View: 6267|Reply: 118
|
[Tempatan]
Buru Ateis Habis-Habisan-Shahidan Kassim
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa memburu kumpulan ateis di negara ini habis-habisan, susulan dakwaan kewujudan Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang viral di laman media sosial, baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata gesaan itu kerana ideologi ateis adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, selain undang-undang berkaitan agama Islam di semua negeri.
Bagaimanapun, katanya, usaha memburu kumpulan ateis ini perlu dilaksanakan secara berhemah supaya tidak berlaku kekecohan, yang boleh menimbulkan rasa simpati kepada mereka, selain mempopularkan ideologi yang menolak kewujudan tuhan itu.
"Semua (kerajaan) negeri juga harus memburu mereka kerana negara ini adalah negara yang beragama, sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Tak ada yang tidak beragama.
"Dalam Perlembagaan juga menyebut Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain dibenarkan diamalkan dengan aman dan damai. Tidak sebut pun ateis. Mereka melanggar Perlembagaan.
"Saya cadangkan buru habis-habisan, manakala media perlu tolong kami untuk mengenal pasti mereka ini," katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kewujudan akaun media sosial kumpulan ateis di laman sosial Facebook.
Ateis merujuk kepada individu yang tidak percaya kewujudan tuhan serta tidak mempunyai pegangan agama.
Shahidan berkata, di samping memburu mereka, pihak berkuasa, khususnya Majlis Agama Islam negeri perlu memperbetulkan akidah mereka jika membabitkan orang Islam.
Katanya, beliau percaya kebanyakan individu menjadi ateis kerana kekurangan ilmu agama, sekali gus mudah terpesong dengan pemikiran baharu.
"Di akhirat nanti, kita akan dipersoal adakah kita telah bagi penjelasan sewajarnya kepada mereka. Jadi mufti dan kerajaan negeri perlu beri perhatian walaupun mereka ini jumlahnya sedikit," katanya.-BHonline |
|
|
|
|
|
|
|
negara taliban, paksa ummah untuk percaya dengan apa yang mereka tidak percayai.
what's the point dek?
bimbo2 ini ingat sesuatu kepercayaan boleh di paksa ke dek?? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak buat. Dah dalam rukunegara pun tulis kepercayaan kepada tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
cong.. sembunyi cong! |
|
|
|
|
|
|
|
X heran ttiba lepas ni acong blk ke tabii asal..jadi lobai blk... |
|
|
|
|
|
|
|
Up isu sempena PRU je ni... |
|
|
|
|
|
|
|
giler. tu hak diorang mau pecaye ape, ko ni sibuk ape hal? |
|
|
|
|
|
|
|
Di akhirat nanti juga kita akan ditanya jika kita ada hubungan sulit dengan wanita bukan muhrim tak kiralah golongan retis atau bukan retis...
Alhamdulillah ada juga pemimpin yang ingat bahawa di dunia ini Yang Indah Hanya Sementara.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai acom leader nye
seblum dia claim dia tuhan
baik tangkap lokapkan dulu |
|
|
|
|
|
|
|
sokong..tangkap je lar puak ateist nie..
hidop menyusahkan orang jea. |
|
|
|
|
|
|
|
Tang mana menyusahkan orang beb?? Diorg ada mintak tanggung makan pakai semua tu ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
wunan88 replied at 8-8-2017 06:59 PM
sokong..tangkap je lar puak ateist nie..
hidop menyusahkan orang jea.
Apa yg atheist menyusahkan org?? Rasanya penganut agama je susahkan orang ni..dah lah paksa org percaya apa dia percayq..pastu paksa lak orang berperangai, berpakaian dan segala mcm lagi mengikut mereka |
|
|
|
|
|
|
|
kann...
mainan pru14 je tu.
teringat isu kalimah. elok selesai pru13, kisah kalimah pon padam.
|
|
|
|
|
|
|
|
isu utk pru..
sibuk sgt buru atheist lah apa lah.. hak kebebasan masing2 ler beb. ke asalkan ic islam, mengaku islam tp melahap rasuah, tonggang arak, main pompuan tu xpe. |
|
|
|
|
|
|
|
As long as Tak buat jenayah, rogol, rompak etc I Tak nampak kenapa nak perangi golongan athiest , murtad, kafir segala macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
As long as Tak buat jenayah, rogol, rompak etc I Tak nampak kenapa nak perangi golongan athiest , murtad, kafir segala macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah duduk malaysia terdedah dengan budaya berbilang kaum dan agama pun boleh berfikiran macam ni....
.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh. Daripada perangai ummah takda agama baik perangi ummah beragama namun kuat makan babi rasuah. |
|
|
|
|
|
|
|
wunan88 replied at 8-8-2017 06:59 PM
sokong..tangkap je lar puak ateist nie..
hidop menyusahkan orang jea.
Puak beragama totok lagi kuat menyusahkan orang siap memecah belahkan ummah mengkapir sana mengkapir sini. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan risau....... ada beribu2 tohan..... boleh je pilih tohan thor
|
|
|
|
|
|
|
| |
|