View: 5892|Reply: 55
|
Mufti Kl - Hikmah dan Falsafah Solat - Ulasan Buku
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 16-8-2017 08:46 PM
Menghayati Falsafah dan Hikmah Solat
sumber pautan asal : http://www.yadim.com.my/v2/?p=29591
Tajuk Buku: Solat Itu Mudah Penulis: Zulkifli Muhammad Al-Bakri Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Tahun: 2017 No ISBN: 978-967-5128-31-8 Pengulas: Shaharom TM Sulaiman
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-8-2017 08:47 PM
Berdasarkan berbagai keterangan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, dapatlah dikatakan bahawa solat adalah kewajipan peribadatan yang paling penting dalam sistem keagamaan Islam. Al-Quran banyak memuat perintah agar kita mendirikan solat, yakni menjalankannya dengan penuh keikhlasan, dan menggambarkan bahawa kebahagiaan orang-orang beriman adalah dalam ibadah solatnya yang dilakukan dalam kekhusyukan dimana ia secara langsung “berdiri dan berdepan” dengan Pencipta-Nya. Dalam sebuah hadis Nabi SAW menegaskan, “Yang pertama akan diperhitungkan tentang seorang hamba pada hari kiamat adalah solat; jika baik, maka baik pulalah seluruh amalnya.”
Penegasan sedemikian rupa menjadikan solat bukan sekadar ibadah ‘ritual’ yang wajib didirikan tetapi wajib diiringi dengan kefahaman yang mendalam akan hikmah dan falsafah ibadah solat itu sendiri yang bermakna kita sepatutnya memahami makna solat itu sebaik mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-8-2017 08:47 PM
Oleh yang demikian, kehadiran buku Solat Itu Mudah amat dialu-alukan untuk membantu dan mempermudahkan kefahaman kita tentang ibadah solat. Menurut penulis (Zulkifli Muhammad Al-Bakri), buku ini memfokuskan isu solat kerana solat adalah sepenting-pentingnya rukun Islam selepas bersyahadah. Kedudukan dan hikmah solat dalam kehidupan manusia menjadikan seseorang yang sentiasa melaziminya dapat menghadapi badai kehidupan dan melaksanakan kehidupan dengan sebaik mungkin. Buku ini juga menunjukkan kepada kita bahawa betapa mudahnya ibadah solat dapat dikerjakan tanpa mengira situasi mahupun lokasi bahkan tidak memerlukan masa yang panjang dalam kehidupan seharian kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-8-2017 08:47 PM
Buku ini turut menjelaskan hukum-hakam dan cara-cara solat yang lengkap beserta dengan kupasan dalil-dalil dengan terperinci dan dipersembahkan dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Bermula dengan takbir pembukaan solat yang dinamakan ‘takbiratul ihram’ yang mengandungi erti “takbir yang mengharamkan”, yakni mengharamkan segala tindakan dan tingkah laku yang tidak ada kaitannya dengan solat sebagai peristiwa menghadap Tuhan.
Takbiratul Ihram itu seakan-akan pernyataan formal seseorang membuka hubungan diri dengan Tuhan, (hablum minallah) dan mengharamkan atau memutuskan diri dari semua bentuk hubungan dengan sesama manusia (hablum minannas). Maka makna ‘dalaman’ solat diisyaratkan dengan erti simbolik takbir pembukaan itu yang melambangkan hubungan dengan Allah dan menghambakan diri kepada-Nya. Jika disebutkan bahawa tujuan penciptaan jin dan manusia oleh Allah agar mereka menghamba kepada-Nya, maka wujud simbolik terpenting penghambaan itu ialah solat yang dibuka dengan takbir tersebut, sebagai ucapan pernyataan dimulainya sikap menghadap Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-8-2017 08:48 PM
Selanjutnya orang yang melakukan solat hendaknya menyedari sedalam-dalamnya akan kedudukannya sebagai makhluk yang sedang menghadap “Khalik-nya (Allah) dengan penuh kesyahduan dan kekhusyukan. Sedapat mungkin ia menghayati kehadirannya di hadapan Tuhan Maha Pencipta itu sedemikian rupa sehingga ia “seolah-olah melihat Khaliknya”; dan kalaupun ia tidak melihat-Nya, ia harus menginsafi sedalam-dalamnya bahawa “Khaliknya sedang melihatnya”. Orang yang melakukan solat menemukan salah satu makna yang amat penting dalam ibadatnya, iaitu penginsafan diri akan adanya kehadiran Tuhan Yang Maha Adil serta menyedari bahawa solat disyariatkan agar manusia sentiasa memelihara hubungan dengan Penciptanya agar wujud keinsafan sedalam-dalamnya akan ke-Maha-Hadiran-Nya.
