CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1947|Reply: 39

...masih memerlukan PAS

[Copy link]
Post time 15-8-2017 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 15-8-2017 11:55 AM

Setelah mengutuk, menghina TGHH dan kepimpinan PAS....masih lagi memerlukan PAS..

PAS boleh bersendirian,
rasanya PKR walaupun tidak bersendirian bersama parti2 dalam PH tapi tak boleh hidup tanpa PAS.
takut juga mereka berkubur selepas PRU...kat Permatang Pauh takut bertembung dengan BN dan PAS.
PAS boleh jadi king maker


HARAPAN ke atau PKR.....yg ada pemimpin2 PKR aje yg ziarah..


Perbincangan tak rasmi HARAPAN, PAS sudah berjalan
Annabelle Lee       14 Ogs 2017, 9:15 malam      14 Ogs 2017, 9:30 malam





Memang ada perbincangan "sangat tidak rasmi" antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan PAS sejak beberapa bulan terakhir ini, kata Datuk Seri Azmin Ali.
Menteri Besar Selangor itu memberitahu, ia perlu dipertingkatkan dan titik pertemuan perlu dicari antara kedua-dua pihak secepat mungkin ketika pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.
Menganggap sekarang adalah masa terbaik untuk pembangkang membentuk kerajaan menggantikan BN, Azmin berkata belum ada perbincangan secara rasmi dengan PAS buat masa ini.
"Kami ingin melihat wujud kerjasama dengan meletakkan rangka kerja bersama dalam PRU ke-14 bagi menjatuhkan BN.
"Matlamat utama kami ialah mengetepikan BN. Justeru mana-mana parti politik yang bersedia untuk meletakkan agenda reformasi dan menyelamatkan negara (sebagai keutamaan), kami bersedia untuk berbincang," katanya kepada media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya, hari ini.
Azmin sebelum itu mengumumkan pembentukan sekretarian pilihan raya HARAPAN bagi memantau persiapan gabungan pembangkang menghadapi PRU ke-14.
Beliau yang baru dilantik sebagai pengarah pilihan raya HARAPAN juga berkata, pihaknya "lebih daripada gembira" dapat berbincang dengan PAS.
Kenyataan Azmin itu dibuat sehari selepas media melaporkan PKR mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur malam kelmarin.
PKR diwakili Azmin yang juga timbalan presiden PKR, serta presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.
Bagaimanapun, tiada maklumat terpeinci dinyatakan mengenai tujuan dan hasil pertemuan tersebut.
Perkembangan itu berlaku ketika hubungan kerjasama politik antara kedua-dua parti sudah berkubur, dan di peringkat bawahan mereka mula bersaing sesama sendiri, termasuk di kubu penting PKR, Permatang Pauh, yang cuba dirampas PAS.
Menurut Azmin, dinamik setiap parti adalah berbeza dan HARAPAN perlu menghormati serta memahami keadaan yang dihadapi.
Kerjasama, katanya, perlu berdasarkan kepada sikap saling menghormati antara parti.
Kata Azmin, jika nanti ada keperluan perbincangan rasmi diadakan antara HARAPAN dan PAS, pemimpin gabungan itu akan dimaklumkan.
"Ini adalah komitmen kami kepada HARAPAN iaitu berkongsi maklumat dalam majlis (presiden) dan dibincangkan," katanya.
Mengenai pertemuan malam kelmarin, Azmin menegaskan ia cuma ziarah biasa dan tiada perbincangan politik berlangsung.
Untuk rekod Abdul Hadi masih berehat daripada sebarang tugas parti selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara pada Mei lalu.
Sementara itu Azmin berkata, tuduhan Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa BERSATU merancang kekecohan di program Nothing To Hide 2.0 semalam adalah tidak benar.
Kata Azmin, ketua Umno Sungai Besar itu bukanlah orang yang layak bercakap mengenai isu itu.
"Kita sudah nampak apa yang dia buat sebelum ini," katanya.
Azmin juga mendakwa orang yang menimbulkan kekecohan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin semalam sebagai pihak yang tidak memahami demokrasi.


