Kawasan yg tidak (dpt) diteroka
walhal, bulan dah jejakkan kaki.
- isu yg plg byk dibangkitkan, panjang berjelaaaa....

Keduanya, paling baik mulakan dgn sejarah awal
asal-usul model bumi, sejak old norse kuno hingga ke midieval
Dari situ akan dpt lihat perubahan persepsi manusia
terhadap wajah bumi drpd maklumat2 dan penemuan
yg ada dapatan/perolehan pd setiap zaman dia

P/s: Bulat dan sfera adalah dua benda.
FE guna model mangkuk bulat terlangkup rata.
GE guna model oblate spheroid (bujur tulur)
*elok bawa dalil dan nas drpd fanatik kedua2 model

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2017 05:41 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 14-8-2017 01:05 AM

Kalau ikut layer macam diceritakan allah ni, memang nampak macam flat. Tapi bukan flat earth, flat universe/ cosmos mungkin. Tuhan hiasi langit dunia (langit pertama dengan bintang2). Jarak setiap layer, puncak layer bawah hingga bawah layer seterusnya, 500 tahun setiap satu. tahun ape tuhan tak beritahu. Arasy adalah ciptaan yang paling besar allah cipta dan beritahu pada kita, seakan singgahsana atau pedati yang dipikul ribuan malaikat. Ribuan malaikat naik dari bumi ke langit-langit hingga ke bawah arasy pergi balik ikut laluan pantas tertentu, laluan tu panjang tapi sangat laju. Allah juga suruh manusia teroka ke langit setakat termampu, guna tenaga. Tenaga apa, Allah tak beritahu.

Arasy
Kursi
Lautan
Langit 7
Langit 6
Langit 5
Langit 4
Langit 3
Langit 2
Langit 1
Bumi
Ikut pandangan I sendiri, kita ni hidup macam dalam cubicle dalam bangunan, naik dari satu tingkat ke tingkat lain ikut lif. Nak jumpa pengarah, kena naik tingkat paling atas. Kat situ nanti, pengarah kadang-kadang akan ada di office menerima sembah. Office pengarah sangat besar kat tingkat paling atas. Tapi design dia bukan macam tower sebab tingkat atas paling besar berbanding tingkat paling bawah. Mungkin kita hidup atas sebutir bumi yang terapung seakan debu dibawah loceng / mangkuk yang ditelangkupkan. Hijab yang Allah buat dari melihat syurga neraka dan seluruh alam kekal milik Allah yang lebih luas.
Ikut saintis, diorang kata alam semeste berbentuk terompet. Satu hujung kiri sebagai titik mula dan satu hujung kanan tunjuk ruang yang semakin membesar sampai kiamat. Dalam Islam kata, sangkakala israfil dah ada sejak alam dicipta, dan mmg malaikat israfil dah ready nak tiup je. Pekata Kalau kita telangkupkan terompet ni, malaikat israfil mungkin ada sekitar bahagian atas, bawah qursi allah. Dan kita di bumi, di satu titik pada galaksi milky way, di kalangan beribu galaksi, dalam ruang trompet.


Galaksi milky way, di sebalik salah satu hujung pelepah milky way ni ada bumi sebesar titik. Allah ada kata dia cipta manusia antara makhluk terbaik ciptaannya. ANTARA. bukan satu-satunya. Maksudnya mungkin Allah ada cipta makhluk lain yang jugak antara yang terbaik eg: Thor ke ape la kan, yang mungkin mendiami galaksi galaksi lain. Iblis pun asalnya antara makhluk terbaik jugak, tapi dah turun taraf. Allah juga kata, kalau dia nak dia boleh je pertemukan makhluk-makhluk ciptaannya ni, ayat tergantung tak cakap di masa depan akan pertemukan ke tak. Kalau bertemu maksudnya, akan ada teknologi yang kita mampu terokai untuk bergerak antara satu galaksi ke galaksi lain. Yelah takkanlah galaksi lain sekadar kosong takde penghuni. Kalau tak maksudnya takdelah star trek, atau kalau ada pun, star trek dalam galaksi sendiri jela, manusia merayau di milky way. Allah juga kata jin, juga dicipta untuk sembah Allah macam manusia, dan jin boleh jalan dari satu hujung bumi ke satu hujung bumi dalam sekelip mata. Tu sekadar pakai tenaga sendiri, takkan jin tak cipta kenderaan? Mesti lagi jauh dan lagi laju boleh travel. Kalau ikut kehidupan jin, bumi menjadi sangat sempit, saiz satu galaksi mungkin memberi lebih ruang untuk jin bergerak. Mungkin jin jugak yang mendiami galaksi galaksi lain. Yelah jin kan banyak bangsa jugak. Mungkin galaksi adalah negara negara berbeza bagi kehidupan alam jim.


