CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24726|Reply: 198

Sharifah Amani Dah Tak Laku Ke?

[Copy link]
Post time 10-8-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by NE_KO at 10-8-2017 01:49 PM



KEGAGALAN peminat untuk melihat kemunculan Sharifah Amani dalam sesebuah karya disebabkan tindakan dia yang hanya memilih skrip bagi watak mencabar sahaja.

Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 31, berkata disebabkan itu peminat jarang dapat menonton lakonannya sama ada untuk drama atau filem tempatan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Amani memuat naik foto perbualan dia dengan salah seorang pengikut di Twitter yang meluahkan rasa rindu untuk melihat lakonannya selain bertanyakan kenapa dia sudah lama tidak berlakon.



Namun pemenang pelakon wanita terbaik di Festival Filem Malaysia 2006 membalas semula tweet tersebut dengan menyatakan dia tidak pernah berhenti berlakon.

Menurut Amani, kemungkinan persoalan tersebut timbul disebabkan dia lebih selektif dalam memilih watak untuk memberikan yang terbaik buat peminatnya.

"Saya masih berlakon. Saya tak pernah berhenti. Saya hanya pilih apa yang saya mahu kerana ia adalah tanggungjawab saya untuk beri yang terbaik untuk anda," kata Amani.

Tambah Amani lagi, semakin sukar untuk mendapatkan watak dan jalan cerita yang baik namun pada zaman sekarang ini orang lebih mementingkan jumlah pengikut yang banyak di laman sosial.

"Saya cuba yang terbaik untuk memilih dan melakukan kerja yang bagus tapi makin lama makin susah nak dapat jalan cerita dan watak yang baik. Kita perlukan penulis yang lebih bagus.



"Tambahan pula, zaman sekarang ini apa yang penting adalah mempunyai jumlah pengikut yang besar. Saya tak kisah tentang populariti. Saya hanya mahu menyampaikan cerita yang jujur. Insya-Allah," ujarnya.

Satu-satunya drama lakonan Amani pada tahun ini iailah Selamat Tinggal Aidilfitri yang disiarkan 23 Jun lalu manakala filem lakonannya iaitu Pekak pada 2016.

Selain Amani, Amar Asyraf dalam mStar Online pada Khamis turut meluahkan rasa bosan dengan industri seni kerana menghidangkan jalan cerita sebuah drama yang klise dan tidak mencabar.-MStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheolls berlakon ok, tapi aura nak tarik org menonton tu kurengggg...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:07 PM | Show all posts
berlakon boleh tahan dia ni...tapi aku pun kurang rase nk tgok tu...mcm xde tarikan sangat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dia belakon ok aura tu takde la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah Yasmin ahmad ninggal, sheols pun turut meninggal dari persada lakonan..

Sheols Ada aura GEBOR Tak, @sepisiput?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:09 PM | Show all posts
brand armani laku je chuols


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu la.. Lps tu salahkan pelakon baru.. Biaseerrr..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:12 PM | Show all posts
blakon ok...cuma kalau selalu dok buat sora mcm org tcekik tulang tu...cemuih dengaq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 01:22 PM | Show all posts
Sekarang zaman kegemilangan pelakon stok kayu kayan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:26 PM | Show all posts
who the hell is Syafirah Armani
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:32 PM | Show all posts


well, kalau memilih-milih bahan berkualiti lojiklah tak banyak berlakon. tak payah rujuk followers ciput pon kan?

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Armani ke amani? Lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:34 PM | Show all posts
type nama dia pun salah TT ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:38 PM | Show all posts
kibodwatriuh replied at 10-8-2017 05:32 AM
well, kalau memilih-milih bahan berkualiti lojiklah tak banyak berlakon. tak payah rujuk followe ...

Exactly. Sheols sendiri kata sheols pilih karya. Tetiba nak ckp pasal followers. Meols antara followers sheols. Tp tak paham kenapa mesti nak kait dgn popularity kalau diri sendiri yang memilih utk jadi underground and being selective?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:40 PM | Show all posts
shailyvelera replied at 10-8-2017 05:07 AM
berlakon boleh tahan dia ni...tapi aku pun kurang rase nk tgok tu...mcm xde tarikan sangat...

muka hodoh mcm mana nak ada aura...plus kurang hajar...elok melingkup aje...dulu dikenali pun harap EHSAN si yasmin ahmad tu yg kutip tepi jalan..kalu harap dia sendiri gi odition? jgn harap org nak amik...takat jadi pelakon tempelan cuci jamban tu ok lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols pelik jugak si amani nih dah tak laku beno skrg? Adakah kerana fizikal sheols yg macam budak sekolah membuatkan sheols takde aura jadi heroin?

Rasanya dulu sheols ni macam darling shahrulezad, segala cite heshe mesti ada nani. Tetine nani menghilang gitu jah. Pastu tak habis2 merempan pasal pelakon baru.

Sheols kena do something dgn diri sheols. Mungkin kurangkan perangai kekwat.

Btw TT, who the heck is Sharifah Armani?! Choyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 01:47 PM | Show all posts
br tgk balik dia berlakon dgn bront palare dan nur khiriah utk drama lama yg tajuknya sinderlela kat TV9, dia berlakon mmg ok jer tp meols x brp berkenan dgn suara dia tu
dan maaf kata dia cam xde aura
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:49 PM | Show all posts
ayoooyoo TT.. namo pon silap ejaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MAAF ala sorry.hehe.janji tak buat lagi dah.lain kali lebih alert.

Adeh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak yg ko dpt pun slalu sama je..jenis sengal2 ubi..sambil wat suara penyek..
Sian..tanya diri ko..wajar ke ko dpt karya yg bagus..kalau tahap tu je lakonan ko bole bagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.484766 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list