CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5837|Reply: 73

3 Articles : Daripada Dr Sidek Baba

[Copy link]
Post time 16-8-2017 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 14-9-2017 10:55 PM

KEINDAHAN ISLAM PADA WATAK

sumber asal pautan : http://www.yadim.com.my/v2/?p=29980






  

Oleh SIDEK BABA
Islam adalah agama yang indah. Ia terletak kepada cerminan watak yang dimiliki. Watak dan pekerti yang baik memberi gambaran terhadap kebaikan Islam itu sendiri. Seorang yang jujur, amanah, adil, tulus dan telus adalah gambaran orang yang beriman dan bertakwa. Ia memberi kebaikan kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
Pekerti yang baik adalah gambaran diri yang fitrah. Diri yang berjiwa fitrah mempunyai kualiti manusiawi yang tinggi. Ia menjadi sumber contoh kepada yang lain kerana yang lain fitrah dirinya juga memerlukan hal-hal yang sedemikian. Ia gemar melakukan kemakrufan dan menjauhkan diri dari kemungkaran. Melakukan kemungkaran ibarat merosakkan fitrah diri dan memiliki watak haiwani.
Membentuk watak yang manusiawi memerlukan jiwa keihsanan yang tinggi. Meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui menyebabkan manusia mempunyai kawalan diri atau disiplin diri. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.” (al-Hujurat:18).



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2017 08:29 PM | Show all posts
Insaf-ketuhanan (God-conciousness) ini terbina dengan iman, ilmu dan ihsan. Keimanan tidak sekadar membawa kepada percaya tetapi ilmu akidah yang dipelajari dengan mendalam membawa kepada keyakinan lalu terbina sifat ihsan yang murni.

Sifat akidah itu merentasi. Ia bukan hanya suatu kepercayaan dan keyakinan semata-mata tetapi ia mempunyai tautan dengan pemikiran dan batini dan terlihat dalam percakapan, terhubung dengan hati dan terpancar dalam amalan. Watak tauhidik ini sifatnya mendasari pekerti dan terlihat keindahannya dalam perbuatan. Ia juga merentasi amalan diri dan menyebabkan jiwa kehambaan terbina dengan asas ketaatan, kepatuhan, ketundukan dan keakuran yang tinggi kepada Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 08:32 PM | Show all posts
Inilah cerminan akhlak karimah yang dituntut dalam Islam. Rasulullah SAW memiliki watak “Khuluq al-Quran” atau akhlak Qurani yang patuh kepada titah perintah Allah, taat kepada suruhan Allah, akur mengenai pedoman Allah dan tunduk kepada pantang larang Allah.

Asas ini sangat penting dimiliki supaya sumber al-Quran dijadikan pedoman dan sunnah Nabi dijadikan ikutan. Inilah lafaz dalam khutbah akhir Rasulullah SAW bahawa kita tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber rujukan dan ikutan.

Al-Quran bukan bersifat tekstual semata-mata (wahyu dan kitab). Ianya merujuk kepada kontekstual yang Allah ciptakan sebagai sumber rahmah dan nikmah. Dengan jiwa tadabbur yang tinggi, Allah kurniakan akal yang sihat kepada manusia untuk berfikir, merenung dan mengkaji akan kebesaran-Nya supaya iman menjadi teguh dan mampu bertahan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 08:33 PM | Show all posts
Inilah tradisi ulama dan ilmuan silam yang mampu membina tamadun contoh kerana mempunyai jiwa Qurani yang tinggi bagi memperjelas makna kehidupan yang dicari bukan saja terhubung dengan akal yang terbatas tetapi terkait dengan naqal (wahyu) yang memiliki makna yang tidak terbatas.

Kelemahan yang terdapat pada umat Islam hari ini ialah terputusnya ibadah khusus dengan ibadah umum. Solat dilakukan sekadar solat tetapi tidak terhubung dengan pekerti dan tingkah laku. Mendirikan solat adalah amalan yang menjadi benteng terhadap melakukan yang fahsya’ (keji) dan mungkar.

Begitu juga puasa yang menjadi asas kepada tarbiah diri supaya disiplin diri terbina dan terbentuk pada watak menginsafi makna kelaparan, kawalan hawa nafsu yang selama ini menjadikan manusia berwatak haiwani kembali kepada watak manusiawi yang sifatnya menyantuni. Inilah maksud ibadah yang sebenarnya dalam Islam.

Justeru, pembentukan watak diri yang Islami perlu ditunjangi dengan ilmu dan contoh teladan. Mempelajari ilmu sedalam-dalamnya suatu hal. Mengamalkan ilmu itu sebagai sumber contoh dan ikutan pula adalah suatu hal yang amat dituntut.

Rasulullah SAW meninggalkan kepada kita dengan ilmu dan peribadi contoh. Sebab itu Islam dianut oleh umat manusia sehingga kini kerana al-Quran itu sumber yang hidup sepanjang zaman dan sunnah Nabi menjadi contoh yang hidup dalam amalan dan perbuatan.

