CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2448|Reply: 35

[Tempatan] Netizen marah PPIM suh polis bersihkan lokap

  [Copy link]
Post time 19-8-2017 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa kesal dengan keadaan lokap polis di negara ini, yang didakwanya kotor lagi menjijikkan.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, sehingga kini pihaknya menerima lebih 30 aduan mengenai keadaan lokap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Perkara yang banyak diadukan kepada kita iaitu lokap yang amat kotor lagi menjijikkan. Kalau kita lihat daripada apa yang dilaporkan kepada kita maknanya memang tidak layak didiami manusia," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Menyifatkan keadaan lokap seperti kandang haiwan, Nadzim bagaimanapun tidak menyalahkan atau menuding jari kepada mana-mana pihak.
Kata Nadzim, perkara tersebut dibawa kepada media kerana terpanggil untuk memperbetulkan keadaan.
"Kita hendak membawa kes ini untuk membetulkan keadaan, kerana malu sebagai sebuah negara Islam, macam mana (tahanan) nak sembahyang terutama mereka yang ditahan ini belum tentunya bersalah," katanya.

Oleh demikian Nadzim mahu pihak berwajib memandang serius perkara itu, malah pihaknya juga bersedia membantu mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah tersebu

Ekoran keadaan itu, Yusuf mahu semua Ketua Polis Daerah (OCPD) mengambil maklum lokap di balai masing-masing selain mencabar pihak berkuasa terbabit bermalam di pusat tahanan sementara itu.

"Lokap (yang kotor) mendidik kita lebih jahat, lebih teruk sebab kita terlupa ini negara Islam. Bukanlah kita pembersih sangat tapi Islam kan kena bersih, jadi sekarang ini saya rasa zalim.
"Kita minta semua OCPD tidur semalam di lokap. Ini tanggungjawab OCPD, jadi saya minta semua OCPD terutama OCPD Dang Wangi bau najis di lokap mereka," kata Yusuf.

Pengadu kedua, Ramle Buang turut berkongsi cerita yang sama.
Ramle pernah ditahan berkali-kali di beberapa lokap seperti di Teluk Intan, Perak dan Alor Setar Kedah berkata keadaan pusat tahanan itu begitu menyedihkan.

"Luas lokap itu dalam 8x8 dan lebih 30 orang satu sel. Kencing, berak semua dalam lokap itu. Baunya tuhan saja yang tahu," kata Ramle.

BAIK LAGI LOKAP DI ISRAEL LAKNATULLAH

Pengadu ketiga, Dr Noorazman Mohd Samsuddin menyifatkan keadaan lokap di Israel lebih bersih berbanding keadaan lokap di negara ini.
"Saya pernah ditahan di penjara Israel, lebih kurang 48 jam. Setelah kami dipukul dan ditembak, ada yang mati dan sebagainya kami masuk penjara.

"Masa kena pukul memang teruklah tapi bila masuk saja penjara, penjaranya tidaklah bagus seperti mana keadaan di luar, tetapi dalamnya bersih.
"Walaupun dalam penjara itu ramai,  tapi keadaannya bersih, makanannya disusun rapi walaupun makannya tidak sebagus mana," kata Noorazman.
Menurut Noorazman, beliau tidak berniat menyalahkan mana-mana pihak namun meminta tahanan dilayan sebagai manusia, apatah lagi memandangkan mereka belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

"Apa yang saya nak tegaskan di sini adalah kebersihan adalah hak semua manusia dan mereka tak boleh nafikan hak kami sebab kami belum tentunya bersalah.

"Kita kena tegas dengan undang-undang tapi kita juga kena tegas dengan kemanusiaan.
"Perkara tentang kebersihan, bagi kita di sini kita kena berperikemanusiaan dengan manusia," tambah Noorazman.






reaksi netizen...klu xnk masuk lokap busuk jangan buat salah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebetulnya lokap mengingatkan kita negara ini bukan lagi negara moderate......betul tak dik @dodolgemok
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
masok lokap bkn bermakna salah. yg jtuh hukum mahkamah. bkn lokap...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 09:01 AM | Show all posts
sikit2 islam... sikit2 Israel.....

nak lokap bersih sbb belum tentu bersalah katanya.... abis tu kalau confirm bersalah lokap kena penuh taik ka....

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 09:05 AM | Show all posts
ni semboyan apa pulak?
semboyan lokap ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 09:31 AM | Show all posts
Lokap kotor pon kecoh bagai nak kiamat ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2017 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Balai polis tak de cleaner ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan ikhlas ni.. Dalam lokap takde toilet eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan kata lokap, tandas kat balai polis pun sama. Kotor nak mampos. Cerminan sangat dengan ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 19-8-2017 08:33 AM
Sebetulnya lokap mengingatkan kita negara ini bukan lagi negara moderate......betul tak dik @dodolge ...

Betul dek. Negara haram yisroel leknat pon lebih mengambil berat ke atas kebajikan org2 dalam lokap. Negara moslem 'moderate' kata kalau xnak masuk lokap, jgan buat jahat. Moga lobai hadi bawang masuk lokap jua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 11:33 AM | Show all posts
tandas utk org awam pun x bersih mana..ni plak utk tahanan polis

malaysia ngan kekotoran berpisah tiada..padahal  dah nak dekat 2020 dah..tp masih lagi selesa hidup bergelumang sampah dan najis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 11:41 AM | Show all posts
saladin780 replied at 19-8-2017 11:33 AM
tandas utk org awam pun x bersih mana..ni plak utk tahanan polis

malaysia ngan kekotoran berpisah ...

tau xpe...fobia nak g tandas awam...


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:10 PM | Show all posts
cap_ayam replied at 19-8-2017 10:14 AM
Soalan ikhlas ni.. Dalam lokap takde toilet eh?

ada , kalau tengok movie lokap cangkung dik pakai baldi jirus kepala nampak daripada luar aroma tidak bertapis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:11 PM | Show all posts
akak suka tandas RnR setiap kali akak guna mesti ada org tlg cucikan rasa meriah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitula segelintir ngo or rakyat malaysia ni..

Mcm2 dikomplennya org gomen ni..tp bukn nk bantu suruh kita buat.. dia ckp je pung pang pung pang habuk pon xdak..

Selain menyalak2 bising islam gitu gini apesal korg x offer diri nk gi bersihkn lokap polis tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana rupanya keadaan sebenar tu
Sape ade gamba cuba tepek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 12:28 PM | Show all posts
bkn psl budjet dipotong ke menyebabkn jadi cmni?

pnah gak dgr polis2 bantuan nk ronda2  kawasan, trpakse guna duit minyak sndiri

duit gaji bape sen sgt, lainla gaji PM basic rm17k

klu dh duit minyak pn guna poket sndiri, apetah lagi bab2 upah cleaner bagai
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tahu jgk. Mmg takde toilet ke dlm lokap?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
X da jamban dlm lokap...jamban luar lokap..maknanya kalo nak verak kincing kena ckp ngan polis baru boleh kluar sel..rasa x tahan tak sempat nak kencing deme biasa kencing dlm botol mineral je...yuckkkss..:
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 07:05 PM | Show all posts
kalau tempat org salah sekalipun perlu ke kotor?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.079397 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list