[size=14.880000114440918px]20/08/2017 5:45pm
Oleh TOREK SULONG
Pelancong yang di bawah pengaruh alkohol dikejarkan ke Hospital Besut selepas terjatuh dan tidak sedarkan.
[size=14.880000114440918px]BESUT - Seorang pelancong lelaki warga China terpaksa dikejarkan ke Hospital Besut, dekat sini, awal pagi tadi selepas terjatuh akibat mabuk alkohol dan tidak sedarkan diri di luar kawasan sebuah hotel di Pualau Perhentian petang semalam. [size=14.880000114440918px]Pelancong terbabit yang berusia 26 tahun dipercayai minum arak pada pukul 4 petang semalam kemudiannya tidak sedarkan diri pada pukul 7 petang dengan keadaan kepala yang bengkak dan mengalami kesakitan.
[size=14.880000114440918px]Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi bantuan ihsan memindahkan pelancong asing terbabit dari Klinik Kesihatan Pulau Perhentiaan ke Hospital Besut pada pukul 11.30 malam. [size=14.880000114440918px]"Bot Maritim Penggalang 18 yang diketuai Bentara Maritim Kamazulazman Zakaria bergegas mengambil pesakit di pulau berkenaan dan berjaya kembali ke jeti operasi Maritim Malaysia Kelantan pada pukul 1.15 pagi sebelum lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. [size=14.880000114440918px]Nurul Hizam berkata, bantuan ihsan itu adalah kes pertama yang melibatkan usaha memindahkan pelancong asing di pusat peranginan dengan melibatkan kes penggunaan alkohol. - K! ONLINE [size=14.880000114440918px]
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz4qJMTJ04I
Hakcipta terpelihara
|