Bawah ni pulak versi orang dulu-dulu, ikut fahaman kosmologi kristian, mesir kuno dll. Nampak throne of god awat kecik je, dan bumi pulak flat begitu. Tapi lukisan ni kira idea tu ada, hampir sama lah.


Ni pulak konsep buddha. Tapi memang Allah ada sebut pasal arasy Allah atapnya berbentuk kubah, macam kat masjid gitu. Naik tangga jumpa tuhan bawah kubah.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2017 08:52 AM | Show all posts
kucing_2016 replied at 8-8-2017 10:48 PM
Bumi 'bulat'...bulat tidak semestinya bola

Boleh ulaskan lagi....?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2017 08:54 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 9-8-2017 08:57 AM
Lagubestbest replied at 9-8-2017 05:41 AM
Kalau ikut layer macam diceritakan allah ni, memang nampak macam flat. Tapi bukan flat earth, flat u ...

Boleh sertakan sumber mana yang sebut layer macam 'diceritakan' tu... Al-Quran? Hadith? Atau blog internet, pandangan penulis tertentu....?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2017 11:22 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 10-8-2017 09:18 AM
Dzulqarnain replied at 9-8-2017 02:44 AM
Salam TT

Topik ni sgt berat kalu di sini

Salam...

Betul topik berat...

P/s: Bulat dan sfera adalah dua benda.
FE guna model mangkuk bulat terlangkup rata.
GE guna model oblate spheroid (bujur tulur)
*elok bawa dalil dan nas drpd fanatik kedua2 model

Saya akan cuba bawa dalil dari Al-Quran dulu, hanya sebagai asas, bukannya untuk buat kesimpulan mutlak, kerana ia melibatkan tafsiran pada ayat yang umum, dan tafsiran boleh berbeda-beda berdasarkan kefahaman semasa atau setakat maklumat yang ada pada ketika itu. Tidak timbul isu untuk diskredit Ulama atau tok guru tertentu apabila ada perbezaan tafsiran pada isu ranting.... bukan seperti isu pokok (Aqidah) umat Islam, yang tiada beza pendapat kerana hujjahnya sangat jelas.

Imam Syafi'i (Rah.A) berguru dengan Imam Malik (Rah.A), akan tetapi bukan semua pendapat Imam Maliki dipakai oleh Imam Syafi'i, dan Imam Syafi'i tidak pernah sedikitpun diskredit keilmuan gurunya Imam Malik. Bahkan beliau (Imam Syafi'i) menyanjung Imam Malik. Perbezaan pendapat dalam isu ranting, adalah rahmat kepada umat Islam.... isu bentuk bumi ini sekadar ranting kepada ranting kepada ranting, yang terbuka kepada pembuktian dan penerokaan manusia dalam pencarian ilmu, yang mana ilmu Allah itu amatlah LUAS....

Berbalik kepada sumber Al-Quran, mari kita lihat beberapa ayat Al-Quran sebagai renungan sejenak:

Surah Al-Ghashiyah ayat 18-20:
وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ ڪَيۡفَ رُفِعَتۡ
وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ
وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ

Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?
Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?
Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?

Ayat di atas menyebut bumi dihamparkan. Secara zahir, bila dihamparkan, tentulah kita fikir ia menjadi rata bila dihamparkan. Adakah ini bermakna bumi rata seluas-luasnya? Apakah tafsiran rata, atau dihamparkan yang dimaksudkan dari ayat tersebut? Persoalan ini akan dikupas selepas kita lihat beberapa ayat lagi yang membawa penjelasan bumi dihamparkan...

وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ دَحَٮٰهَآ
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (An-Nazi'at, 30)

وَٱلۡأَرۡضَ فَرَشۡنَـٰهَا فَنِعۡمَ ٱلۡمَـٰهِدُونَ
Dan bumi itu Kami hamparkannya, maka (Kami) sebaik-baik yang menghamparkan (Az-Zariyat, 48)

أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدً۬ا
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? (An-Naba, 6)

Dan tafsiran 'hamparan' yang dimaksudkan pada ayat-ayat di atas ada pada ayat ini:

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ بِسَاطً۬ا  لِّتَسۡلُكُواْ مِنۡہَا سُبُلاً۬ فِجَاجً۬ا
Dan Allah menjadikan untukmu bumi sebagai hamparan, supaya kamu menjalani padanya jalan-jalan yang luas. (Nuh,19-20)

Subulan = jalan-jalan (plural), singular: sabeel = jalan
Fijaajan = luas

وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. (Ar-Rahman, 10)

Jika ada tafsiran menerusi ayat Al-Quran sendiri bagi ayat Al-Quran tertentu, tafsiran ini merupakan tafsiran yang terbaik.

