CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11080|Reply: 174

[Jenayah] Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa H

  [Copy link]
Post time 16-8-2017 12:34 PM | Show all posts |Read mode



Kata Tun Musa beliau dipersalahkan parti pembangkang, dibiarkan jadi kambing hitam dan terumbang-ambing oleh rakan dalam UMNO. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.

Jelas Tun Musa, situasi tidak menyebelahi beliau hingga dipersalahkan sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Katanya, dalam perjalanan politik beliau, peristiwa Memali dianggap paling kontroversi. Kerana peristiwa itu, beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.

"Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkan anda bayangkan?

"Pembangkang menyalahkan UMNO dan saya sebagai individu yang bertanggungjawab, dan 'rakan-rakan' saya dalam UMNO, apabila situasi ini berlaku, mereka meninggalkan saya.

"Mereka seolah-oleh mengatakan biarlah Musa menjadi 'kambing hitam' daripada kami," kata beliau ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) malam ini.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 12:43 PM | Show all posts
dah tu cape dalangnye.... cite separuh2... mcm dalam boad Mister & Paranormal plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jelaskan semuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 12:46 PM | Show all posts
so, jelaskan segala2nya!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya taktau, saya kat obersea masa tu, Musa sbg timbalan amik alih tugas saya waktu peristiwa tu"
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 12:49 PM | Show all posts
shida81 replied at 16-8-2017 08:43 AM
dah tu cape dalangnye.... cite separuh2... mcm dalam boad Mister & Paranormal plak

Tak ada sapa dalang pun, polis jalankan tugas dia nak tangkap Ibrahim Libya, tapi dia tak nak menyerah, siap perisai guna orang kampung termasuk perempuan dan kanak kanak lagi.. yang mula attack mencederakan polis pun orang kampung yang terlalu taksub tu la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2017 12:52 PM | Show all posts
matamata replied at 16-8-2017 12:47 PM
"Saya taktau, saya kat obersea masa tu, Musa sbg timbalan amik alih tugas saya waktu peristiwa tu"

saya tak tau, setahu saya, seingat saya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 12:55 PM | Show all posts
shida81 replied at 16-8-2017 12:43 PM
dah tu cape dalangnye.... cite separuh2... mcm dalam boad Mister & Paranormal plak
cite separuh2... mcm dalam boad Mister & Paranormal plak


ni lawak. bikin suspen je kan sambung2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 12:57 PM | Show all posts
usah berdolak dalik lagi...mahathir pun bukan berada dlm umno lagi...spill the bean motherfuckers...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 12:58 PM | Show all posts
kelana36 replied at 16-8-2017 12:49 PM
Tak ada sapa dalang pun, polis jalankan tugas dia nak tangkap Ibrahim Libya, tapi dia tak nak meny ...



ini skip orang dah x boleh pakai lah bro. berani betul orang kampung nak lawan senapang pakai pedang.

dah acu senapang pun masih nak lawan..semua pulak tu?


kepala penyangak pun terkencing kalau kena acu senapang
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd siapa yg ptt d pertanggungjawab kan? Tun Mahathir?Arwah ibrahim libya?org2 kg memali?Umno?Pas?..ckp kasi lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:02 PM | Show all posts
nape nama dia libya ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 01:03 PM | Show all posts

sedangkan al maunah yang militan tu pun serah diri bila kena kepung pasukan bersenjata. ini pengikut ibrahim libya boleh buat perisai. siap serang polis lagi. biar benar

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:03 PM | Show all posts
zaman tu kan komunis berleluasa lg, yg pasti xdak dalang pun.. polis buat keja dia


sumber kakak meols
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:04 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 16-8-2017 01:11 PM

Semuanya berpunca daripada AMANAH HAJI HADI.
Haji Hadi kata, menentang umno/Bn ertinya BERJIHAD.
Inilah asas perjuangan  Ibrahim Libya.
Jadi polis kenalah halang mereka berjihad. Takkan nak biar
mereka bunuh semua polis........itu pun seorang dah mati masa
datang nak pujuk mereka, mintak bersurai.
Nak soal Haji Hadi pulak, kalau biarkan Ibrahim Libya bunuh
semua polis, hari ni agaknya siapa yang akan disalahkan....????
Kesimlpulannya, Musa Hitam Tak salah.
Yang salah ialah AMANAT HAJI HADI mintak orang PAS berjihad
menentang PERLEMBAGAAN KAPER umno/BN.
Apalah agaknya kata Ibrahim Libya dalam kubur hari ni, tengok
Haji Hadi bersekongkol dengan UMNO berjuang menegakkan
PERLEMBAGAAN KAPER yang ditentangnya  30 tahun dulu sampai
Ibrahim terkorban nyawanya........????

      


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:04 PM | Show all posts
kelana36 replied at 16-8-2017 12:49 PM
Tak ada sapa dalang pun, polis jalankan tugas dia nak tangkap Ibrahim Libya, tapi dia tak nak meny ...

rasanya SOP biasa la tu kan...yang taksub dgn si ibrahim libya tu pun kemain jadi human barrier so dedulu lagi dah ada la istilah penunggang agama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 01:05 PM | Show all posts
Salah pemikiran ekstremis dan taksub membabi-buta.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:05 PM | Show all posts
jiwarasa replied at 16-8-2017 08:58 AM
ini skip orang dah x boleh pakai lah bro. berani betul orang kampung nak lawan senapang pakai  ...

oarng kampung, kalau dah hari hari di tiup dengan semangat anti kerajaan, bagi hujah hujah beserta hadis dan surah... pada mereka kalau mati pun mati syahid.. tq to amanat hadi awang..

btw orang pertama yang mati dalam incident tu adalah pegawai FRU yang kena tembak dengan senapang patah oleh penyokong ibrahim libya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ibrahim libya.........tun musa xsalah..... org org kampung ..ppuan..lelaki ..anak anak kecil mangsa .....i masih kecik lagi masa tu...masa tu mak i kerja polis di baling(kemudian quit kerja ngajar)..diarahkan pergi kerja malam sebab kes ni..sampsi la esok hari nya tak balik sebab darurat kakitangan xcukup nak kawal keadaan...byk la tau kisah ni 90%..kesian anak anak kecik dan org kampung tu..
tahun 90an...parents pergi melawat kg memali rumah ibrahim libya ..jumpa org kampong dan makcik yg duduk rumah ibrahim libya tu**xtau sapa..maybe wife nya kot* sebab i xfaham bahasa kampong ckp...kolah air dekat tangga umah tu kata nya dijampi seblum org kampong minum ....dan  ermula la kejadian kg memali tu..
#byk kisah sedih org kg memali tu..tun musa xsalah yg jelas nya..polis hanya menjalan kan kerja mereka aja...arwah ibrahim libya punca nya...

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:06 PM | Show all posts
jiwarasa replied at 16-8-2017 12:58 PM
ini skip orang dah x boleh pakai lah bro. berani betul orang kampung nak lawan senapang pakai  ...

penyangak x sama dgn extremist agama...depa akan terima kalau tok ketua depa ckp depa berjuang dan syahid kalo gugur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068427 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list