CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 11

[Tempatan] Masalah ulat parkir sudah tidak terkawal. Penguatkuasa?

  [Copy link]
Post time 17-8-2017 10:53 AM | Show all posts |Read mode
16 OGOS — Saya ambil maklum kenyataan datuk bandar Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) A Rahim Nin yang menegaskan kepada pengguna yang meletakkan kenderaan dalam kawasan pusat bandar tetapi dikenakan caj atau bayaran oleh individu yang bertindak sebagai ulat parkir supaya tidak membayar caj berkenaan. Sekiranya diugut, terus membuat laporan kepada pihak polis.

Kegiatan ulat parkir semakin merebak bukan sahaja di Johor malah seluruh negara. Kalau sekadar cakap kosong tanpa sebarang tindakan drastik, perkara yang sama akan berulang dan ia akan memberi kesan lebih buruk kepada pengguna yang meletakkan kenderaan mereka.

Pihak berkuasa harus mengambil kira pelbagai aspek dan mengkaji masalah akar serta kesan kepada pengguna sebelum tampil mengeluarkan arahan.

Basmi dan banteras dahulu sindiket kutip parkir haram, buat pengawasan ketat dari semasa ke semasa dengan memastikan pengguna berasa selamat dengan kawasan sekitar khususnya pada waktu senja dan malam.

Sebelum ini, pihak MBJB melaksanakan tujuh operasi bersepadu sejak Februari lalu melibatkan tiga agensi iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Ia melibatkan sekitar kawasan pusat bandar raya terutama di Jalan Ibrahim, Jalan Dhoby, Jalan Trus dan Jalan Tan Hiok Nee.

Seramai 16 individu ditangkap PDRM dan mendapati sebahagian besar di kalangan mereka mempunyai rekod ditangkap beberapa kali sebelum ini yang menunjukkan mereka tidak serik dan takut untuk melakukan kesalahan sama.

Tetapi apakah tindakan susulannya? Semakin ramai ulat parkir menjalankan kegiatan mengutip caj bayaran untuk meletakkan kenderaan.

Jika tiada sebarang tindakan tegas diambil, sampai bila-bila pun masalah ulat parkir tidak dapat diselesaikan.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan pada masa lalu, usaha pihak berkuasa berkenaan juga kurang berkesan kerana masalah ulat parkir masih belum berjaya dibanteras.

Jika pihak yang bertanggungjawab melaksanakan pemantauan secara berkala, masalah ini sepatutnya dapat diselesaikan. Saya berharap masalah ulat parkir ini dapat ditangani sebaiknya oleh pihak berkuasa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 11:03 AM | Show all posts
allahurobbi,  cuba la datuk bandar park keta malam-malam kat bazar karat JB.. walaupun balai polis sentral sekangkang kera jek, bertimbun-timbun ulat tiket ni masih pow dari tuan punya kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:06 AM | Show all posts
Ai bayar ja . Deyols  ber Geng . sEHARI pun mesti byk untung Gila2 agaknya khenn . x keluar modal pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:36 PM | Show all posts
taiklah pbt2 laknat ni..iklan haram along pun x bleh nak banteras..padahal senang2 je ko nak detect dorg kan dah ada terpampang jelas no talipon kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn jadi bacul suap ulat tiket ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 07:25 AM | Show all posts
Macam indon jer sebut parkir. Pukul saja la. Yang sebut parkir bacul...yang bayar kat ulat pun bacul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2017 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat area belakang Jobstreet kt jalan TAR belah belakang yg serve Singgang tu berlambak org charge parking even bangunan TNB.  Bila aku tanya TNB pun charge ke?  Oh ni persatuan org kampung....  Dah lama dah mmg kene bayar
... Ermmm

DBKL...  MOHON CHECK boleh tak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 09:00 AM | Show all posts
malaysia mana ada penguatkuasaan. Bila ada yang mati atau VIP yang menderita barulah ada tindakan. tapi pastu senyaplah balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 18-8-2017 08:33 AM
Kat area belakang Jobstreet kt jalan TAR belah belakang yg serve Singgang tu berlambak org charge pa ...

Berdasarkan pengalaman aku pegi court dbkl, mmg selalu la ulat parking ni kene tangkap, naik court, kene denda atau penjara kalau tak leh bayar denda. Hari ni kuar lokap, mggu depan buat lagi...dan seterusnya la kitaranya... Selalunya mmg mat pet la..tapi mmg dbkl kene kuatkan lagi penguatkuasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 09:15 AM | Show all posts
anak2 staf PBT ramai tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 09:32 AM | Show all posts
Themilo replied at 17-8-2017 11:03 AM
allahurobbi,  cuba la datuk bandar park keta malam-malam kat bazar karat JB.. walaupun balai polis s ...

Latu Bandar tu tak ado modal lagi nak cakap....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 09:35 AM | Show all posts
  1. Basmi dan banteras dahulu sindiket kutip parkir haram, buat pengawasan ketat dari semasa ke semasa dengan memastikan pengguna berasa selamat dengan kawasan sekitar khususnya pada waktu senja dan malam.
Copy the Code
...ke...atau....membasmi dan membanteras kawasan tak bolih parkir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.540331 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list