CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 751|Reply: 7

[Tempatan] AES: Rakyat ada 2 pilihan saja. Naik court atau bayar denda cash

[Copy link]
Post time 18-8-2017 05:10 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Pengguna jalan raya yang tidak membayar kompaun dikeluarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam tempoh ditetapkan akan dikenakan tindakan mahkamah.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron, pihaknya sedang menyemak pengguna jalan raya yang tidak membayar kompaun AES sejak 15 April lalu untuk dikenakan tindakan mahkamah.

"Kita sudah menerima arahan daripada Peguam Negara untuk membawa mereka yang tidak membayar kompaun AES dalam tempoh yang ditetapkan ke mahkamah.

"Pengguna jalan raya yang dikenakan saman AES hanya perlu membayar kompaun sebanyak RM150, namun jika mereka gagal untuk membayar dalam tempoh ditetapkan, kita akan bawa ke mahkamah dan denda tidak melebihi RM2,000," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPJ dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia di sini, hari, ini.

Pada majlis itu, JPJ diwakili Nazri, manakala JPK diwakili Ketua Pengarahnya, Nidzam Kamarulzaman.

Nazri berkata, sehingga kini pihaknya belum membawa mana-mana pengguna jalan raya ke mahkamah, tetapi anggotanya sedang giat memburu mereka yang gagal menjelaskan bayaran kompaun terbabit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gertak saja lebih.   
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 05:19 PM | Show all posts
Orang tengah rajin nak kutip denda saman
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 05:32 PM | Show all posts
pilihan ketiga, memandulah dengan berhemah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 06:05 PM | Show all posts
pilihan ke 4

masuk penjara ramai ramai sampai penuh tak boleh isi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 18-8-2017 06:05 PM
pilihan ke 4

masuk penjara ramai ramai sampai penuh tak boleh isi lagi

Hahaha....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2017 07:59 PM | Show all posts
sebulan dua lg nak pilihanraya nati ketua pulis pon kuar stetmen
"napaknya pengguna jalan raya masih berdegil, maka kami terpaksa naikkan denda rm2000 kepada rm5000"

menteri pon kuar stetmen
"utk mengurangkan kadar kemalangan, hadlaju terpaksa diturun kpd 60kmj dan
ops saiz plat nombor bakal dijalankan secara besar2an"
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 08:24 PM | Show all posts
bangcak replied at 18-8-2017 07:59 PM
sebulan dua lg nak pilihanraya nati ketua pulis pon kuar stetmen
"napaknya pengguna jalan raya mas ...

cite pasal no plat ni.. kenapa kita tak macam thailand & singapore ek? no plat mereka standard sama je design..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.112202 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list