Jelasnya ratanya bumi untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluk lain....untuk apa? Tentunya untuk menjalani kehidupan, kan? Kalau bumi ini penuh dengan lubang-lubang serata tempat, macamana nak berjalan dan menjalani kehidupan?


وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوۡلَا نُزِّلَ عَلَيۡهِ ٱلۡقُرۡءَانُ جُمۡلَةً۬ وَٲحِدَةً۬‌ۚ ڪَذَٲلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِۦ فُؤَادَكَ‌ۖ وَرَتَّلۡنَـٰهُ تَرۡتِيلاً۬ وَلَا يَأۡتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئۡنَـٰكَ بِٱلۡحَقِّ وَأَحۡسَنَ تَفۡسِيرًا
Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya (Al-Furqan, 33)

...Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya...

Seterusnya, pada Hari Akhirat nanti, gunung-gunung diperjalankan, dan kita (manusia) akan lihat bumi ini datar. Keadaan yang akan berlaku nanti, gunung-ganang akan didatarkan, semua manusia akan berkumpul, tanpa tinggal seorang pun.

وَيَوۡمَ نُسَيِّرُ ٱلۡجِبَالَ وَتَرَى ٱلۡأَرۡضَ بَارِزَةً۬ وَحَشَرۡنَـٰهُمۡ فَلَمۡ نُغَادِرۡ مِنۡہُمۡ أَحَدً۬ا
Dan (ngatlah) akan hari Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak Kami tinggalkan seorangpun dari mereka. (Al-Kahfi, 47)

Daripada ayat-ayat di atas, kita dapat tahu Bumi yang kita duduki sekarang ini dihamparkan, supaya ia menjadi luas dan kita boleh melakukan menjalani kehidupan kita di atasnya. Akhirat nanti juga kita akan melihat bumi datar (akan lebih jelas datarnya!) apabila tiada lagi gunung-ganang yang menghalang pandangan....

Persoalan adakah Bumi ini datar (sekarang ini)?
Pada zahirnya, ya bumi ini nampak datar, seperti yang kita lihat, dan seperti yang disebut secara zahir dari Al-Quran.

Persoalan adakah Bumi ini datar secara keseluruhannya?
Persoalan begini tidak diberi jawapan yang jelas dalam Al-Quran, maka kita perlu menggunakan akal kita untuk mencari jawapannya jika kita ingin tahu. Samada keseluruhannya datar atau tidak, tidak menjadi kesalahan pada kita untuk kita terokai. Pada zahirnya, memang Bumi ini datar.

Sama juga persoalan matahari dan bulan, pada zahirnya kita nampak bulat. Bentuk bulan tidak dijelaskan dalam Al-Quran, samada bulat 2 dimensi (2D) macam 'disc' (piring/cakera) atau 3 dimensi spherical (bentuk globe, 3D). Kalau nak tahu kena teroka ilmu ini, tidak ada salahnya...
Akan tetapi yang zahir pada kita, bulat 2 dimensi, kan....?

Adakah betul bulan bentuknya cakera 2D? Penerokaan ilmu sains memberikan penjelasan...3D spherical, bukannya bentuk cakera...namun apa pun dapatan dari penerokaan ilmu sains dalam isu bentuk bulan, tiada percanggahan dengan ayat Al-Quran samada terima atau tolak sekalipun....

Dalam Al-Quran, banyak ayat yang sebut perihal malam dan siang.... antaranya:

يُقَلِّبُ ٱللَّهُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَعِبۡرَةً۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَبۡصَـٰرِ
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti, sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran bagi orang-orang yang melihat (celik mata hatinya berfikir).
(An-Nur, 44)

Pertukaran malam dan siang silih berganti, ada pelajarannya.... jawapan kepada pertukaran malam dan siang membolehkan kita tahu bentuk bumi ini

وَهُوَ ٱلَّذِى مَدَّ ٱلۡأَرۡضَ وَجَعَلَ فِيہَا رَوَٲسِىَ وَأَنۡہَـٰرً۬ا‌ۖ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ جَعَلَ فِيہَا زَوۡجَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ‌ۖ يُغۡشِى ٱلَّيۡلَ ٱلنَّہَارَ‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan, dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)

Bumi terbentang luas....gunung-ganang, sungai, buah-buahan kejadian malam dan siang mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi yang mahu berfikir....

Bagaimana boleh terjadi bulan sabit, gerhana penuh, gerahana separa.... penjelasan untuk ini juga menerusi penerokaan ilmu sains... fikirkan....

Bersambung....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.125332 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list