CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 9

[Tempatan] Bayaran Akhir BR1M 2017 Esok

[Copy link]
Post time 15-8-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat ketiga, yang juga terakhir bagi tahun ini, akan dibuat bermula esok.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan menjelaskan bayaran itu dibuat sempena Aidiladha, yang dijangka jatuh pada 1 September ini.

"Kerajaan bersetuju supaya pembayaran peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017 dibuat mulai 16 Ogos 2017 (Rabu).

"Bagi mereka yang lulus pada peringkat rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 29 Ogos ini.

"Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran," katanya.

Kerajaan berharap pemberian BR1M itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha.

"Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada [email protected]," katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/berita ... khir-br1m-2017-esok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 07:40 AM | Show all posts
patut pun 3 hari buat speedtrap
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 07:47 AM | Show all posts
Minyak pun naik 0.04sen esok..rm2.16ltr

Tq la bn..
Br1m cukup makan setahun katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:02 AM | Show all posts


Jadah la bagi BR1M tapi dia cekau duit rakyat. Ni minyak naik lagi padahal harga minyak dunia kan dah turun.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 12:22 PM | Show all posts
minyak mmg akan naik tu semua dah tau...bukan pasal brim
nanti nk PRU minyak akan turun byk
xkn xnmpk lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 12:52 PM | Show all posts
dah dapat ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2017 12:54 PM | Show all posts
tq BN
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:01 PM | Show all posts
untung lerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 01:03 PM | Show all posts
tq BN, dapat la tampung harga minyak naik, harga ayam naik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 08:26 AM | Show all posts
tak masuk2 lg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052206 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list