CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10074|Reply: 168

[Tempatan] Tular persembahan 'over' guru-guru sporting

  [Copy link]
Post time 17-8-2017 06:43 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Video gelagat sekumpulan guru yang ‘sporting’ dan bersahaja ketika membuat persembahan koir tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai yang memuji persembahan tersebut yang dianggap luar biasa dan menghiburkan, tetapi tak kurang juga yang mengecamnya kerana menganggap ia kurang sesuai dengan profesionalisme seorang pendidik, sekali gus memberi contoh tidak baik kepada pelajar.


Menerusi video yang tular itu, kumpulan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad, Langkawi di Kedah dilihat telah membuat persembahan koir sambil menari dan menyanyikan sebuah lagu rancak dari Thailand dan lagu Pencuri Hati yang dipopularkan penyanyi Ayda Jebat.

Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Penghulu Ahmad, Nurul Shakinah Mehat, 36, berkata sebelum dipentaskan, persembahan tersebut telah mendapat persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, guru besar, malahan ia dikawal selia bahagian protokol istana kerana majlis itu turut dihadiri Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

“Biasanya kita lihat koir statik dan hambar saja, jadi kami cuba tampil dengan sedikit kelainan dan lebih menghiburkan.

“Kalau ada yang mengkritik itu hak masing-masing, kami tak boleh tutup mulut mereka, yang penting kami telah buat yang terbaik dan semua orang terhibur pada hari tersebut,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Guru Bahasa Inggeris itu berkata, video tersebut telah dikongsi oleh salah seorang daripada 45 guru yang terlibat dalam persembahan yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, 15 Ogos lalu.

Katanya, persembahan tersebut dibuat sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Kedah yang turut menyaksikan wakil guru dari setiap daerah mempamerkan bakat masing-masing.


Jelasnya, timbul rasa bangga apabila setiap guru yang mengambil bahagian sanggup memberikan komitmen menghadiri latihan selepas tamat waktu persekolahan selama tiga minggu, termasuk guru paling veteran yang berusia 53 tahun.

“Video itu dimuat naik di Facebook sekadar untuk berkongsi kegembiraan sesama rakan sekerja selepas tamat persembahan, tak sangka pula viral dan ada yang tak suka serta melihatnya keterlaluan.

“Biasalah tu, cikgu kan serba-boleh…boleh jadi ustazah, boleh jadi motivator dan sempena Hari Guru kami jadi penghibur,” katanya.

Nurul Shakinah berkata, untuk persembahan tersebut, lagu Oh Oh Oh Song oleh kumpulan China Dolls dari Thailand telah ditukar kepada Oh Oh Khru atau Oh Oh Cikgu dalam bahasa Melayu.

Beliau berkata, lagu ini dipilih kerana ramai pelajar sekolah ini dan penduduk sekitar bercakap dalam bahasa negara jiran itu.

“Malah ketika latihan pun ada pelajar yang membantu kami dari segi sebutan dan lenggok, maklumlah bukan semua kami muda, ada yang kaku ketika mula-mula berlatih,” katanya.

Katanya, persembahan tersebut langsung tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana ia diadakan selepas waktu persekolahan iaitu pada pukul 1.45 petang dan berakhir pukul 3 petang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
So mana videonya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Video mana??
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu kena gedik gedik baru budak suke belajau kata pengarah jps.. cikgu kena cat sekolah baru budak berdisiplin.. nasib ko la cikgu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk kt fb...5 saat je mampu tgk. Segan tgk tua2 duk gelek berjemaah atas pentas
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Video mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lohhhh...mana bideoo nyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 3x aku masuk...tak de lg bideo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa cikgu Bahasa Inggeris memang ramai perasan Urban, moden, kokusen, diva dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:28 PM | Show all posts
ni bideo nya



@putehkundor  
@GigaMom  
@cocorex  
@bawalputih
@jazaa100  


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik yang tgh2 dekat mic tu over yackss
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:38 PM | Show all posts
ok jer..confident level depa sangat tinggi.tambahan dari satu sekolah,ssh nak cari yang sepakat nak beraksi camni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
So pprt acik2 gomen kedah.so low class.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 17-8-2017 10:28 PM
ni bideo nya



Semuanya bam bam
Kalau body cantik, kurang lah sikit hencapan kot

Konduktor tu pun set set mak hayam, harus lah over kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
xpyh nk slh kan cikgu...ank2 lg pndai buka utube...bkn setakat koir....segala lagu boleh jmpa
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:02 PM | Show all posts
Kah3 dasatnya cikgu kedah lani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je goyang2 badan je takde la over nau..ingat betul la ada aksi gelek menggelek tadi.. tapi tangan tak sama la teachers sekalian..tak synchronize
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
alepmama replied at 17-8-2017 10:34 PM
Acik yang tgh2 dekat mic tu over yackss

Kahkahkah celaka psl komen ko ni aku terpaksa tgk video ni sampai abis
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:14 PM | Show all posts
eleh setakat goyang macam tu apa yang overnya??? biarlah manusia pun perlukan hiburan sekali sekala. ini setakat aksi kopek gegar 1.75 skala ritcher pun kecoh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg byk komen ni expect cikgu2 semua serius sepnjg masa ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.087380 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list