CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1719|Reply: 1

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga .....

[Copy link]
Post time 8-8-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


DI sebalik tawa dan kenakalan Muhammad Afiq Mohd Azwan, 2, tersimpan seribu satu penderitaan akibat terpaksa menjalani pembagai pembedahan selepas disahkan menghidap sindrom Pfeiffer.

Ia dikategorikan penyakit jarang dijumpai dan lazimnya dipengaruhi faktor genetik menyebabkan tengkorak kanakkanak menjadi tidak normal dengan mengalami kecacatan pada muka serta tengkorak hingga matanya sedikit terkeluar berbanding bayi normal.

Ketika anak kecil sebayanya sibuk ceria bermain, Muhammad Afiq sudah melalui lebih lima pembedahan di bahagian pernafasan dan tengkorak kepala berikutan memiliki struktur tulang tengkorak dan muka yang sempit sejak berusia dua bulan.

Ibunya, Norihanum Mat Nasir, 36, berkata, anaknya itu menjalani beberapa pembedahan sejak berusia dua bulan dan pembedahan terbaru, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 21 Jun lalu.

"Muhammad Afiq anak yang kuat semangat. Walaupun barubaru ini perlu memakai kerangka besi di kepalanya selama sebulan, dia mampu melalui rutin harian tanpa bantuan saya sepenuhnya.

Kuat semangat demi anak



MUHAMMAD Afiq seorang yang aktif dan ceria. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
"Keceriaan dia memberikan semangat pada saya. Dia anak yang melucukan dan aktif. Walaupun memakai kerangka di wajah, anak masih ceria mengusik rakan sepermainan yang pelik melihat alat itu hampir menutup wajahnya," kata kakitangan sebuah hospital swasta di Terengganu.

Norihanum berkata, beliau tidak dapat menahan sedih apabila melihat anaknya diusung ke bilik pembedahan.

"Paling sebak, sayu dan berdebardebar tubuh kecilnya perlu menjalani pembedahan. Ini dugaan kami. Jadi, saya tidak boleh mengikut perasaan dan perlu kuat untuk dia.

Apabila saya tabah, anak turut sama kuat. Pada usia dua tahun, anak saya sudah matang melalui semua ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mengu batinya," katanya yang berasal Taman Sri Kota Manir, Kuala Terengganu.

Kata ibu kepada tiga anak ini, meskipun jiwa keibuannya diasak dengan kesedihan, beliau tidak mahu terus mengalah. Muhammad Afiq perlu diubati. Seminit lambat, peluang untuk permata hatinya itu diubati semakin tipis.

"Mujur suami, Mohd Azwan Md Rasir dan keluarga kami menjadi tulang belakang menawarkan apa saja bantuan saat memerlukan.

"Saya nasihatkan mereka yang memiliki anak penyakit seperti ini jangan terlalu bersedih kerana selagi kita berusaha, ada jalannya.

"Sama seperti saya, awalnya saya seperti putus asa. Tetapi demi anak, saya kuatkan diri memahami apa penyakit ini, mencari di internet, bertanya kepada ibu bapa senasib dan membawa anak untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata, sebagaiibu yang memiliki anak seperti itu, tiada istilah malu untuk membawa anak keluar beriadah atau mengunjungi rumah jiran serta keluarga.

Usah sembunyi anak



NORIHANUM menunjukkan besi di kepala Muhammad Afiq selepas pembedahan dan membuang alat penyokong. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
"Tiada perasaan malu hanya kerana memiliki anak dengan fizikal seperti ini. Seperti saya, saya bawa saja anak keluar makan di luar, membeli-belah dan lakukan apa saja aktiviti di luar rumah bersama.

"Saya mahu dia dapat merasai kehidupan macam anak lain. Jangan kurung dan sembunyikan anak syurga ini daripada mata pandangan masyarakat," katanya.

Namun, beliau tidak menafikan, anaknya itu selalu menjadi perhatian masyarakat dengan keadaan wajahnya yang pelik.

"Saya perlu memainkan peranan penting untuk mengawal keadaan. Jika ada yang bertanya saya akan jawab dan jika ada memandang pelik saya perlu kuatkan hati," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.375091 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list