CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 1

[Tempatan] Majlis penyerahan bendera free, mohon tolonggggg la kibar

  [Copy link]
Post time 21-8-2017 12:54 AM | Show all posts |Read mode


ALOR SETAR: Rakyat di negeri ini perlu ketepikan perbezaan politik untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda menghargai kemerdekaan yang dikecapi negara.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata perasaan cintakan negara tidak boleh terbatas dengan pemikiran politik sempit yang menafikan pengorbanan pemimpin dan anggota keselamatan terdahulu.

Katanya, kepemimpinan dahulu bertungkus lumus untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

"Saya minta rakyat Kedah ketepikan soal politik dan ambil contoh seperti rakyat Indonesia dan Thailand. Mereka sangat bersemangat menyambut sebarang perayaan dengan memasang bendera di setiap premis dan kenderaan tanpa perlu diminta oleh pemimpin.

"Orang Malaysia hanya bersemangat pasang bendera parti politik sahaja sehingga sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit.. ada yang sanggup panjat tempat tinggi untuk pasang bendera parti tetapi apabila diminta kibarkan Jalur Gemilang, mereka kurang bersemangat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Kedah di perkarangan Menara Alor Setar, di sini malam ini.

Ahmad Bashah menyeru setiap pemimpin dan wakil rakyat memainkan peranan menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengadakan pertandingan memasang Jalur Gemilang di kawasan masing-masing.

"Setiap pegawai kerajaan juga perlu memastikan bangunan mereka dikibarkan Jalur Gemilang termasuk di setiap masjid dan rumah ibadat.

"Saya juga akan meminta premis perniagaan dan kilang di negeri ini turut mengibarkan bendera. Tidak kiralah sama ada ini kilang tempatan ataupun antarabangsa," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 05:18 PM | Show all posts
biasanya org melaka yg suka kibarkan bendera..especially kat kg morten...cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.092396 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list