View: 5318|Reply: 56
|
Akibat Masalah Bahasa, Percutian Sekeluarga Bertukar Jadi Tragedi Tembakan
[Copy link]
|
|
sumber : m
Gara-gara kenderaan yang dipandu tersalah belok di sebatang jalan raya, pasangan suami isteri warga Britain bersama anak-anak mereka diserang oleh sekumpulan lelaki dekat Rio de Janeiro
Memetik laporan Daily Mail, tragedi tersebut berlaku ketika keluarga terbabit dalam perjalanan untuk bercuti ke Angra dos Reis iaitu destinasi pelancongan popular yang terletak kira-kira 90 batu dari Rio de Janeiro.
Menurut Ketua Polis, Bruno Gilaberte, kumpulan lelaki tersebut mendekati kereta keluarga itu dan mengarahkan mereka supaya keluar dari kenderaan yang dinaiki sebelum tembakan dilepaskan.
Ketika kejadian, keluarga tersebut cuba mencari kedai untuk membeli air minuman ketika tersalah belok di sebatang jalan, jelas Bruno.
"Mereka tersalah maklumat mengenai lokasi kedai untuk membeli air minuman."
"Kerana masalah bahasa, berlaku sedikit kekeliruan. Mereka akhirnya pergi ke Agua Santa dan menjadi sasaran penjenayah."
Dilaporkan wanita yang dikenali sebagai Eloise Dixon mengalami kecederaan di bahagian abdomen dan menerima rawatan di sebuah hospital.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Takdelah gila aku nak gi brazil bercuti deh haii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang brazil sangat seksi! Sbb dia kan sama cuaca mcm kat malaysia. Hot n humid.
Kalau kat belah asean ni, sebijik filipino. Ya aulah baju wajib sleeveless |
|
|
|
|
|
|
|
So far tak penah travel sendiri. Ikot tour.. Nampak sangat tak indipendent, tapi betol la.. Memang tak brani{:spec |
|
|
|
|
|
|
|
Brazil kan salah 1 negara berbahaya d lawati...
Guna perkhidmatan pelancongan kan lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
American suka g brazil sbb murah n exotic.. tp kalo laki bini je x kisah la.. ni nak angkut anak skali ke tmpt yg so-so je thp keamannya.. mmg aku xkan buat keje tu la |
|
|
|
|
|
|
|
Brazil antara negara bahaya untuk pelancongan. Apapun kesian pada mangsa. Tak pasal je. Mau trauma anak-anak |
|
|
|
|
|
|
|
brazil mmg kadar jenayah tinggi,kadar buta huruf pun tinggi. so paham2 la x sekolah jdk gengster. |
|
|
|
|
|
|
|
Brazil antara negara pprt dunia yang akak tak teringin lansung mahu jejaki. |
|
|
|
|
|
|
|
yang tropical tu bahagian Amazon di utara Brazil dikkk....
kalau kat Rio, Sau Paulo di sebelah selatan semua tu sejuk ya....
|
|
|
|
|
|
|
|
brazil nie majoriti penganut kristian |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap ada kes perempuan Inggeris mati ketika buat bumpee jump kat Sepanyol sbb masalah bahasa. Yg pekerja kat menara tu x pandai bhs inggeris. Dia nak cakap no, tp bunyi now. Jd terjumlah perempuan Mat Salleh itu dan meninggal sbb x siap sedia lg. Lain kali nak melancong biarlah ada pemandu melainkan pandai bahasa negara kita pergi tu. Risiko bahaya dpt la dielakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kat brazil, industri kereta bulletproof berkembang pesat katanya. penjahat ramai sgt.
kalo berkemampuan traveling ke south america, drpd ambik risiko mati kering ditembak kat lorong rio de janeiro, baik akak bercikcuran ke Peru tengok Machu Picchu dan melepak dgn llama
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 8-8-2017 11:01 PM
kat brazil, industri kereta bulletproof berkembang pesat katanya. penjahat ramai sgt.
kalo berkemam ...
tmpt impian iols neh..
nampakbest je sbil berangan melangkau masa lalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian nya..lenkali mai la mesia..aku dgr kt poptv..bunga citra pun cita2 nk ke rio d jen..dgr negara latin ja tebayang lubuk dadah.. |
|
|
|
|
|
|
|
they are at the wrong place at the wrong time |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 8-8-2017 09:45 PM
yang tropical tu bahagian Amazon di utara Brazil dikkk....
kalau kat Rio, Sau Paulo di sebelah ...
Rio?? Sejuk??
Average 26-27 degree tu sejuk??
Lebih kurang suhu KL tahun 90an.. Tak pernah plak dengar org ckp KL sejuk time tu. lol
PALING sejuk malam pun 19 degree gitu la.. tu bg diorang celah gigi je. Nak2 jenis minum arak.
Humid level tu penting.. sama mcm malaysia hokeh..
Anyway.. key point dia. I nak highlight org brazil ni seksi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|