CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2565|Reply: 32

[Tempatan] Pakaian lokap berwarna oren SPRM dapat kritikan peguam

[Copy link]
Post time 17-8-2017 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad jengkel apabila diajukan soalan bahawa adalah menyalahi undang-undang apabila memaksa individu yang ditahan atas siasatan rasuah dipaksa memakai pakaian lokap berwarna oren.

"Undang-undang mana yang mengatakan begitu?" soalnya selepas wartawan memintanya mengulas kenyataan Anggota Parlimen Padang Serai N Surendran yang berkata, amalan itu melanggar prinsip bahawa seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Malah katanya, tindakan SPRM itu menyalahi undang-undang serta melanggar perlembagaan persekutuan.

Diasak lanjut mengenai isu itu, Dzulkifli berkata jika sesiapa tidak berpuas hati dengan pakaian lokap itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

"Jika ini tidak sah, bawa ke mahkamah dan cabar kami.

"Jika tidak berpuas hati, mereka boleh membawanya ke mahkamah," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.

Surendran mengulas penahanan berprofil tinggi iaitu anggota exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang dibawa ke mahkamah dengan memakai pakaian okap SPRM berwarna oren.

image: https://i.malaysiakini.com/1142/ ... 962978765dc002.jpeg
Menurutnya, seseorang yang ditahan untuk membantu siasatan mesti dibenarkan memakai pakaiannya sendiri dan bukan pakaian yang disediakan pihak berkuasa yang menahannya.

Malah, kata Surendran, seseorang yang diminta berpakaian sedemikan boleh menolaknya dari sudut undang-undang.

"Dipaksa memakai pakaian berwarna oren yang terang dan diarak di premis mahkamah adalah menghina orang yang ditangkap dan mencetuskan tanggapan bahawa dia memang salah atau melakukan jenayah, walaupun mahkamah belum memutuskan bersalah.

"Gambar dan video orang yang ditahan memakai pakaian ini disiarkan di akhbar dan televisyen, dengan itu memalukan individu ini yang masih belum bersalah dari sudut undang-undang," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 06:54 PM | Show all posts
Betul

bleh menimbulkan persepsi n fitnah

seseorg belum tentu bersalah sehingga

mahkamah membukti kan nya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 06:55 PM | Show all posts
Nama aku jugakkkk yg naikkkk, bangsatttt sgtttt kannn setiappp kaliiii ada orggg kena lokappp!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 06:57 PM | Show all posts
orange is the new black.cool pe?hadap jela
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
org tua ni kena tahan reman 5 hari.. kena masok lokap la kan.. so pakai la pakaian seragam org lokap.. motip nk pakai berkot bagai.. apa dia kena reman dlm hotel kat london tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:10 PM | Show all posts
orang yang berada boleh ler pakai kot dan tali leher...yang kurang berada...pakai t-shirt dan seluar jeans...yang konon2 nak tunjuk alim boleh pakai serban dan jubah...boleh jadi model pakaian derang ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pasni sesapa yg dipanggil ke pejabat sprm utk membantu siasatan, sila bawak siap baik luggage mcm org nak pegi mekah. supaya bila kena tahan reman, boleh show OOTD sambil catwalk ke mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:47 PM | Show all posts
macam-macam      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 10:48 PM | Show all posts
xmau pakai baju lokup jangan buat salah atau hampiri benda2 yang salah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:48 PM | Show all posts
Orange kan belanda...ok la tu...acah2 cam fan belanda
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 09:51 AM | Show all posts
undang undang mano pulak ada madah keno pakai kot masuk mahkahmah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 10:01 AM | Show all posts
apa2 pun, meluat aku tgk isasamad  ni, baik pakai baju oren sprm ke atau apa jenis baju pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 12:01 PM | Show all posts
selain baju, kasut, stokin dan sotong kering juga akan kami periksa samada ikut prosedur ke tak
-anonymous-
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 12:15 PM | Show all posts
Okey lah tu sama ngan kaler AMANAH.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 12:19 PM | Show all posts
sikit2 terhina. APTB
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jibi pakai mesti kacak kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 12:47 PM | Show all posts
bagus la kalau sesapa nak bawak gi mahkamah...aku nak tgk juga apa hakim nak cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 03:20 PM | Show all posts
oren dan hitam cun
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 03:30 PM | Show all posts
Baju oren ni bukan wajib rasanya...hari tu Guan Eng selamba pakai baju kot bertali leher masa pertuduhan rasuah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang kalu pink kang dia tanak plak pakai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.114414 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list