CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1311|Reply: 15

[Tempatan] Ditetak Mati Seorang Bapa

[Copy link]
Post time 11-8-2017 03:48 PM | Show all posts |Read mode


Tawau, Sabah – Seorang bapa tetak mati lelaki berusia 38 tahun yang didakwa cuba merogol anaknya di sebuah ladang di Tawau, lapor Star Online.
Pada 26 Mei, kira-kira 8.30 pagi lelaki itu dikatakan cuba mendekati gadis berusia 17 tahun itu yang sedang menyiram tanaman.
Lelaki itu menutup kepalanya dengan karung namun remaja itu melawan dan berjaya mengeluarkan karung itu.
Jeritan gadis itu menarik perhatian bapanya, 54, yang berada berdekatan tempat kejadian.
The Star juga melapor bapanya dipercayai menyerang lelaki itu dengan parang.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata lelaki itu ditetak beberapa kali pada kaki dan badannya. Dia rebah dan meninggal dunia.
Seorang pengawal keselamatan menahan bapa gadis itu dan kemudian diserahkan kepada pihak polis.

sumber: UtaraNews.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
At least bapak dia protect anak dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2017 03:53 PM | Show all posts
Budak ni mesti boleh tahan kuat, yelah kerja di ladang. Bukan stok-stok lembik. Bapak pun bukan main garang terus tetak sampai kojol. Takdak simpati untukmu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 03:56 PM | Show all posts
padan muka... selayaknya la ko kena tetak sampai mampus
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bapaknya mendapat pembelaan yg adil....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah bapa gadis ni akan dipenjara?? yaa allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg org kata, masuk jel pun puas hati...berbaloi gituh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:02 PM | Show all posts
silap2 bapak dia yg kena balik ni.. jd mcm kes mangsa pecah rumah bunuh perompak dlu tu..
semoga bapak dia dpt pengadilan yg adil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 04:04 PM | Show all posts
bravo utk bapa yg mempertahankan maruah anaknya. Semoga mendapat pembelaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Picture plsssss
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:10 PM | Show all posts
sama tak dengan kes arab yang langgar mati peragut nya aritu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:12 PM | Show all posts
undang2 kalau perogol pakai karung guni ayah dia pakai parang, ayah dia tetap salah..

undang2 melindungi penjenayah kasihan mereka yang protect family..moga ada belas ihsan untuk ayah dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2017 04:28 PM | Show all posts
TAWAU - Lelaki warga asing maut ditetak rakan sekerja selepas dipercayai cuba mencabul anak saudara suspek di Ladang Menggaris, Benta Wawasan, Kalabakan, dekat Tawau, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu,
mangsa warga Indonesia, Yakobus Bala, yang bekerja sebagai buruh ladang meninggal dunia di Hospital Besar Tawau akibat kecederaan selepas ditetak dengan parang berukuran 30 sentimeter (sm).

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati ketika anak saudara perempuan suspek berusia 17 tahun sedang menyiram pokok bunga di ladang berkenaan, dia didatangi mangsa, 38, dari arah belakang yang menyerkup kepala mangsa mengguna guni dan memeluk perempuan terbabit.

"Gadis itu kemudian melawan dan berjaya melepaskan diri dan sempat melihat wajah lelaki itu yang dikenalinya sebagai 'Bala' sebelum menjerit meminta pertolongan daripada bapa saudaranya (suspek).

"Suspek yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian kemudian mengejar mangsa yang melarikan diri ke kawasan ladang Menggaris. Suspek berjaya menangkap mangsa laku berlaku pergelutan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga warga Indonesia kemudian menetak kaki mangsa dengan parang menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Tawau dan disahkan meninggal dunia manakala suspek ditahan pengawal keselamatan di ladang berkenaan sebelum ditahan semula anggota polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Suspek berusia 42 tahun yang juga bekerja sebagai buruh ladang di kawasan itu direman sehingga Jumaat ini," katanya.

Tambah Fadil kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



cerita lama rupanya. bukan anak sundri tapi anak saudara.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...abul-bawa-maut

__________________

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tindakan ayah mangsa menyelamatkan ribuan gadis Di tawau dr jadi mangsa Rogol jantan bangang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 04:29 PM | Show all posts
semoga bapaknya mendapat keadilan..

ganas giler perogol,cekup dengan karung guni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2017 04:29 PM | Show all posts
kena 302 Kanun Keseksaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.133326 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list