CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9686|Reply: 175

[Tempatan] PENIAGA MERUNGUT, ORANG TIADA DUIT BELI BARANG, KATA MUHYIDDIN

  [Copy link]
Post time 19-8-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BEBANAN hidup rakyat semakin parah ditambah dengan situasi yang dihadapi oleh negara ini, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Katanya, ini dapat disaksikan sendiri ketika beliau turun padang berjumpa dengan rakyat.

Berucap di siri Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat di hadapan ribuan hadirin di Kepala Batas semalam, beliau mengingatkan negara ini perlu diselamatkan sebelum kritikal terjerumus ke dalam satu gaung yang cukup dalam.

Muhyiddin berkata ketika itu nanti negara akan amat sukar untuk bangkit dan pulih semula.
“Saya pergi ke banyak tempat, pasar malam bertemu rakyat biasa, petani, pekedai. Saya tanya mereka bagaimana (peniagaan). (Mereka kata) susah. Barang mahal, barang tak laku, nilai ringgit jatuh menjunam.

“Kalau kita pergi ke luar negara, ke Thailand mereka dulu tanya ‘ada ringgit Malaysia tak? (Sebab) mereka lagi suka ringgit daripada Baht Thai sendiri. Hari ini mereka tak pandang ringgit.

“Dia (peniaga dari Thailand) takut kalau dia pegang seringgit, esok dah tinggal 90 sen nilainya. Kalau lama pegang, takut turun, jatuh lagi. Kalau banding dengan mata wang asing, yang turun 3% hingga 5%, tapi ringgit Malaysia jatuh hampir 40% ke bawah,” katanya.

Beliau turut bersetuju dengan kritikan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pengumuman ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi tahun ini, mengatasi sasaran antara 4.3% dan 4.8% berikutan prestasi kukuh separuh pertama.

Katanya, dengan bebanan hidup, hak rakyat sudah hampir hilang berbanding pertumbuhan ekonomi negara yang kononnya dilihat seperti terdapat pertumbuhan, tetapi sebenarnya tidak memberikan kesan kerana bebanan ditanggung oleh rakyat lebih besar.

Muhyiddin turut melawat peniaga di Pekan Rabu, Kedah untuk bertanyakan keadaan perniagaan mereka.

Beliau berkata kebanyakan peniaga merungut dengan barangan yang tidak laku kerana jumlah pelanggan tidak lagi seperti sebelum ini sambil bertanya bila pilihan raya akan diadakan.

“Orang tak dapat nak beli sebab tak ada duit. Pastinya memperlihatkan pimpinan BN hari menunjukkan rakyat tiada keupayaan untuk berbelanja kerana wang yang ada tak sebanyak mana,” katanya.

Antara pemimpin PH yang turut hadir Pengerusi Bersatu Pulau Pinang Marzuki Yahaya, pengerusi Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

– https://www.themalaysianinsight.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye..semalam singgah kedai biasa aku pegi dlu byk lagi bekalan barang basah..tk mcm dlu. Ikan jeket kalau dh sekilo dia jual 12ingget..kemampuan tgh2 bulan menguaplah peniagaan korang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Even Mydin yg tengah sales kaw2 sempena 60th tu pun lengang jah..mayb netizen belum gaji even tho ada yg dah dpt Br1m tpi masing2 nak berjimat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semlm I pergi kedai aceh terdengar sorg mamat ni tnye ada kerang tak... tauke kedai ckp x jual sbb kerang mahal sgt kempunan rakyat marhaen nk mkn kerang
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 03:03 PM | Show all posts
Di Melaka ni, banyak gerai-gerai makan kecik ditutup
sebab ikan semua mahal. Kalau dah kembong sampai
rm17/18 inggit sekilo, nak jual berapa inggit seekor.......????
Jadi, ramai yang makan nasi dgn kuah je.
Matilah peniaga.
Itulah sebab banyak kedai atau gerai-gerai kecik, tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 03:12 PM | Show all posts
sekarang ramai yg masak sendiri..
p restoren yg selalu g pun ayam bahagian peha jah bagi, x pun sayap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2017 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang cakap, bagi PH perentah , semua masalah selesai, tak sabo dah aku nak ngundi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti keluar lagi sekali BR1M
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tahun lepas dah tutup satu kedai. ni bulan depan habis contract sewa lagi satu kedai, nak bungkus lah. Overhead kedai tk lepas, dah berapa bulan pakai duit saving tuk cover duit business. Giler ke hapa..
Mampus lah kau malaysia kalau lama2 mcm ni.
Orang buat berniaga jer boleh rasa, nampak susah hidup sekarang ni. Orang makan gaji, susah2 pun hujung bulan dpt gaji. Tak rasa  teruk ekonomi semasa cuma terkial2 rasa barang mahal. Orang bisness gaji pakai duit saving sendiri pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
rakyat msia tgh diet kot..klu lapa sgt msk sdiri je apa nk mkn..resepi bersepah je di alam maya..i pon da 3 weeknd duk umah je..nk riadah sgt just bwk anak jogging kat tmn dkt2 umah..main badminton laki bini..hehe..jimat duit se..beringat sblm sengkek benar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:03 PM | Show all posts
siapa kata??

mcd dengan kfc masih penuh orang berbaris ok

selagi dua tempat tu masih penuh sesak, malaysia masih stabil


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:23 PM | Show all posts


ok malaysia masih aman & stabil kata puak depa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:31 PM | Show all posts
kalu kt kampung2,

mkin ramai pi mancing kt parit2 besar

tk mcm dlu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 04:32 PM | Show all posts
Madel replied at 19-8-2017 02:04 PM
Even Mydin yg tengah sales kaw2 sempena 60th tu pun lengang jah..mayb netizen belum gaji even tho ad ...

oh patutlar tadi penuh giler kat mydin...ingatkan ada karnival apa tadi..

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 19-8-2017 04:32 PM
oh patutlar tadi penuh giler kat mydin...ingatkan ada karnival apa tadi..

Sales dari 17 - 20hb ..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
masa muhyidin dlm kerajaan dia buat apa? dh keluar bru la semua x betol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 19-8-2017 03:13 PM
Senang cakap, bagi PH perentah , semua masalah selesai, tak sabo dah aku nak ngundi.

Semua masalah selesai????
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 05:27 PM | Show all posts
Taikla la lu muyidin

tetiba teringat bdk law berpuisi bagai

mengeloh dok kl gaji ciput

wak yidin time jd menteri pelajaran

tersipu2 malu terkedu tak reti wat hape
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 19-8-2017 03:50 PM
tahun lepas dah tutup satu kedai. ni bulan depan habis contract sewa lagi satu kedai, nak bungkus la ...

Yindon,bangla,nepal,myanmar mnyk sinang mali msia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 19-8-2017 04:03 PM
siapa kata??

mcd dengan kfc masih penuh orang berbaris ok

Kdai ekor,judi,pusat urut...nsh penuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.101172 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list