Inilah kekuatan Islam iaitu berilmu dan beramal supaya keindahan Islam terlihat pada peribadi dan diri serta menjadi contoh untuk diteladani oleh orang lain. Di sini letaknya keunggulan Islam lantaran agama ini memberi manusia pedoman dan petunjuk untuk kesejahteraan umat manusia. –

MAJALAH DAKWAH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 09:11 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-8-2017 09:13 PM

Menyantuni akal budi satu tuntutan

Sidek Baba


AKAL budi insan terhubung antara pemikiran dan hati. Pemikiran tidak semata-mata sifatnya -kognitif tetapi juga bersifat kedalaman kerana menyentuh hati, emosi dan cara berfikir. Sebab itu, amat -penting -pemikiran mesti jernih untuk menghasilkan hati dan amal yang jernih juga.

Kejernihan pemikiran datang dari hati yang ikhlas, amanah, telus dan tulus, keadilan yang mendekatkan diri kepada takwa dan kualiti keihsanan yang sifatnya menyantuni. Tanpa asas ini pada diri, ketidaktenteraman akan lahir, konflik pemikiran sering terjadi, rasa ragu-ragu bakal muncul dan membina keyakinan terhadap Pencipta menjadi terlalu payah.



Allah berikan manusia akal. Ia adalah anugerah yang -paling berharga kepada manusia. Akal membolehkan manusia berfikir, menjana ilmu dan membuat keputusan. Tetapi akal juga mempunyai keterbatasan. Dalam memahami hal-hal ghaib, bantuan nakli atau wahyu amat diperlukan. Wahyu terkandung petunjuk dan mukjizat dari Allah. Ia ibarat suluh yang memberikan manusia pencerahan. Tanpa pedoman wahyu manusia boleh memahami yang nyata dan nampak tetapi tidak mempunyai pengetahuan menghubungkan yang nyata dengan yang ghaib.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 09:18 PM | Show all posts
Al-Quran sebagai sumber wahyu amat selari dengan penemuan saintifik. Terdapat banyak ayat al-Quran memberi pedoman mengenai sains dan alam sekitar. Banyak perkara yang manusia lakukan penemuannya melalui isyarat dari al-Quran. Kalau al-Quran tidak -datang dari Allah, mana mungkin manusia menemui petunjuk secara inderawi semata-mata.

Kajian tentang langit dan bumi dan segala isinya ada kaitan dengan al-Quran. Asbab kejadian manusia dan mengapa manusia dicipta diberi petunjuk oleh al-Quran. Ia bukan rekaan Nabi Muhammad SAW kerana Nabi Muhammad ialah manusia seperti kita dan dipilih sebagai Rasul terbilang menyampaikan risalah kebenaran.

Dalam Islam, tunjangan yang memberikan manusia pedoman adalah hubungan menegak dengan Allah (hablum minallah) dan hubungan merentas dengan manusia dan sistem (hablum minannas). Tunjangan ini membentuk tasawwur atau fikrah Islami yang sangat perlu bagi manusia memahami hubungannya dengan Allah dan hubungan sesama manusia dan sistem.


Asas ini memberikan pedoman yang saling melengkapi antara faktor akal dan hubungannya dengan hati. Apa yang difikir oleh manusia tidak berada dalam kekosongan. Ia terhubung dengan diri khususnya hati. Pemikiran tidak boleh berdiri sendiri tanpa adanya keyakinan dan kepercayaan terhadap manfaatnya. Yang memberi pedoman kepada manfaat itu datangnya dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Menolak faktor nakliah (wahyu) bermakna pemikiran menjadi mekanistik, tanpa roh dan hala tuju.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/menyantuni-akal-budi-satu-tuntutan-1.514964#ixzz4pvLYAjVB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2017 09:19 PM | Show all posts
Di sini pentingnya akal budi disantuni supaya niat dan amal kita mempunyai pedoman. Beramal tanpa niat yang telus dan tulus boleh membawa kepada penyimpangan. Amal berasaskan niat yang bersih dan jernih ada pertaliannya dengan Allah. Hubungan menegak dengan Allah memberikan daya kawalan dan pedoman supaya hati mengambil petunjuk Allah sebagai pedoman melakukan amal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 09:20 PM | Show all posts
Bergantung semata-mata kepada akal sahaja menjadikan jalur berfikir tidak seimbang. Berfikir tentang alam pada hakikatnya berkaitan dengan Pencipta. Merenung perjalanan bintang dan cakerawala terkait dengan maksud Sunnatullah. Melihat rezeki yang melimpah ruah terhubung dengan rahmah dan nikmah Allah. Melihat perubahan watak dan gelagat manusia mempunyai kaitan langsung dengan jiwa kehambaan dan kekhalifahan yang dimiliki oleh seseorang insan.

