CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1942|Reply: 19

[Tempatan] Anak Kenal Penculiknya

[Copy link]
Post time 15-8-2017 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PORT DICKSON: "Suspek acu pisau dan paksa anak saya ikut keluar guna pagar rosak di perumahan kami."

Fazil Abdullah, 35, berkata perkara itu dimaklumkan anaknya, Faralisya Amani, 9, ketika mereka berada di Balai Polis Teluk Kemang di sini, malam tadi.

Faralisya dilarikan pagi semalam sebelum ditemui selamat tidak jauh dari rumah mereka, malam tadi.

"Anak saya mendakwa dibawa menaiki sebuah kereta yang diletak tidak jauh dari perumahan kami (Kuarters Politeknik Port Dickson), menuju ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.

"Faralisya saya dia mungkin kenal lelaki yang melarikannya itu, tapi itu saja yang kami sempat tanya kerana dia masih trauma,"
katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Batu 7, Teluk Kemang di sini, hari ini.

Semalam, kehilangan Faralysa disedari bapanya pada jam 6.45 pagi ketika mahu mengejutkannya untuk ke sekolah, sebelum mendapati tingkap kaca terbuka manakala pintu rumahnya pula tidak berkunci.

Kira-kira jam 9 malam tadi, kanak-kanak itu ditemui selamat namun mempunyai kesan lebam pada pergelangan tangan dan kaki, dipercayai diikat ketika dilarikan.

Dia dikatakan ditinggalkan suspek berhampiran perumahan itu sebelum berjalan sendiri ke pondok pengawal untuk meminta bantuan.

Fazil dan keluarganya tidak mengetahui motif di sebalik kejadian itu, namun mereka bersyukur Faralisya selamat, walaupun keadaannya masih lemah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Sementara itu, Fazil berkata, Faralisya pernah beberapa kali mengadu sukar tidur minggu lalu, kerana mendakwa sering ternampak kelibat orang memerhatikannya dari luar rumah.

Mengenai dakwaan anaknya mungkin melarikan diri dari rumah, Fazil yakin anaknya tidak berbuat demikian kerana tidak membawa alat sedut bagi penyakit asma dihidapinya.

"Sebaik kami bertemu malam tadi, perkara pertama dimintanya adalah ubat asma," katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/berita ... enculiknya#cxrecs_s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2017 04:12 PM | Show all posts
ya Allah.. duduk dalam rumah pun boleh kena culik.. malapetaka apekah ini?????
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pedo ke ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 04:32 PM | Show all posts
cmne la boleh jd kejadian cmni kan
aisshhh...
bahaya tui
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 04:41 PM | Show all posts
takutnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
akak2 dan abg2 sila pantau anak2 ya.saya baca berita ni pon saya  takut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2017 05:24 PM | Show all posts
Dendam kat mak bapak budak ni ke apa? Buat gini untuk takutkan mereka kah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 05:27 PM | Show all posts
menakutkan..

nak kena buat rumah mcm penjara kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2017 05:36 PM | Show all posts
duk kuarters ada guard jaga...pon x selamat. risau nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 06:14 PM | Show all posts
bahaya nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 06:20 PM | Show all posts
tk silap curi org, bole kene hukum gntung smpai mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2017 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
UPDATE :

PORT DICKSON - Polis Port Dickson menahan dua suspek lelaki berusia 18 dan 21 tahun dipercayai tebabit dengan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun pagi kelmarin di kediaman keluarganya di Kuaters Kakitangan Politeknik Port Dickson.

Sumber polis berkata, suspek tersebut yang juga merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Port Dickson ditahan disebuah kompleks membeli belah di Seremban sekitar jam 4.45 petang tadi.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek sedang beratur hendak membeli tiket wayang.

"Polis menyiasat kes ini di bawah Akta Kanak-Kanak dan bukannya kes berkaitan culik memandangkan suspek tidak meminta wang tebusan," katanya.

Sumber polis berkata, suspek akan di bawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.

Terdahulu, sekitar jam 9 malam hari yang dalam kejadian ini, kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan oleh individu yang melarikannya ditepi jalan berhampiran pondok pengawal politeknik.

Kini kanak-kanak itu sedang mendapatkan khidmat kaunseling dan pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
So maksudnya apa tu?
Di bawah akta kanak2 ..
Ada apa2 jadi ke kat budak tu??
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Student poli tu jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Membirah ke dek? Siap buka kunci rumah sendiri bagai??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:17 AM | Show all posts
NE_KO replied at 15-8-2017 11:12 PM
UPDATE :

PORT DICKSON - Polis Port Dickson menahan dua suspek lelaki berusia 18 dan 21 tahun dipe ...

kalau institut pendidikan di poli maka student poli la ye suspeknya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 05:22 PM | Show all posts
katanya dendam kat mak budak ni...sebab diorang selalu kena denda sebab merokok kat asrama...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
X minta wang tebusan bukan culik...abis dipanggil apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2017 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE]

SEREMBAN: Seorang pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) di Port Dickson didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, atas tujuh pertuduhan berkaitan menculik dan melakukan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun pada Jun  lalu dan bulan ini.
Tertuduh Umar Ariffin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
Di hadapan Hakim G. Ramesh, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menculik kanak-kanak itu dari rumahnya di sebuah IPT di Port Dickson, kira-kira 3.30 pagi pada 14 Ogos lalu.
Tertuduh yang didakwa menurut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Ramesh menetapkan ikat jamin RM5,000 dan kes disebut semula pada 25 Sept ini.

Sementara itu, di hadapan Hakim Noor Hayati Mat, tertuduh didakwa dengan enam pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap mangsa.Lima daripada pertuduhan terbabit didakwa dilakukan kira-kira 3.30 pagi pada 14 Ogos lalu di rumah tertuduh  di Bandar Springhill, Lukut, Port Dickson.

Dua pertuduhan menurut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan tiga lagi mengikut Seksyen 14(d) akta sama.Umar juga berdepan satu lagi pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap mangsa antara 3 pagi dan 4 pagi pada 14 Jun lalu di tepi bangunan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer sebuah IPT di Port Dickson.

Dia dituduh menurut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Umar yang diwakili peguam  Mohamad Zahid Ahmad dan M. Sivam, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan untuk setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Noor Hayati membenarkan ikat jamin RM20,000 untuk kesemua enam pertuduhan dengan syarat tambahan dia perlu melaporkan diri di Balai Polis Lukut setiap bulan serta tidak dibenarkan mendekati mangsa dan keluarganya.

Hakim menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes.Kesemua tujuh kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norsyazwani Ishak.
Sementara itu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal dan memiliki barang curi.

Dia mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.Untuk pertuduhan mencuri motosikal, dia didakwa melakukan perbuatan itu di Surau An-Nur, Bandar Springhill antara 7.15 malam dan 8 malam pada 29 Julai lalu.

Tertuduh didakwa menurut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara satu hingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Bagi kesalahan memiliki  barang curi termasuk telefon bimbit yang didakwa dilakukan di rumahnya di Bandar Springhill pada 5.45 petang 15 Ogos lalu, Umar dituduh menurut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang meperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret K. B Elena Hing Tze Lan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 untuk pertuduhan mencuri dan RM500 bagi kesalahan memiliki barang curi, serta menetapkan 21 September untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng dan tertuduh diwakili peguam K. Mahalakahimi. Tertuduh membayar kesemua wang jaminan berjumlah RM28,500. -Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 08:04 AM | Show all posts
Allah... siannya budak ni...memang jahat kau Umar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.144919 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list