CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 821|Reply: 3

[Tempatan] Menjelang PRU: Tetiba dapat geran tanah lepas 30 tahun

  [Copy link]
Post time 21-8-2017 12:50 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU 20 Ogos - Seramai 146 penduduk dari empat buah kampung di Permatang Kempas, di sini menerima berita gembira apabila kerajaan negeri meluluskan permohonan mereka untuk mendapatkan hak milik tanah yang didiami hampir 30 tahun lalu.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini sambil memberitahu permohonan itu dibuat dalam mesyuarat Exco minggu lalu.   

Beliau berkata, pemohon berkenaan dari Kampung Permatang 5, Kampung Lorong Aman, Kampung Lembah Murni dan Kampung Jalan Masjid.

"Kita sudah luluskan secara berprinsip berkenaan permohonan penduduk empat kampung ini dan kita bersetuju untuk memberikan hak milik kepada mereka.

"Tapi seperti yang dikatakan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed (Ahli Parlimen Pulai), kita akan kaji dulu kerana mungkin ada penempatan yang terlibat dengan sungai. Kawasan lain yang tak terlibat, kita akan pastikan tuan-tuan dan puan-puan akan dapat," katanya selepas meninjau beberapa kampung di sekitar Kempas Baru, di sini hari ini.

Selain Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 05:02 AM | Show all posts
dah ado konperm 146 pengundi.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-Patih replied at 21-8-2017 05:02 AM
dah ado konperm 146 pengundi.....

Dan anak-beranak mereka, InshaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 09:07 AM | Show all posts
Bertahun menunggu. Akhirnya dapat jua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.066093 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list