View: 1269|Reply: 4
|
Sumbangan Emas Yang Kelapan Dari Sukan Wushu
[Copy link]
|
|
sumber : Berita Harian
Tahniah buat skuad wushu negara kerana berjaya menyumbang pingat emas yang kelapan dalam acara jianshu lelaki sukan wushu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.
Kemenangan itu disumbangankan oleh atlet kelahiran Pulau Pinang, Yeap Wai Kin selepas menewaskan rakan senegara yang juga juara dunia, Wong Wen Son pada aksi final dengan mencatatkan 9.67 mata berbanding 9.65 mata diperoleh oleh lawannya itu.
Manakala pingat gangsa dimenangi oleh Fung Jin Jie daripada Singapura.
Dalam ersti kata lain, Malaysia merangkul pingat emas dan perak bagi acara jianshu lelaki sukan wushu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah di laman Twitternya terhadap persembahan Yeap Wai Kin dari skuad sukan wushu yang mengkagumkan dalam usaha memenuhi sasaran emas yang kelapan buat negara. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.. majulah sukan untuk negara |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah team wushu!! {:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pasukan wushu negara {:good |
|
|
|
|
|
|
| |
|