Mereka yang tidak memiliki akal budi yang tinggi hanya berpaut kepada rasional dan logik. Kehidupan manusia -kerana adanya roh dalam diri. Roh adalah sesuatu yang tidak nampak. Petanda roh itu ada adalah manusia dan haiwan hidup. Bila roh terputus dari jasad, manusia dan haiwan akan mati. Orang yang percaya kepada kekuasaan Allah akan terus yakin bahawa roh itu adalah milik Allah dan Allah itu sahajalah yang Maha Mengetahui hakikat roh itu bukannya manusia yang berpegang kepada akal semata-mata.

PROF. DATUK DR. SIDEK BABA ialah Dekan Institut Antarabangsa Dunia Melayu dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/menyantuni-akal-budi-satu-tuntutan-1.514964#ixzz4pvLwUqyC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah keindahan Islam itu terletak pd Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya pada makna mereka-mereka yg bersyukur kpd-Nya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:11 PM | Show all posts
dovob replied at 16-8-2017 09:50 PM
Bukankah keindahan Islam itu terletak pd Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya pada makna mereka-mereka yg bers ...

betoi ke camtu
atau KEINDAHAN ISLAM kerana org2 islam bagaikan AL QURAN YANG BERGERAK
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:11 PM | Show all posts
dovob replied at 16-8-2017 09:50 PM
Bukankah keindahan Islam itu terletak pd Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya pada makna mereka-mereka yg bers ...

betoi ke camtu
atau KEINDAHAN ISLAM kerana org2 islam bagaikan AL QURAN YANG BERGERAK
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:11 PM | Show all posts
dovob replied at 16-8-2017 09:50 PM
Bukankah keindahan Islam itu terletak pd Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya pada makna mereka-mereka yg bers ...

betoi ke camtu
atau KEINDAHAN ISLAM kerana org2 islam bagaikan AL QURAN YANG BERGERAK
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 16-8-2017 10:11 PM
betoi ke camtu
atau KEINDAHAN ISLAM kerana org2 islam bagaikan AL QURAN YANG BERGERAK

soalnya, awak pernah baca mengenai ibnu Sireen?

anak-anak murid ibnu Sireen ada awak ambil tahu nama mereka? dan tahukah awak, ibnu Hajar pernah belajar ilmu tauhid "makrifatullah" dari siapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 10:16 PM | Show all posts
dovob replied at 16-8-2017 09:50 PM
Bukankah keindahan Islam itu terletak pd Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya pada makna mereka-mereka yg bers ...

true , terletak pada rasul rasul yg memnyantuni semua elemen - islam , iman dan ihsan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 16-8-2017 10:11 PM
betoi ke camtu
atau KEINDAHAN ISLAM kerana org2 islam bagaikan AL QURAN YANG BERGERAK

bagi sy, hari-hari jk sesiapa jua yg tahu dan atau faham akan surah Al-Fatihah sudah mencukupi utk menjelaskan sebahagian dari hal ehwal Islam yg dimaksudkan indah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 16-8-2017 10:11 PM
betoi ke camtu
atau KEINDAHAN ISLAM kerana org2 islam bagaikan AL QURAN YANG BERGERAK

kenal tak dgn seorg ulama sufi Faroghli? Ibnu Hajar yg bermazhab As-Syafie pun belajar dgn anak murid ibnu Sireen ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 10:25 PM | Show all posts
dovob replied at 16-8-2017 10:15 PM
soalnya, awak pernah baca mengenai ibnu Sireen?

anak-anak murid ibnu Sireen ada awak ambil tahu ...

ni ilmu tauhid makrifatullah ni
ni hang cekau kat mana yaaa perkataan ni
atau depa tu cekau dr mana pulak

dalam AL QURAN tak dak pulak imlu camni
ni jenis ilmu perasan mereng merapu je kottttttttt

ok soalan"
siapa yg mula2 sebut perkataan TAUHID???
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 16-8-2017 10:11 PM
betoi ke camtu
atau KEINDAHAN ISLAM kerana org2 islam bagaikan AL QURAN YANG BERGERAK

jk nak faham 7 ayat surah Al-Fatihah, ibarat lautan yg tidak bertepi. itu baru sebahagian dari Islam. jk mahu ditambahkan lagi setitik lautan ke dalam lautan, maka tak cukup utk menulis kalimah-kalimah-Nya tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:28 PM | Show all posts
dovob replied at 16-8-2017 10:19 PM
bagi sy, hari-hari jk sesiapa jua yg tahu dan atau faham akan surah Al-Fatihah sudah mencukupi utk ...

tipulah hang nizam
ada ke ayat mereng camni hang kata kononnya sudah mencukupi

ooiii nizam
kalau hang hidup sejuta tahun pun
hang tak akan faham AL FATIHAH
hanya syok n perasan je yg lebih
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:28 PM | Show all posts
dovob replied at 16-8-2017 10:19 PM
bagi sy, hari-hari jk sesiapa jua yg tahu dan atau faham akan surah Al-Fatihah sudah mencukupi utk ...

tipulah hang nizam
ada ke ayat mereng camni hang kata kononnya sudah mencukupi

ooiii nizam
kalau hang hidup sejuta tahun pun
hang tak akan faham AL FATIHAH
hanya syok n perasan je yg lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.327133 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list