CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 18

[Tempatan] Baling kerusi, suar, itu politik cara gangster UMNO – Rafidah Aziz

  [Copy link]
Post time 16-8-2017 01:42 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – “Politik jalanan telah menjadi satu unsur membimbangkan di negara kita ini..iaitu politik ganas, biadab, dan tidak menghormati orang lain,” demikian menurut bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Status itu dimuatnaik Rafidah sehari selepas pembatalan Program Nothing To Hide 2.0 yang dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Rafidah, tindakan beberapa pihak yang menimbulkan kekecohan di majlis itu disifatkan kurang ajar dan tidak hormat kepada individu yang pernah memimpin negara suatu masa dahulu.

“Pemimpin-pemimpin tanpa segan silu menunjukkan keangkuhan dan kuasa masing-masing..dengan tutur bahasa kasar, melulu dan tidak beralas cakap. Tidak langsung ada perasaan rendah diri dan sedar akan beratnya tanggungjawab yang dipikul apabila duduk dalam jawatan-jawatan tinggi.

“Orang yang lebih tua..pangkat Bapa kapada kita, di perkotak katik saperti budak-budak …tiada langsung adab dan sopan. Itukah contoh ‘kepimpinan’ yang hendak ditunjukkan kapada anak-anak muda? Dalam bahasa kasar…budaya kurang ajar?” soal Rafidah.

Dalam kejadian semalam, forum anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kecoh apabila hadirin yang tidak dikenali bertindak membaling kerusi dan botol air ke arah pentas ketika Dr Mahathir sedang menjawab soalan hadirin.

Kekecohan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam itu tercetus apabila individu berkenaan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Dr Mahathir bersabit peristiwa Memali ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Ujar Rafidah lagi, keadaan politik seumpama ini sering kali dilihat di negara-negara dunia ketika di benua Afrika dan sebagainya.

Namun kini, situasi sama dapat dilihat dipamerkan segelintir masyarakat yang ‘bertuankan’ politik semata-mata, katanya.

“Sekarang kita sudah mula melihat politik dunia ketiga itu menular di negara kita Malaysia…negara yang diharap meningkat ke status negara maju dalam tiga tahun lagi!
Nampaknya jauh pemanggang dari api.

“Politik menjadi laluan dan alasan serta dorongan mencaci dan memburukkan orang-orang yang tidak sekawan,” ujar beliau. -MalaysiaGazette.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hanya jauhari yg mengenal manikam
kepimpinan melalui teladan
monkey see, monkey do
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:38 PM | Show all posts
abih cip meke...sijamal dulu...rempuh perhimpunan Bersih...sampai tuduh oreng Borsih pukul dio...bila lihat bidio...kantoi...polis pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek pidah dah putus haid..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 07:27 PM | Show all posts
Kat mana yang Kak Rafidah kata, Baling kerusi, suar, itu politik cara gangster UMNO.

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 07:39 PM | Show all posts
Nasihat untuk Tun M :

Jika tak berani nak jawab semua persoalan, masih ada yg nak disembunyikan, tak perlulah
hadir ke program Nothing To Hide, buat marah orang aje...dan memalukan Tun sebagai Negarawan.

Bila jadi macam ini, mulalah menuduh pihak orang lain...
kena lihat diri sendiri dulu sebelum hadir. Jika tidak buang masa aje, orangramai datang,
yg nak bertanya, yg nak dapatkan perjelasan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 16-8-2017 07:27 PM
Kat mana yang Kak Rafidah kata, Baling kerusi, suar, itu politik cara gangster UMNO. [/b ...

Apabila pidah bkn lg menteri dr umno berkata kata....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:22 PM | Show all posts
Skuau replied at 16-8-2017 08:47 PM
Apabila pidah bkn lg menteri dr umno berkata kata....



dalam tulisan tersebut tiada pidah kata baling kerusi, suar, itu cara gangster UMNO.

