Memang tak dapat dinafikan memasak menjadi satu cabaran dan juga kekangan yang agak ketara buat mereka yang bergelar wanita.
Bukan seperti dahulu, kini semua wanita turut bekerja sama seperti pasangan mereka. Oleh itu, untuk mendapat masa ekstra bagi menyediakan makanan itu agak terhad.
Namun, takkanlah setiap hati nak makan di luar kan? Bosan juga, lagipun taklah sesedap mana.
Jangan risau, rupanya kini pasar raya turut menjual kesemua bahan masakan dalam satu pek! Bayangkan dalam satu pek bahan mentah merangkumi daging ayam, sayuran, mi dan sebagainya.
Memang mudah! Jika anda ingin menyediakan kari ayam misalnya, belilah set atau pek ayam yang turut mengandungi bahan lain seperti bawang, halia dan sebagainya.
Memang sangat menarik! Dan idea genius ini memudahkan sangat! Di laman sosial sudah viral bila pasar raya Aeon mula mengaplikasikan pek-pek tersebut.
Sesuailah bagi anda yang ingin menyediakan masakan secara ekspress! Tak perlu susah nak mengupas bawang, memotong lobak dan menyiang ayam. Semuanya sudah tersedia.
Pilih sahaja pek yang bersesuaian dengan menu pilihan anda. Malah, cara ini juga dapat mengelakkan pembaziran! Jom cuba! - CARI
Tak Payah Lagi Kupas Bawang, Halia..Pek Makanan Viral Ini Buat Ramai Teruja Ke Dapur!
Tak Payah Lagi Kupas Bawang, Halia..Pek Makanan Viral Ini Buat Ramai Teruja Ke Dapur!
Tak Payah Lagi Kupas Bawang, Halia..Pek Makanan Viral Ini Buat Ramai Teruja Ke Dapur!
|