Demikianlah indahnya ibadah solat yang memberi pengaruh besar dalam kehidupan kita. Buku setebal 110 halaman ini mampu memberi dimensi baharu kepada kita dalam menyegarkan kembali pemahaman kita terhadap ibadah solat yang telah kita kerjakan selama ini.
– MAJALAH DAKWAH |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-8-2017 08:56 PM
Cinta saja tidak cukup untuk selamatkan anak kita
http://www.yadim.com.my/v2/?p=29976
Oleh ABU FATTAH
Cinta ibu bapa kepada anak-anaknya melebihi cinta anak-anaknya kepada mereka. Bacalah kisah Nabi Nuh. Betapa pun anaknya menderhaka kepada Allah SWT dan membangkang seruan bapanya, cinta Nabi Nuh terhadap anaknya itu tidak pernah luntur. Sehingga detik-detik terakhir, Baginda masih mengajak anaknya, Kana’an untuk sama-sama menaiki bahteranya di tengah-tengah pukulan gelombang yang laksana gunung itu.
Meskipun Allah SWT telah berkali-kali memperingatkan dan melarang Nabi Nuh AS memohon perlindungan-Nya bagi menyelamatkan anaknya yang diperjelaskan di dalam firman-Nya bahawa anaknya itu tidak akan dapat diselamatkan kerana kekufurannya(Surah Hud: 45-46), namun hati seorang ayah, tidak sampai hati melihat anaknya binasa.
Keingkaran anaknya yang bernama Kana’an serta isterinya untuk beriman kepada Allah SWT menyebabkan mereka akhirnya ditenggelamkan oleh banjir besar. Betapa kecintaannya terhadap anaknya ketika Kana’an sedang berjuang menyelamatkan diri, Nabi Nuh tidak putus-putus mengajak anaknya naik ke atas kapal bersama-samanya, namun anaknya tidak menghiraukan seruan itu. Allah SWT telah menurunkan banjir yang besar dan telah menenggelamkan semua umat Nabi Nuh yang tidak beriman kecuali 70 orang pengikutnya yang setia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-8-2017 08:56 PM
Cerita Nabi Nuh AS telah mengingatkan bahawa anak daripada orang soleh tidak semestinya akan menjadi soleh seperti ibu bapanya. Nabi Muhammad SAW juga pernah mengingatkan anaknya yang bernama Fatimah bahawa jika dia mencuri, Rasulullah akan memotong tangannya. Kesolehan seperti mana juga kemuliaan seseorang, memang tidak boleh diperoleh melalui keturunan semata-mata tetapi ia perlu dicapai dengan adanya usaha individu itu sendiri, serta pilihan dan kehendak Allah.
Nabi Nuh AS menerima jawapan daripada Allah yang menjelaskan hakikat yang telah dilupai Baginda iaitu hubungan ‘kekeluargaan’ di sisi Allah juga dalam agama Allah dan neraca pertimbangan-Nya bukanlah hubungan darah, tetapi hubungan yang lebih utama iaitu hubungan akidah. Itulah hakikat agung dalam agama ini, iaitu hakikat hubungan akidah yang menjadi asas segala hubungan yang lain. Itulah tali hubungan yang mengikatkan individu Mukmin di antara satu sama lain. Itulah satu hubungan istimewa yang tidak dapat dilaksanakan oleh hubungan keturunan dan hubungan kekerabatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hakikatnya, kehadiran seseorang anak dalam kehidupan kedua-dua ibu bapa adalah sesuatu yang amat berat, satu fitnah, satu ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran, kadar keimanan dan tanggungjawab kita untuk membawanya ke jalan yang diredai Allah. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan suci maka pada ibu bapalah untuk mencoraknya.
Ibu bapa memikul tanggungjawab untuk menunjukkan contoh teladan yang baik bagi melahirkan anak-anak yang soleh. Suasana di rumah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk anak-anak. Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Bagaimana Luqman Hakim mendidik anaknya boleh dijadikan panduan terutamanya dalam berkomunikasi. Beliau sentiasa berpesan kepada anaknya agar jangan mempersekutukan Allah, dirikanlah solat, berbuat baik dan banyak bersabar. Pesan-pesan tauhid itu harus sentiasa tertanam dalam jiwa dan kesedaran anak-anak kita.
”Sesungguhnya solat itu satu-satunya bekal dan nilai-nilai amar maaruf nahi mungkar yang sangat-sangat relevan bagi anak-anak yang akan menghadapi zaman globalisasi yang serba pantas. Demikianlah juga dengan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Yaakub AS yang sempat memberikan wasiat kepada anak-anaknya seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 132 yang bermaksud, “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu bapa hendaklah selalu memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasa mentaati Allah dan menjaga perintah agama. Pesanan, teguran dan kata-kata nasihat dari ibu bapa merupakan mutiara-mutiara berharga untuk anak-anak kerana ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Peranan ibu bapa sebagai pemberi nasihat dan pesanan tidak terhenti setakat anak-anak masih kecil, tetapi berterusan hingga bila-bila sekalipun mereka telah dewasa.