Jika ini bukan fitnah, tt kena jelaskan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacai2 dah mula in denial xdpt terima kenyataan parti samseng
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 11:37 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 16-8-2017 10:23 PM
Cacai2 dah mula in denial xdpt terima kenyataan parti samseng



Pendedahan Taufik Abbas Bukti Pergaduhan Semalam Sesama Orang PPBM Sendiri August 14, 2017 Papa Diva 0 Comments



Tiada sebab penganjur program Nothing To Hide 2.0 hendak menyalahkan orang upahan atau sesiapa sahaja pihak lain yang memulakan kekecohan dalam program itu sebaliknya ia adalah pergaduhan sesama ahli PPBM sendiri kerana tidak puas hati dengan Pengerusi mereka, Mahathir.
Bukti paling jelas ialah bagaimana Exco Armada Mohamad Taufik Abbas yang dikatakan belot dalam PPBM sebenarnya yang mula bertanyakan soalan berkaitan peristiwa Memali yang enggan dijawab oleh Mahathir dalam program itu.
Mohamad Taufik dikatakan menentang kepimpinan PPBM bersama dua orang lagi iaitu Muhammad Hafiz Azhar dan Abd Wahazir Abd Wahab.
Beliau juga adalah orangnya yang menyerahkan bukti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PPBM kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sehingga kini, dikatakan masih tidak ada lagi laporan polis dibuat kerana kekecohan itu menguatkan lagi cerita bahawa ia adalah pergaduhan dalaman PPBM bukannya disebabkan oleh pihak luar.
Program berkenaan adalah anjuran adalah PPBM dan semua perkara diuruskan oleh PPBM termasuk pasukan keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan program itu. Soalan berkaitan Memali ditanya oleh Exco berkenaan yang dikatakan ada masalah dengan pemimpinnya.
Difahamkan yang mula-mula baling kerusi dalam program berkenaan juga adalah sebenarnya urusetia program berkenaan.
Tidak mustahil, budak yang dikatakan memulakan kekecohan berkenaan yang dituduh menjadi upahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya adalah budak upahan PPBM cuma siapa yang mengupahnya sudah pasti tidak mendedahkan mereka dari pihak mana.
Ini kerana dalam video pengakuan budak berkenaan diupah, mereka tidak bertanyakan pun sama ada yang mengupah mereka adalah dari BN atau UMNO sebaliknya hanya mengakui mereka disuruh datang kerana diberikan tshirt percuma.
Tidak ada sebab mengapa pihak lain khususnya dari pihak kerajaan dikatakan mahu merosakkan majlis PPBM berkenaan kerana dari awal pemimpin dalam parti itu sudah sedia rosak.
Mahathir sendiri bakal berdepan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dagangan mata wang asing (FOREX) tidak lama lagi, juga tidak berani hendak jawab soalan yang dikemukakan bimbang nanti dikritik pelbagai pihak khususnya sekutu dalam pembangkang.
Paling perlu dilindungi ialah Anwar kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika skandal Forex itu berlaku. – pru14.tv


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:46 AM | Show all posts
apa pula kaitan dgn umno...yg buat perhimpunan & hadir semua org pembangkang...mereka gaduh semasa sendiri ..bagus masukkan semua dalam lokap dari ekor sampai ke kepala mereka...aman dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 08:05 AM | Show all posts
KAHKAHKAHKAHKAH..................
Cacai semua mengelupur in defensive, mempertahankan diri.
Kalau itu semua kerja orang PPBN, patut dari awal lagi CACAI
suduh kutuk kekecohan, bukan dengan bangganya cakap
LIHAT TUN MAHADIR DIMALUKAN!!!!!
Ludah cacai sudah jatuh ke muka sendiri.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 09:10 AM | Show all posts
kalo gangster kurang ajar kasi UMNO laaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 09:14 AM | Show all posts
rashiman replied at 16-8-2017 11:37 PM
Pendedahan Taufik Abbas Bukti Pergaduhan Semalam Sesama Orang PPBM Sendiri August 14, 2017 Pap ...

taufik tu bekas armada...dah tak jd ahli parti lg dahhhh..bekerjasama dgn macai umno utk buat kecoh dgn upah mat rempit rm50...modus operandi umno 100%
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 09:15 AM | Show all posts
Ujar Rafidah lagi, keadaan politik seumpama ini sering kali dilihat di negara-negara dunia ketika di benua Afrika dan sebagainya.
Namun kini, situasi sama dapat dilihat dipamerkan segelintir masyarakat yang ‘bertuankan’ politik semata-mata, katanya.
“Sekarang kita sudah mula melihat politik dunia ketiga itu menular di negara kita Malaysia…negara yang diharap meningkat ke status negara maju dalam tiga tahun lagi!


politik 3rd world serupa afrika rupanya UMNO ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun pun depa layan gini...bayangkan Najib dah x jadi PM nanti puak2 UMNGOK ni layan macamana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 17-8-2017 09:15 AM
politik 3rd world serupa afrika rupanya UMNO ni

Kata2 drp mereka yg sdh 'pergi'....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
umno setanding dgn taiwan...suka baling kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 01:32 PM | Show all posts
Flare boleh beli ka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.419722 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list