CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2280|Reply: 36

[Tempatan] Masa bertengkar, pukul bini sampai patah cota

[Copy link]
Post time 16-8-2017 07:10 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR  – Perbuatan seorang suami yang memukul isteri dengan sebatang cota sehingga senjata itu patah, mendapat pembalasan selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan terhadapnya.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhi hukuman itu selepas Irwanizam Sharrudin, 42, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Salzila Sazali, 33, seorang penjawat awam, menggunakan sebatang cota iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian, sehingga wanita itu mengalami lebam di lengan kiri, belakang badan dan belakang paha  kanan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 19 Mei lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam melakukan kesalahan tersebut di rumah mereka di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Jalan Puchong, Bukit Jalil di sini pada jam 6.15 pagi, 11 Disember 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

“Kesalahan memukul isteri adalah serius. Sepatutnya tertuduh sebagai seorang suami menjadi pelindung  kepada isterinya dan bukan memukul isteri,” katanya.

Irwanizam yang kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh merayu hukuman ringan dan memohon supaya hukumannya bermula dari tarikh tangkap.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa berada di rumahnya dan telah bertengkar dengan tertuduh, di mana tertuduh telah bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang cota sehingga cota tersebut patah.

Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan akibat dipukul tertuduh dan pemeriksaan di Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati mangsa mengalami lebam di lengan kiri, belakang badan dan belakang paha  kanan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 07:14 AM | Show all posts
Mohon laki keparat ni pula dipukul bertalu-talu dalam penjara selama 10 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal mulut la ni..lain kali senyap je. Drpd patah riuk
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:24 AM | Show all posts
ape yg digaduhkan deols?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:51 AM | Show all posts
dia ni pemandu lori... simpan cota..

nak buat apa ek..?

klu keja polis tu aku faham la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:57 AM | Show all posts
guna cota? sakit tuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2017 09:00 AM | Show all posts
PPR sungguh perangai
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:19 AM | Show all posts
psycho betul laki dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 09:20 AM | Show all posts
kantoi dildo dgn cota ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:21 AM | Show all posts
satu sebatan jah? harus paling minimum 3, dapat la dia merasakan penderitaan bininya yg dipukul talu2 hingga patah cota
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
fox. replied at 16-8-2017 09:21 AM
satu sebatan jah? harus paling minimum 3, dapat la dia merasakan penderitaan bininya yg dipukul talu ...

I pun rase tk cukup satu sebatan tu patut biar disebat setiap hari selama 10 taun dlm penjara tu. Br la berbaloi makan berak tido free dlm penjara tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:33 AM | Show all posts
Kualiti cota yang ada dipasaran kini memang ditahap membimbangkan.

Besar kemungkinan cota cota yang berada dipasaran diimport dari negra China yang mana kualitinya amat lah di ragui...

Ini amat berbeza dengan cota cota buatan England, misalnya..

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:35 AM | Show all posts
Maideen. replied at 16-8-2017 09:33 AM
Kualiti cota yang ada dipasaran kini memang ditahap membimbangkan.

Besar kemungkinan cota cota ...

isu yg lebih besar disini ialah 'kualiti cota'   
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:42 AM | Show all posts
Maideen. replied at 16-8-2017 09:33 AM
Kualiti cota yang ada dipasaran kini memang ditahap membimbangkan.

Besar kemungkinan cota cota ...

ini kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:42 AM | Show all posts
zulka replied at 16-8-2017 09:20 AM
kantoi dildo dgn cota ke apa

sengal ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 16-8-2017 09:33 AM
Kualiti cota yang ada dipasaran kini memang ditahap membimbangkan.

Besar kemungkinan cota cota ...

elok me import cota Dari China...klu Dari england dah meninggal dah wife dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka ko, laki xguna!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Apalah dosa isteri sampai nak kena pukul ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
As expected, bila Bini kena abused Ada orang salahkan mulut Bini sendiri..lol. Kesian jadi pempuan Kat malaysia Ni, kena lemah lembik sepanjang Masa dan xde perasaan. Laki hina marah camne pun kena redho gitewwe
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 11:03 AM | Show all posts
zulka replied at 16-8-2017 09:20 AM
kantoi dildo dgn cota ke apa

smpi cmtu skli abam zulka leh terpkir ye
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069843 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list