CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1379|Reply: 8

Nothing To Hide 2.0 Mahathir Sendirian Lagi

[Copy link]
Post time 13-8-2017 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode




SHAH ALAM - Program Nothing To Hide 2.0 untuk mempertemukan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.

Program yang baru berlangsung sebentar tadi memperlihatkan Mahathir bersendirian di atas pentas.


Dalam pada itu, menurut moderator program Azhar Harun, pihaknya masih bersedia menunggu kehadiran perdana menteri dalam program tersebut.

"Kita masih berharap pada setiap masa bahawa beliau akan tiba dan kita akan menyambutnya.

"Pintu sentiasa terbuka  untuk beliau, mungkin beliau  terlewat sebab banyak hal pentadbiran negara perlu diuruskan," katanya ketika memulakan ucapan alu-aluan dalam program tersebut.


Dalam pada itu, katanya lagi wakil daripada pihak Armada juga sudah menyerahkan jemputan rasmi kepada perdana menteri, namun masih belum mendapat jawapan.

"Sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.

Sementara itu, Mahathir ketika menyampaikan ucapannya beliau berkata, pihaknya ingin memohon maaf sekiranya sesuatu isu yang diulasnya, hanya 'pandangannya sahaja'.

"Harap ada orang  nyatakan kenapa jenayah perlu dirahsiakan. Ia bukan rahsia sangat ada yang telah baca dalam laporan itu ada jenayah yang dilakukan oleh pegawai tertinggi MO1.

"Sebab itu beri peluang kepada Najib mungkin ada sebab tertentu merahsiakan laporan-laporan  ini. Malang beliau tak hadir saya, terpaksa beri pandangan daripada sudut saya. Saya masih berpendapat apa yang dilakukan itu adalah jenayah,"
katanya.

Sementara itu dalam program itu, antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir, Khalid Abdul Samad, Dr Daroyah  Alwi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamaruddin, Ng Sue Lim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan beberapa lagi pemimpin lain.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mo ... tas-pentas-1.718096
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2017 06:09 PM | Show all posts
Up to this scale sekali??? mahathir oh mahathir...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NE_KO at 13-8-2017 06:21 PM

[UPDATE] :



SHAH ALAM - Adegan baling kerusi dan baling botol air ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam program Nothing To Hide 2 menjadikan program kini kecoh seketika.

Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.

[youtube]HAT3ZD8d07s[/youtube]

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mo ... o-hide-2-0-1.718144
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
meLAYU      
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Umno dan pakatan_Harapan ungkit peristiwa Mamali.......diorg perkudakan PAS?

Btw akak harap Mahathir akan trauma utk mecapub serata alam
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 07:01 PM | Show all posts
nobito replied at 13-8-2017 06:50 PM
Kenapa Umno dan pakatan_Harapan ungkit peristiwa Mamali.......diorg perkudakan PAS?

Btw akak hara ...

baru isu memali belum rasuah lain.. kah3.. dah terkucil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2017 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-8-2017 07:01 PM
baru isu memali belum rasuah lain.. kah3.. dah terkucil

Dulu org selalu kutuk PAS dengan Mamali....hari ni UMNO bawa soalan Mamali depan Mahathir just utk buat gaduh.

Akak percaya takda ahli PAS dalam dewan tu sebab harini PAS buat himpunan Fastaqim peringkat negeri Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
NE_KO replied at 13-8-2017 06:25 PM
meLAYU

Yang tak join benda ni Melayu PAS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 05:54 AM | Show all posts
Edited by Al-Patih at 14-8-2017 05:55 AM

Hamko punya angkaro...mencetus huru hara......mako memberi alasan sobab bosar....organiser keno cekup.....atas dasar laut Keselamatan Negaro...
Macang Hitler dulu...bakar bangunan party Nazi tuduh pesaing dio yang buwek...mako peristiwo macang ni dipanggil atau digelar Hilter phenomana kot.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.091207 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list