CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14001|Reply: 43

Ingatkan Selimut, Rupanya Kain Pontianak Yang Ditarik!!

  [Copy link]
Post time 18-8-2017 10:55 AM | Show all posts |Read mode



Assalamualaikum. Artikel yang disiarkan kali ini merupakan hasil perkongsian dari pengalaman salah seorang pembaca setia kisahseram.com. Ikuti pengalaman seram beliau yang sungguh mendebarkan ini. Alkisahnya, saya merupakan seorang rakyat Singapura yang bernikah dengan seorang warga Malaysia dan seterusnya menetap di Melaka.

Ada sesekali saya akan pulang ke Singapura dan menginap di rumah mak saudara saya yang terletak di Jurong. Mak saudara saya ini berjualan kuih, jadi dia akan mula memasak kuih-muih jualannya pada malam hari dan ada yang akan disiapkan pada waktu subuh. Ini kerana menjelang pukul 6.00 pagi semuanya dah mesti siap sampai di tapak jualannya.

Kebetulan masa itu saya berada di rumahnya. Pada malam itu saya menolong mak saudara saya masak kuih-kuih di dapur. Sedang kami sibuk saya menegur mak saudara saya. Saya berkata, “Mak Ngah, kain selimut yang Mak Ngah jemur kat galah kat luar tu tak nak angkat ke? Sebab dah malam ni, nanti kena embun pulak.

Mak Ngah menjawab, “Mana ada basuh baju hari ini. Harini mak Ngah sibuk sikit, nak basuh baju pun tak sempat. Agaknya itu kain orang atas yang jatuh ke bawah”. Memandangkan mak saudara saya sedang sibuk dengan kerja-kerja beliau, saya pun cuba pergi jenguk di beranda dapur untuk melihat kain apa itu.

Dalam pada itu, saya cakap dengan mak saudara saya, “Saya tolong angkatlah kain ni Mak Ngah”. Dengan acuh tak acuh Mak ngah menjawab, “Ikut suka kau lah”. Sedang saya tarik-tarik kain yang berkibar itu mak suadara saya datang ke arah saya dan menjenguk kepalanya ke atas.

Pada masa itu saya masih menarik kain putih tersebut. Agak kuat jugaklah saya menariknya tapi dalam masa yang sama kain itu menyentap balik dengan kuat lalu kain itu terus terbang melayang. Tiba-tiba terdengar suara mak saudara saya menjerit.


Saya yang masih terperanjat dengan apa yang berlaku hanya mampu memerhatikan kain itu terbang tanpa dapat bersuara. Selepas itu saya terdengar pula suara orang menjerit di blok yang betentangan dengan blok apartment kami. Bukan itu sahaja, malah saya turut mendengar dengan jelas suara hilaian di langit dan kemudian kami dengar macam suara itik pula.

Mak saudara saya memberitahu saya bahawa benda yang terbang itu tadi adalah pontianak. Disebabkan hal itu, saya menjadi seperti bingung selama beberapa hari. Masih saya terasa di tangan saya kain putih itu sebab saya yang menyentap kuat kain putih tersebut. Tetapi nak kata kain putih itu betul-betul putih pun tidaklah putih sangat kerana ada sedikit kotoron seperti kesan tanah pada kain tersebut.

Sewaktu saya menulis cerita ini pun saya masih dapat merasakan seperti kain putih dan tanah itu ada pada tapak tangan saya. Pada keesokan harinya kami menceritakan mengenai perkara ini kepada ahli keluarga yang lain. Kata mereka, di kawasan Jurong ini memang angker dan ‘keras’.

Selepas itu barulah kami mendapat tahu bahawa ada salah seorang daripada penghuni di situ yang mengamalkan ilmu hitam dan membela mahkluk ini. Apa yang peliknya ialah pengamal ilmu hitam itu telah meninggalkan mahkluk belaannya iaitu pontianak dia di situ. Orangnya pula sudah berpindah tidak tahu di mana.

Perkara yang saya alami itu berlaku kira kira pukul satu suku pagi. Saya memberitahu pada ahli keluarga saya mungkin jika di Malaysia jarang kami nak jumpa mahkluk ini kerana masih terdapat banyak hutan dan pokok-pokok yang masih terpelihara. Sebab mahkluk ini biasanya tinggal di tempat-tempat yang sunyi. Lagi satu ialah mahkluk ini dia terbang, jadi dia akan menyinggah di atas pokok-pokok yang tinggi.

Di Singapura pula sudah tidak banyak pokok-pokok tinggi dan tempat sunyi seperti hutan kerana kebanyakan kawasan telah dimajukan untuk kegunaan rakyat Singapura. Maka, makhluk ini akan singgah di rumah flat atau bangunan yang tinggi. Sasaran mahkluk ini biasanya di tingkap rumah yang tinggi dan akan mengganggu orang yang pulang lewat malam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha so cute.. compem pontiana tu tekejyt kena tarik
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg..meremang jugak la bulu roma lil
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 12:03 PM | Show all posts
nasib baik tak kena tampor pontianak..
orang tengah melepak pi tarik pulak kain dia..
nasib baik tak terbogel
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 12:16 PM | Show all posts
aku caya crita ni , sbb pernah nampak kain tu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 01:04 PM | Show all posts
kaka cantik terkejut org tarik pakaian dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib xkoyak kain kak ponti tu kena tarik
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 02:31 PM | Show all posts
Kalau pontianak tu bawah umur jenuh la tertuduh tu kena dakwa cubaan mencabul  (Seksyen 354 Kanun Keseksaan )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 02:35 PM | Show all posts
sep baik tak londeh kena tarik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 02:55 PM | Show all posts
mujur ler tak togel makcik tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 03:10 PM | Show all posts
argh.. dah la dok sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian cik kak nak lepak pun tak senang ade orang tarik2 kain sheol
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 04:07 PM | Show all posts
JoyahSepoting replied at 18-8-2017 02:31 PM
Kalau pontianak tu bawah umur jenuh la tertuduh tu kena dakwa cubaan mencabul  (Seksyen 354 Kanun Ke ...

Sek. 354 KK terpakai untuk semua peringkat umur..

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 05:05 PM | Show all posts
terlebih rajin sangat nak angkat kain malam2....hamek ko..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:11 AM | Show all posts
Takutnya tertgk gambar2 tu mlm2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku belek slow tkut terkeluar gedabak gmbr antu nsib baik kecik2 je.tapi gmbr kak pon ngintai kt tingkap tu seram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi,
Aduuhhyaii mcm2 komen uols nie...
Nasib ko x demam,dik
Tkjut dek tertarik kain KakaCantik tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
perghhh nasib xkena sepak dengan kak ponti..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pontianak.  Hampir bogel dia dibuat orang tak bertanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Choiiii pervertnyahh tt
Harap kak cik tu x saman tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.491251 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list