CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1935|Reply: 32

[Tempatan] Minyak dunia turun, Malaysia naik. Kerajaan BN 'nafi' tipu harga minyak mingguan

  [Copy link]
Post time 20-8-2017 06:12 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN, 20 Ogos — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan tiada unsur penipuan dalam kaedah pengiraan harga runcit petrol dan diesel yang dibuat secara mingguan ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pengiraan dan penentuan itu dibuat mengikut beberapa formula yang ditetapkan termasuk mengambil kira purata harga minyak dunia dan kedudukan mata wang negara.

“Perubahan harga minyak mingguan mengikut harga pasaran dunia.

“Kalau hari ini harga minyak dunia turun tidak semestinya esok kita akan turunkannya kerana pengiraan sebelum penentuan harga pasaran di negara (kita) adalah mengikut purata harga (pasaran dunia) untuk seminggu.

“Selain itu juga, kami juga perlu lihat mata wang negara ketika urusan berkenaan (membeli minyak).

“Kalau rendah kita terpaksa membeli minyak pada harga yang mahal dan begitulah sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas  merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jelutong di Batu Feringghi dekat sini, hari ini.

Hamzah yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mengulas laporan akhbar berhubung kenaikan harga petrol sebanyak tiga kali pada bulan ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai berikutan harga minyak mentah di peringkat global didapati semakin menurun.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun dilaporkan berkata situasi tersebut jelas berlawanan antara satu sama lain dan menunjukkan seolah-olah penurunan harga minyak mentah dunia langsung tidak memberi kesan terhadap pasaran tempatan.

Harga RON95 dan RON97 naik 4 sen seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Ogos lalu, kemudian masing-masing naik 5 sen dan 7 sen seliter pada 10 hingga 16 Ogos dan seterusnya naik lagi 3 sen bagi RON95 dan RON97 pula naik 4 sen pada 17 Ogos hingga 23 Ogos ini.

Peningkatan harga petrol selama enam minggu berturut-turut itu menyebabkan ramai pengguna media sosial mengeluh selain mendakwa ada stesen minyak yang menaikkan harga lebih awal.

Dalam pada itu, Hamzah berkata pihaknya juga tidak pernah menyorokkan sebarang maklumat berhubung penentuan harga minyak petrol dan diesel yang ditetapkan setiap minggu kerana kaedah yang diguna pakai ketika ini turut diaplikasi di peringkat antarabangsa terutama ketika urusan jual beli bahan api tersebut dijalankan.

“Percayalah, tiada penipuan dalam penentuan harga minyak petrol dan diesel.

“Malah kami juga tidak menyorokkan maklumat sebenar kerana harga yang ditetapkan itu adalah untuk kepentingan seluruh rakyat.

“Jadi kerajaan akan pastikan apa sahaja program dijalankan adalah menguntungkan rakyat,” katanya. — Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2017 07:32 PM | Show all posts
rakyat kena terima akhirat.... itu dunia.. kita malaysia skrg berada di akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 08:02 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 20-8-2017 07:32 PM
rakyat kena terima akhirat.... itu dunia.. kita malaysia skrg berada di akhirat

wahh tak sangka kat akhirat pon ada forum cari yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak PRU nanti turun la
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Formula congakkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 08:21 PM | Show all posts
hyie replied at 20-8-2017 08:02 PM
wahh tak sangka kat akhirat pon ada forum cari yachhh

apa saja yang tidak syncronize dengan dunia...akhirat la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2017 09:24 PM | Show all posts
matilah , kalkulator BN rosak.. harga minyak turun dia pergi naikkan.

ni semua sebab syntax error. masa sekolah cikgu ajar addmath sibuk pacak bendera
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 09:32 PM | Show all posts
koser la dengan acik2 felda pprt sunni yang dok  merempan pasal harga minyak saban minggu.
batak nya perangai kau dek...
kalau dah rasa sesak papa kedana sangat, jual jah kereta motor, kayuh basikal or naik MRT jah.
hanjeng sangat kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng pkr,minyak turun bising,minyak naik,bising..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
oppol replied at 20-8-2017 09:47 PM
Geng pkr,minyak turun bising,minyak naik,bising..


Yelah,minyak patut turun 10 sen ko g turun 5 sen je.bila naik,patutnya naik 6 sen ko g belasah 15 sen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng UMNGOK akan mengeluh jugak tapi bukan sekarang
Time perhimpunan agung
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2017 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz Pas kata walaupun minyak naik , walaupun kenakan tol.asalkan Islam kita kena sokong.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
itu hg crude oil sayangku bedah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:09 AM | Show all posts
R2D2 replied at 20-8-2017 10:36 PM
Geng UMNGOK akan mengeluh jugak tapi bukan sekarang
Time perhimpunan agung

betui Beb...mailage claim meke...masih hargo lamo....tak ikut hargo pasaran...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 07:21 AM | Show all posts
org yg komplain pengiraan salah mcm mereka pandai sangat...dalam kerja harian mereka pun selalu buat salah...bertahun tahun kerja masih tak pandai pandai....lucunya..pandai pula komen kerja org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 08:18 AM | Show all posts
Kan nak byr hutang wanemdibi yg berkoyan2 ni

korang ape taw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 11:41 AM | Show all posts
Memanglah lain, yang turun tu harga Crude Oil, minyak yang kita pakai ni dibuat dari kelapa sawit, bukan asal crude oil, korang apa tau, harga mahal ni untuk kesejahteraan rakyat tau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 02:02 PM | Show all posts
sekarang macai tengah jaja pasal kisah refine oil pulak
padahal dulu2 macai kata harga minyak malaysia ikut crude oil
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Minggu ni turun sikit..harap acik2 kepam happy ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 02:28 PM | Show all posts
Madel replied at 21-8-2017 02:03 PM
Minggu ni turun sikit..harap acik2 kepam happy ya

klu turun pun
plg bnyk 5 sen je kot

total naik dh lbh seposen tau



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.074338 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list