CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 17

[Dunia] Tentera India, China berbalah

  [Copy link]
Post time 16-8-2017 03:11 PM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI: Tentera India dan China terbabit dalam perbalahan di barat Himalaya semalam, kata sumber India.

Keadaan itu dengan sendirinya meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara yang terbabit dalam kebuntuan selama dua bulan di bahagian lain sempadan menjadi pertikaian itu.

Sumber di New Delhi yang diberi taklimat mengenai keadaan ketenteraan di sempadan berkata, tentera menggagalkan usaha tentera China memasuki wilayah India di Ladakh, berhampiran tasik Pangong.

Sebahagian tentera China membawa batang besi dan batu, manakala kecederaan dilaporkan pada kedua-dua pihak, kata sumber.

Kedua-dua pihak kerap saling menuduh menceroboh wilayah masing-masing, namun pertempuran jarang berlaku.

"Berlaku perbalahan berhampiran tasik Pangong," kata pegawai polis di Srinagar, ibu negeri Jammu Kashmir yang ditadbir India.

Sumber tentera di Srinagar turut bercakap mengenai perkara itu berikutan apa yang disifatkan pencerobohan tentera China di kawasan tasik Pangong.

Tentera kedua-dua negara turut terbabit dalam ketegangan di kawasan Doklam di timur wilayah itu, satu lagi bahagian daripada sempadan pergunungan tidak ditandakan sepanjang 3,500 kilometer. - Reuters


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 03:12 PM | Show all posts
negara dah  besar pun berebut..
ko tengok malaysia...dh la kecik, xcukup rakyat tempatan panggil lg rakyat luar mai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 03:51 PM | Show all posts
melayu tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:00 PM | Show all posts
Tamak sungguh China ni, tak cukup kat laut, kat darat pun nak ceroboh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:15 PM | Show all posts
kalau perang meletus tolong selamatkan karisma kapoor, dan pelakon bhajrangi bhaijan sahaja. yang lain2 sila mereput
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
China dan India tak berani nak menyerang antara satu sama lain punya.
India ada AS backup, China takut juga kalau-kalau tak ada sekutu nak join mereka sekali nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2017 04:25 PM | Show all posts
Bukan India dan China ni bersengketa kat Bhutan? China telah membina jalan raya di daerah yang diklaim Bhutan...India back up Bhutan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 16-8-2017 04:00 PM
Tamak sungguh China ni, tak cukup kat laut, kat darat pun nak ceroboh..

Ya, dari timur ke barat, utara ke selatan, China kerjanya asyik berebut kawasan dengan negara-negara jiran. Macam budak kecil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 04:58 PM | Show all posts
Dah la hudoh. Sebok jer nak kacau negara2 Indo-Aryan kimak punya PRC sial
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 16-8-2017 04:00 PM
Tamak sungguh China ni, tak cukup kat laut, kat darat pun nak ceroboh..

dispute kali ni india pasti kalah.

pasal mmg terang2 india masul territory china yg sudah internationally recognized.

india hanya berani wayang pasal usa galakan dia buat sedemikian
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
gede-bab replied at 16-8-2017 04:25 PM
Bukan India dan China ni bersengketa kat Bhutan? China telah membina jalan raya di daerah yang dikla ...

sebenarnya Bhutan ingin tak "dijajah" oleh india.

dan mmg pun india tiada asas utk claim apa2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:16 PM | Show all posts
wow...this is ..news...selama ni dok verbal war je ni ...acah acah dah ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:24 PM | Show all posts
perang dengan batang besi dan batu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yuppp... china kuminis junjungan kesayangan umno memang kimak hanat
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeaaayyy akhirnya mulayu dapat tepok tangannn...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:38 PM | Show all posts
Larat pulak bergaduh beribu-ribu meter dari aras laut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm yindon dengan malon jaa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:43 AM | Show all posts
china & yendia gaduh...ada aku kesah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.761013 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list