CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1861|Reply: 24

[Tempatan] Nikah di Siam : Berita baik, kadar denda dari RM3,000 dikurangkan ke RM300

  [Copy link]
Post time 17-8-2017 06:49 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR, 17 Ogos — Denda pasangan yang berkahwin di sempadan Thailand mungkin dikurangkan kepada RM300 hingga RM400 berbanding RM3,000 sebelum ini.

Kerajaan Kedah bercadang memudahkan proses pendaftaran perkahwinan rentas sempadan bagi mengelak pengabaian hak isteri dan anak, lapor Berita Harian.

Exco agama negeri berkata jabatan agama Islam dan mahkamah syariah turut terlibat bagi melancarkan proses pendaftaran yang bermula bulan depan.

“Kita akan memberi tumpuan kepada suami isteri yang sudah mempunyai anak,” kata Datuk Mohd Rawi Abd Hamid di Dewan Undangan Negeri hari ini.

“Kita mahu memastikan isteri memperoleh sijil nikah sah dan anak mendapat kad pengenalan kerana ketiadaan dua dokumen terbabit akan menyukarkan pelbagai urusan.”

Beliau menjawab soalan tambahan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berhubung langkah Kedah membantu keluarga yang tidak mendaftar perkahwinan.

Rancangan pendaftaran itu mengambil ilham daripada program Jom Daftar Nikah selama empat bulan di Selangor yang bermula bulan ini, kata Mohd Rawi lagi.

“[Langkah] ini bukan menggalakkan orang ramai berkahwin di sempadan tetapi kita mahu pastikan mereka yang sudah lama berkahwin tetapi gagal mendaftar, dapat berbuat demikian bagi memudahkan masa depan keluarga masing-masing,” katanya seperti dilaporkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
makin ramailah tambah isteri kat siam
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
erkkkk, iols pula yg risaw. .HAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnye denda dinaikkan. Ni terbalik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
makin tak senang duduk la acik acik memikirkan laki masing-masing
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 11:06 PM | Show all posts
Bagus lah. Benda baik haruslah dimudahkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2017 09:49 AM | Show all posts
dah bertambah kurang pendapatan jabatan agama Islam Kodah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 09:52 AM | Show all posts
woww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 10:17 AM | Show all posts
alhumdulillah
utk org kedah saja ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 10:30 AM | Show all posts
woww kemahenn..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 10:35 AM | Show all posts
alhamdulillah. maka bersoraklah jantan-jantan di luar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 12:13 PM | Show all posts
ni utk yg dah kawin ke yg nk kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu dan antertu jgk senang hati. Tk perlu nak risau  tentang suami nak kawen lagi.or hantaran kawen naik lagi.hidup solo mati pun solo.hidup hanya sekali gunakan sebaiknya utk diri dn famili sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 17-8-2017 07:14 PM
makin ramailah tambah isteri kat siam

Tanam pinang rapat2, biar senang puyuh berlari
Ku minta izin tak dapat2, senyap2 ku nikah lari
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 18-8-2017 12:13 PM
ni utk yg dah kawin ke yg nk kawin?

Of courselah untuk yg dah kawen dn nak kawen......lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 19-8-2017 12:00 AM
Tanam pinang rapat2, biar senang puyuh berlari
Ku minta izin tak dapat2, senyap2 ku nikah lari

yalah ustaz ustaz duk kata nk kwen lagi tkyah minta izin minta maaf sajok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Blaja sampai Mesir, otak makin bodoh. Patutnya naikkan fine sampai 5 ribu, Supaya orang tak berani buat dan akan ikut prosedur yg betul. Ni mesti nak menyenangkan puak2 jantan yg menikah 2-3-4 jugak. Malaysia ni langkah terkebelakang sejak akhir2 ni... makin tak reti fikir dek dunia media sosial hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakiselit at 19-8-2017 06:38 AM

Tindakan MAIK satu tindakan yg wajar dipuji dan berwawasan jauh tak terjangkau fikiran manusia jahil apatah lagi yg kafirun wal harbiyyun. Sesuai dgn ayat AlQuran agar menjauhi Zina

.      

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.”(Al-Israa’: 32)

Zina membawa kerosakan kepada keluarga, negara apatah lagi agama.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut dinaikkan lagi denda..barulah terbukti lelaki tu mampu.ni dah la miskin,muka hodoh,tetiba..isteri tua kerja siang malam nak besarkan anak2,laki pulak sibuk nak tambah bini baru..apadehal,denda 300 je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kakiselit replied at 19-8-2017 06:36 AM
Tindakan MAIK satu tindakan yg wajar dipuji dan berwawasan jauh tak terjangkau fikiran manusia jahil ...

Dah tahu zina tu tak baik janganlah dekati atau memulakan langkah bermulanya zina..ulit bini kat rumah kan lagi elok,dapat pahala lagi..Ni duk menggatal dgn permpuan kat luar pastu claim TERlanjur..

Tak cium bau syurga lelaki yg tidak berlaku adil pada isteri2 nya..nak kahwin baru kena tanya diri sdiri tu mampu ke,bukan pki ngesek je.lelaki kalau bab poligami,segala mala ayat Quran dan hadis dikeluarkan untuk dijadikan hujah tetapi hakikatnya ilmu rumah tangga sejengkal cuma..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.089100 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list