Hal ini kerana kebiasaan ketika masa kecilnya dengan kebaikan akan dituai pada masa dewasanya kebaikan itu. Begitu juga yang masa dewasanya sudah terbiasa dengan kebaikan, maka ia akan mati dalam kebaikan itu, dan barang siapa yang mati dengan penuh kebaikan maka ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan kebaikan tersebut, dan begitu juga sebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak-anak yang gagal dididik dan dibekalkan dengan ajaran agama serta kurangnya perhatian dan hilangnya keteladanan yang baik daripada ibu bapanya sejak dari kecil sebahagian besarnya akan melahirkan anak-anak yang gagal dan menderhaka terhadap kedua ibu bapanya. Oleh kerana itu, ajar dan didiklah anak-anak dengan adab dan perilaku yang telah digariskan oleh agama supaya dapat menghindarkan mereka daripada kesesatan lalu terjerumus ke dalam api neraka.
Sesungguhnya, anak adalah milik Allah SWT dan mesti dipersembahkan dan dipersiapkan sepenuhnya hanya untuk (jalan) Allah. Kita sebagai ibu bapa sekadar diberi amanah memelihara dan memberi ilmu. Waima ketika Allah memerintah Nabi Ibrahim AS agar menyembelih anaknya Ismail yang sangat disayanginya, Baginda dengan rela hati melaksanakan perintah tersebut.
Sebagaimana pengajaran dari kisah Nabi Nuh AS, kesolehan dan kemuliaan ibu bapa tidak dapat menyelamatkan anak-anak daripada pembalasan Allah SWT. Hanya bekalan didikan agama yang mencukupi sahaja yang dapat menyelamatkan mereka daripada balasan Allah SWT. – MAJALAH DAKWAH |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 16-8-2017 08:53 PM
Cinta saja tidak cukup untuk selamatkan anak kita
http://www.yadim.com.my/v2/?p=29976
umat nabi Nuh yg selamat 70 org aje ke? atau sebenarnya 80 atau 83 org?
mohon penjelasan |
|
|
|
|
|
|
|
hang mendirikan SOLAT gak kan?
dan SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR
tapi napa hang dok mereng merapu je manjang lagi???
dan NIKMAT TUHANMU YANG MANA SATUKAH KAMU DUSTAKAN???
|
|
|
|
|
|
|
|
hang mendirikan SOLAT gak kan?
dan SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR
tapi napa hang dok mereng merapu je manjang lagi???
dan NIKMAT TUHANMU YANG MANA SATUKAH KAMU DUSTAKAN???
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi replied at 16-8-2017 09:52 PM
hang mendirikan SOLAT gak kan?
dan SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR
apa kaitannya kata-kata awak itu dgn apa yg sy bertanyakan itu?
adakah awak sedang menceritakan masaalah hati awak kpd sy? hehehehe.
sewel tak ketahuan punca ye? |
|
|
|
|
|
|
|
wallahuallam, saya nak cari ambik masa cumanya selisih tu tak lah sampai >50% error . mungkin penulis rujuk kitab yg petik fugures sekian sekian, but i agree letak rujukan sekunder lebih baik, i agree kalau pengulas sertakan rujukan. saya nak rujuk , ambik masa sikit la ni.
saudara ade sumber rujukan jumlah ke? boleh juga sertakan di sini
tq.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe bagi dia mungkin ade signifikan kot . wallahuallam, pada i selagi penulis tak kata 2 juta or 200 000 ribu i more or less tengok nilai konteks tu tak pe, itu kita , tapi yg pentingkan keprsissan then ...itu may be penting.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 16-8-2017 10:04 PM
wallahuallam, saya nak cari ambik masa cumanya selisih tu tak lah sampai >50% error . mungkin penu ...
tak pe. sy sekadar bertanya.
kalau tak silap, latest info yg sy dapat merujuk kpd jumlah sekitar 80/83/85 mcm itu. nanti sy beri nama-nama mereka sekali jk sy berkelapangan, Insya'allah ye |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi replied at 16-8-2017 10:03 PM
ada kaitannya leeee
yg gi tanya 70 ka 80 ka atau 83 tu napa?
apa yg penting sangat tuuu dgn ...
bukan pada angka, akan tetapi utk menyelamatkan maruah ketokohan seseorg (ulama) dari menjadi binggung dikemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
|
laaaaa nak selamatkan maruah pulak dahhhhh
oooiii nizam
kisah NUH ni dah lebih 10000 tahun tauuuu
betoi ka nama2 yg hang nak kata tu
sedangkan TAURAT INJIL ZABUR pun dah diselewengkan
ni kan pula nama2 sewaktu zaman Nuh
gunakanlah akal tu sikit nizam ooiiiiii
|
|
|
|
|
|
|
| |
|