"Pada saya mereka sangat terdesak, tak ada pilihan kecuali menghentikan Dr Mahathir daripada bercakap apa yang sebenarnya berlaku.
"Tapi orang ramai sekarang - terutama generasi muda - sudah matang," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2017 12:06 PM | Show all posts
alah minum teh petang aje....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 12:14 PM | Show all posts
umngok pun apa beza...sama nak comolot jgak dgn pas pis pus
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 12:15 PM | Show all posts
habis laaa PAS bakal jadi khadam DAP nampaknya





Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 12:16 PM | Show all posts
nak PAS apanyer PAS dah tak relevan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 12:17 PM | Show all posts
Azmin Ali ni terlalu optimis nak 1 by 1...selagi ada hadi awang pemakan dedak 90jota, selagi tu laa PAS  kawan dgn UMNO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2017 12:39 PM | Show all posts
entah laa....masing2 nak tunjukkan kelebihan masing2....PR dah makin dekat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ngorat lobai lettew.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 15-8-2017 12:17 PM
Azmin Ali ni terlalu optimis nak 1 by 1...selagi ada hadi awang pemakan dedak 90jota, selagi tu laa  ...

Azmin kemaruk nak jadi mb selangor la tu. Kak wan dah kene caras dgn madei.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 01:18 PM | Show all posts
wajevo replied at 15-8-2017 01:12 PM
Azmin kemaruk nak jadi mb selangor la tu. Kak wan dah kene caras dgn madei.

kemaruk apanya dia mmg dah jd MB pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 01:23 PM | Show all posts
Kalau PAS nak join Harapan, gerenti one on one , harapan untuk menang tu ada lah lebih, tapi kalau PAS tak nak, jadi 3 penjuru la jadi nya, lebih kepada memenangkan BN.

Mission adalah untuk tumbangkan BN, so masih boleh bincang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa PAS memang main wayang sebenarnya...last minit baru declare...mau terduduk UMNGOK...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 15-8-2017 01:18 PM
kemaruk apanya dia mmg dah jd MB pun

Eceh ceh, kalau lobai pis tak sokonh azmin, dah kene fired dah dgn masta LKS.
Lobai pis aje yg berani lawan bos.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payahlah harapan harap pas.
Pls move on. Get a life.
@dodolgemok
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 02:23 PM | Show all posts
Al-Patih replied at 15-8-2017 12:06 PM
alah minum teh petang aje....

@dodolgemok kata just ziarah... p mam*** kata dia haha...
hujung2 melutut gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 02:24 PM | Show all posts
wajevo replied at 15-8-2017 02:19 PM
Eceh ceh, kalau lobai pis tak sokonh azmin, dah kene fired dah dgn masta LKS.
Lobai pis aje yg be ...

buat pengetahuan ko, azmin ni paling PAS frenly dlm PKR...so takde makna dia kemaruk ke apa..mmg PAS pun suka dgn Azmin, tu calonkan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 15-8-2017 02:24 PM
buat pengetahuan ko, azmin ni paling PAS frenly dlm PKR...so takde makna dia kemaruk ke apa..mmg P ...

Anwar Ibrahim pon sama PAS friendly dik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 02:36 PM | Show all posts
nobito replied at 15-8-2017 02:31 PM
Anwar Ibrahim pon sama PAS friendly dik.

hadi lak umno frenly



Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 15-8-2017 02:24 PM
buat pengetahuan ko, azmin ni paling PAS frenly dlm PKR...so takde makna dia kemaruk ke apa..mmg P ...

Pas friendly, umngok friendly, Dap slabery, dah macam-macam ko nak kona. Kak wan pulak, bff dgn sapa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 02:39 PM | Show all posts
PAS skrg ni demi survival politik, harus memlih pro bn or pro harapan, xperlu jdi blok ke 3,
matlamat skrg ni tkar kerajaan, bg peluang ke org lain, teraju negara ke arah yg lebih telus
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.093202 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list