CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12257|Reply: 225

[Tempatan] Lima Penuntut UPNM Kemuka Surat Representasi Kaji Semula Pertuduhan

  [Copy link]
Post time 14-8-2017 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Lima daripada 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan yang dihadapi mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail memaklumkan Majistret Siti Radziah Kamarudin bahawa jabatan berkenaan telah menolak surat representasi itu pada Isnin.

Lima penuntut berkenaan ialah Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Amirul Asraff Mala, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Sufi Mohd Mustapha dan Muhamad Ashraf Abdullah, yang kesemuanya berumur 21 tahun.

Peguam Datuk Hazizah Kassim, yang mewakili kelima-lima penuntut UPNM itu berkata anak guamnya telah menghantar surat representasi pada 9 Julai lepas sebelum beliau dilantik sebagai peguam bagi mewakili mereka.

Mahkamah menetapkan 15 September ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan berkaitan kes itu termasuk bedah siasat dan laporan kimia.

Pada 14 Jun lepas, kelima-lima lelaki itu bersama 14 lagi tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan Osman bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Empat belas tertuduh ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Luqman Hakim Shamsuri, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Tertuduh lain ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei lepas dan di bilik 04-10, asrama sama, antara pukul 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lepas.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh masing-masing diwakili peguam Datuk Seri M. Ramachelvam, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Ariff Amirul Abdul Jani, A. G Kalidas, Mohd Fadly Hashim, Zamri Idrus dan Joshua Tay.
Mahkamah turut menetapkan tarikh yang sama (15 Sept) untuk sebutan semula kes  lima pelajar yang dituduh membunuh Zulfarhan Osman manakala seorang lagi tertuduh iaitu Abdoul Hakeem berdepan dengan pertuduhan bersubahat membunuh.

Lima tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin,  Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobirin.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di bilik 04-10, asrama sama antara pukul 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan lima daripada mereka ditahan di Penjara Sungai Buloh dan seorang lagi di Penjara Kajang.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap. - BERNAMA

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... KDzQksHsFSVtakz2.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap cepat settle kes ni sbb nak tahu sgt punca dorg buat arwah smpai tahap macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung kat thread yg ada jer la
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang akal...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg benar2 bersalah dihukum secepat mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 14-8-2017 07:29 PM
sambung kat thread yg ada jer la

I cati thread nya takde u. Mind to share the link? I guna keyword zulfarhan pun tak jumpa thread tu..hari ni bacaan pertuduhan semula kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 14-8-2017 07:29 PM
sambung kat thread yg ada jer la

ya kucen saya pon cari tak jumpa.saya mmg nak tepek je kat thread sedia ada.bole bagi link pada saya.terima kasih ya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga keadilan dapat ditegakkan...amen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
NE_KO replied at 14-8-2017 09:16 PM
ya kucen saya pon cari tak jumpa.saya mmg nak tepek je kat thread sedia ada.bole bagi link pada sa ...

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1051486&mobile=2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 14-8-2017 09:24 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1051486&mobile=2

terima kasih kucen
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 09:26 PM | Show all posts
nape dah bunuh orang minta timbangkan balik pendakwaan? its resanobale?orang dah mati tak boleh bela diri? kau masih hidup bolehlah guna lawyer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 09:26 PM | Show all posts
semoga yang bersalah dijatuhi hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala, sis da x bole bace vol7. Da kene pagar x dpt update story lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 09:37 PM | Show all posts
harap dapat selesai dengan cepat..baru ada akal siapa yg buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 09:45 PM | Show all posts
Dah lama tak masuk tred farhan..beruban tggu hari nk bicara..

Hebat2 loyer masing2 ...nak lawan org yg dah tiada..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mencurik.  Korang membunuh.  Tangan korang dah kotor.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
wow..kayanya bebudak 5 org ni..upah lawyer
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ayzndn90 replied at 14-8-2017 09:29 PM
Ala, sis da x bole bace vol7. Da kene pagar  x dpt update story lg


Dah tak boleh bukak dah. Nak tau story jugakkk hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la.. Dh kena pagor..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 11:30 PM | Show all posts
dah kira baik didakwa dibawah seksyen 330 kanun kesiksaan...kalo  kena seksyen 302...menangis tak berlagu ler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.229998 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list