CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 18

[Tempatan] Lebih 5,000 pilih pakej haji swasta. Pakej paling mahal RM160K

  [Copy link]
Post time 20-8-2017 04:11 PM | Show all posts |Read mode
MEKAH 20 Ogos - Keyakinan orang ramai untuk memilih pakej pengelola jemaah haji yang dikendalikan syarikat swasta bagi menunaikan ibadah haji musim ini, dilihat meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji 1438 Hijrah, Mat Admara Alang Azizdin berkata, tahun lalu seramai 2,300 orang jemaah haji mengambil pakej ini, tetapi ia meningkat kepada lebih 5,000 orang tahun ini.

“Ini satu peningkatan mendadak dan merupakan usaha berganda yang dilakukan pengelola jemaah haji melalui syarikat masing-masing, termasuklah membuatkan promosi yang agresif sebaik sahaja nama syarikat disenarikan oleh Lembaga Tabung Haji,” kata kepada wartawan Malaysia di ibu pejabat Tabung Haji, bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.


Jemaah guna agensi swasta meningkat
       
       
BILANGAN jemaah haji yang menggunakan khidmat agensi pelancongan swasta pada musim haji kali ini meningkat lebih sekali ganda berbanding musim haji lalu.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH) Mat Admara Alang Azizdin berkata, ia mungkin disebabkan tindakan tegas Lembaga Tabung Haji (TH) yang tidak memperbaharui lesen agensi swasta yang bermasalah.

Beliau berkata, apabila agensi bermasalah itu tidak lagi diberikan lesen, keyakinan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan syarikat yang masih beroperasi turut meningkat.

Menurutnya, pada musim haji kali ini, 5,021 jemaah berdaftar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu menggunakan syarikat pengendali swasta.

Pada musim haji 2016, 2,300 jemaah menggunakan perkhidmatan agensi swasta untuk menunaikan ibadat haji.

Katanya, pada musim haji kali ini, pakej paling mahal ditawarkan agensi swasta berharga RM160,000 bagi seorang jemaah.

Beliau berkata, pada masa ini, hanya 19 syarikat termasuk TH Travel & Services Sdn Bhd yang diberikan lesen oleh TH untuk menawarkan pakej haji berbanding lebih 30 syarikat sebelum ini.

"Kita tidak berkompromi dengan agensi berlesen yang gagal menyediakan perkhidmatan atau kemudahan seperti yang dijanjikan dengan jemaah.

"Jika terbukti mereka gagal berbuat demikian, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

"Ini termasuk amaran bertulis dan denda kewangan bagi kesalahan tidak begitu serius manakala bagi kesalahan besar, lesen akan ditarik balik.

"Setakat ini, belum ada syarikat yang ditarik lesen dibenarkan untuk beroperasi semula," katanya pada sidang media di ibu pejabat TH di sini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai pasukan khas yang akan memantau perkhidmatan dan kemudahan disediakan agensi berkenaan di Tanah Suci.

"Pasukan ini akan memeriksa setiap kemudahan dan perkhidmatan disediakan sama ada seperti dijanjikan atau sebaliknya dengan mengisi borang khas sistem penilaian.

"Setiap kesalahan dilakukan akan dipotong markah menggunakan sistem demerit dan syarikat yang tidak mencapai piawaian ditetapkan berdepan tindakan termasuk lesennya tidak diperbaharui.

"Misalnya, jika jarak hotel dengan Masjidilharam seperti dijanjikan 300 meter, kita akan ukur, betul atau tidak. Pernah ada syarikat ditarik balik lesen kerana menipu jarak selepas kita mengukurnya," katanya.

Menurutnya, jemaah yang mahu membuat aduan berkaitan agensi pengendali itu diminta berbuat demikian ketika masih di Tanah Suci.

"Aduan perlu dibuat secara bertulis sebelum disiasat dan jemaah perlu membuatnya ketika masih di Tanah Suci dan jangan menunggu sehingga pulang.

"Ini bagi memberi keadilan kepada semua pihak iaitu pengadu dan agensi kerana kita boleh terus membuat siasatan dan mendapatkan bukti, seterusnya mengambil tindakan segera.

"Bagaimanapun, kita nasihatkan jemaah haji pakej swasta ini, jika ada masalah cuba selesaikan dulu dengan syarikat berkaitan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya travel agent....

Patut le ramai yg resign kerja opis join travel agent mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya travel agent....

Patut le ramai yg resign kerja opis join travel agent mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-8-2017 04:53 PM
Kaya travel agent....

Patut le ramai yg resign kerja opis join travel agent mcm ni...

A very lucrative business.

Tapi dari segi contact, management, operation, business ni macam rumit. Contact tu la paling rumit / payah sebab melibatkan kuota bukan setakat Malaysia tapi juga Arab Saudi. Nak kena booking hotel 5 star yg paling dekat dgn Masjid Haram n Nabawi di musim Haji.. pastu nak handle golongan orka ni dgn service yg tip top..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bro_kr at 20-8-2017 06:25 PM

Tapi yg berminat dgn industri haji n umrah, untuk permulaan mungkin boleh la belajar2 jadi pemandu pelancong jemaah haji / umrah dulu.

Salah satu requirement kena amik kursus / sijil pemandu pelancong dgn pihak berwajib Malaysia. Pastu kena belajar bahasa Arab utk bonus tambahan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Stok2 buat travel agent haji umrah ni mesti stok lobai berserban dgn tudung labuh
Pastu bila jemaah x dpt fly, dibawaknya lari songlap duit customer.. Tp tetappp belagak alim syumul....... X hengen akak nk tegur stok2 sebegini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
azrinaz pegi pakej hj yg mana ekk?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:24 PM | Show all posts
mak aih mahal giler..xperla diorg mampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakej yg paling murah berapa ekk
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hbs klu nk tggu glirn TH biasa tu smpi 80thn sape sggup...ada duit, pegi je 30k sorg jd dh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 07:10 PM | Show all posts
aechae replied at 21-8-2017 07:01 PM
Hbs klu nk tggu glirn TH biasa tu smpi 80thn sape sggup...ada duit, pegi je 30k sorg jd dh...

adalagi ke pakej 30k? agency mana

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
PPRT sangat gigih pergi haji,
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-8-2017 04:53 PM
Kaya travel agent....

Patut le ramai yg resign kerja opis join travel agent mcm ni...

kna cari customer.bkn goyang kaki je. x capai target kena la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 21-8-2017 08:08 PM
kna cari customer.bkn goyang kaki je. x capai target kena la.

Skrg ramai dah org kaya...

Tak susah kot cari org kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
gi hajj ngan agensi swasta rm40k tp tgk pd jarak dan hotel gak..makin dkt  makin tinggi rega..pengalaman aku stay di Lou Lou hotel yg jaraknye hanya 300m dr masjidil haram
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 05:13 AM | Show all posts
Dahsat......!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak sgt pi mekkah ni lebih unsur commercial drp agama.

wow....islam
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
adakah pakej2 pun membezakan kasta2 kaya dan miskin para muslim?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau org miskin tak leh jadi haji?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.161448 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list