CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2187|Reply: 25

[Tempatan] Diari bongkar kanak-kanak 12 tahun dirogol teman lelaki ibunya

  [Copy link]
Post time 19-8-2017 01:47 AM | Show all posts |Read mode
PENGURUS syarikat hidraulik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini, atas tuduhan merogol anak teman wanitanya, yang mana kejadian itu terbongkar selepas wanita berkenaan membaca diari milik anaknya.

Tertuduh, Teh Yu Chen, 40, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol budak perempuan berusia 12 tahun di sebuah apartmen di Kajang Perdana, antara April dan Julai 2017.

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tarih Afendi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Dalam prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Majistret Nor Afidah Idris tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 22 Ogos ini sebagai sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.

Media sebelum ini melaporkan diari milik seorang remaja perempuan membongkar rahsianya yang menjadi mangsa perkosa teman lelaki ibunya sejak April lalu di rumah didiami di Kajang Perdana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 02:15 AM | Show all posts
Bagus majistret ni

Majistret Nor Afidah Idris tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 22 Ogos ini sebagai sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 03:37 AM | Show all posts

kan. Memang sepatutnya semua kes rogol/cabul OKT tak dapat ikatjamin. Terutamanya yg melibatkan ahlil keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
selalu baca kes..trbongkar nye kes2 jenayah rogol bila jumpa diari...nasib mak dia prtahankn anak dia sblum betul2 kawen jd ayah tiri
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai pesalah seks kat msia ni. Bala oh bala
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 09:08 AM | Show all posts
bambimo replied at 19-8-2017 08:42 AM
selalu baca kes..trbongkar nye kes2 jenayah rogol bila jumpa diari...nasib mak dia prtahankn anak di ...

macam mana lah ayat diary budak2 tu....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2017 09:12 AM | Show all posts
ptt pn kes rogol tidak boleh diikat jamin. xguna btl
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
gembira dgr berita mcmni.. sbb apa?  dh banyak yg berani tampil melaporkan dan biar sipesalah dpt hukuman.

bukannya dulu xdgr,maka xberlaku.. sbnrnya banyak je, tp skrg org lebih terdedah tak mcm dlu,malu nak sorokkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 10:45 AM | Show all posts
Manusia kah atau binatangkah yang koteynya boleh tegang dengan budak berumur 12 tahun?

Nota: Untuk mengelakkan ada forumner dari merasa terhina, adalah dirasakan perlu untuk menyatakan bahawa komen di atas adalah  ditujukan kepada Pedo yang dibincangkan didalam thread ini sahaja dan tiada kena mengena dengan Pedo Pedo lain samada yang masih hidop atau pon dah lama mati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 11:06 AM | Show all posts
selama ni diari jelah tempat dia mengadu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk betul org gile mental skrg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkn diari digital la ni kot.. tak trbyang iol budak lahir after milenium berdiari tebal cover pic bunga mawar mcm iol guna dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 01:03 PM | Show all posts
Khabarnya dulu dulu kat luar negra orang pernah jumpa diari budak pompuan umur 6 tahun menceritakan bagaimana "Uncle", seorang sohabat bapanya, mengesel gesel totey dia  kat peha nya.
Wallahulam.

Maideen~ Eeeeeeeee....jijiks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye... mesti trauma budak tu seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah utk maknya yg lps baca diary anak amik tindakan, xdelah bersekongkol dgn si pelaku
Dan si mak percaya akan apa yg si anak tulis, moga anak ni dpt overcome apa jua tekanan yg dia alami
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh kesian budak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 04:33 PM | Show all posts
aku masa 12 tahun,

geng2 aku tulis diari dlm bentuk kod, smpai ada buku kod masing2

sib baik bdk ni tulis biaasa aja..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye lah budk tu,apelah nak jadi skrg byk btol kes rogol
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 12:33 PM | Show all posts
ni pesalah cina nape xkena lahar ek?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
oak.balustrade replied at 19-8-2017 08:55 AM
Makin ramai pesalah seks kat msia ni. Bala oh bala

Ingatkan ummah meleys je buat benda ni kat sini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.074412 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list