CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 1

[Tempatan] Janganlah tunggu bendera percuma

  [Copy link]
Post time 17-8-2017 06:38 PM | Show all posts |Read mode
PRESIDEN Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) sedih melihat rakyat Malaysia kurang menghargai sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, semangat kemerdekaan seakan-akan 'hilang' kerana tidak banyak kenderaan memasang Jalur Gemilang, berbeza dengan beberapa tahun lepas.

Katanya, golongan muda seharusnya ditanam semangat cintakan negara dan mengibarkan bendera merupakan salah satu cara menzahirkan rasa cinta pada Malaysia.

"Saya memang tak puas hati bila orang tidak pasang bendera, tak semangat langsung nak sambut Hari Kemerdekaan. Janganlah tunggu bendera percuma saja, pasanglah bendera.

"Mana hilang semangat kemerdekaan? Belilah bendera, kibarkan, bukannya mahal pun harga bendera. Lupakan parti politik semua, raikan Hari Kemerdekaan bersama-sama.

"Saya mengajak rakyat Malaysia bangkit dan semarakkan Hari Kemerdekaan. Hargailah pengorbanan pejuang terdahulu yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
yaa la ayahanda rani kulop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057925 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list