CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 6

[Tempatan] Menjelang PRU: RCI utk Memali. RCI utk NFC, PKFZ, 1MDB etc? 30 tahun lagi....

[Copy link]
Post time 21-8-2017 01:00 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji peristiwa Memali 1985 jika ada permintaan.

Sekiranya ditubuhkan, RCI itu merupakan suruhanjaya siasatan kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat peristiwa yang berlaku di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. RCI menyiasat kerugian akibat dagangan mata wang asing 1990-an akan bersidang esok.

“Kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI terhadap Tragedi Memali sekiranya terdapat individu, pertubuhan atau parti politik yang meminta,” katanya di Twitter hari ini.

PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.

Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.

Namun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.

Isu ini kembali hangat selepas kekecohan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” Ahad lepas, selepas objek dilontarkan ke pentas semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa itu.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata PAS sengaja menimbulkan isu Memali demi meraih undi orang Melayu untuk pilihan raya umum ke-14 nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2017 01:01 AM | Show all posts
RCI Memali: Rakyat tahu kerajaan Najib ‘gabra’ dengan Dr M


PETALING JAYA: Rakyat sebenarnya tahu kesediaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kedua untuk menyiasat satu lagi peristiwa semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak tentu arah dengan faktor Dr Mahathir pada pilihan raya umum nanti, kata seorang peguam.

Haniff Khatri, peguam kepada bekas perdana menteri itu, berkata demikian selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji tragedi Memali jika ada permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti politik.

“Walau beribu RCI ditubuhkan tentang apa isu sekalipun terhadap Dr Mahathir, pada hakikatnya, rakyat yang prihatin sedar dan tahu ia sebenarnya menzahirkan ‘gabra’ kerajaan Najib Razak dengan faktor Dr Mahathir dan Pakatan Harapan menjelang PRU14,” kata Haniff dalam kenyataan hari ini.

Beliau mempertikaikan niat di sebalik kesediaan kerajaan menubuhkan satu lagi RCI selepas penubuhan suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kerugian akibat dagangan mata wang asing 1990-an. RCI itu akan bersidang esok.

“Cuba mencari ‘semut hitam dalam kegelapan malam’ berkaitan isu Memali pula,” kata Haniff.

Beliau mengambil maklum kesediaan kerajaan itu selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 15 Ogos lalu dilaporkan berkata tiada guna mengungkit sejarah hitam itu jika orang yang bersalah tidak meminta maaf dan membayar pampasan dan ganti rugi.

PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.

“Bukankah rentetan peristiwa itu menzahirkan bagaimana kerajaan Najib mencetuskan dengan curang isu Memali yang telah berlalu 32 tahun yang lalu, semata-mata kerana ‘gabra’ dengan faktor Dr Mahathir dan PH,” katanya.

Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.

Namun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.

Isu ini kembali hangat selepas kekecohan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” Ahad lepas, selepas objek dilontarkan ke pentas semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2017 01:02 AM | Show all posts
Khairuddin: ‘Kalut’ dengan RCI Memali, mana RCI 1MDB?


PETALING JAYA: Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan akan menulis surat sekali lagi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB.

Beliau berkata demikian selepas timbalan perdana menteri hari ini berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali 1985 jika ada permintaan dari individu, pertubuhan dan parti politik.

“Zahid Hamidi kata kerajaan sedia pertimbangkan mana-mana permintaan dari individu, pertubuhan atau parti-parti politik untuk menubuhkan RCI; macam mana pula dengan permintaan kami selama ini untuk menyiasat kes skandal 1MDB,” kata Khairuddin dalam kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata RCI membongkar skandal 1MDB wajar ditubuhkan kerana skandal itu menyebabkan keadaan politik, ekonomi dan sosial negara menjadi kemelut dan tegang, dan menjadi masalah undang-undang di Singapura, Switzerland, London, Luxembourg dan Amerika Syarikat.

“Zahid Hamidi tak mahu tubuh RCI tetapi kes Memali yang berlaku pada tahun 1985 dia kalut mempertimbangkan untuk tubuh RCI bagi menyiasatnya. Nampak sangat pemimpin-pemimpin Umno begitu terdesak untuk mengaibkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Sekiranya ditubuhkan, RCI Memali itu merupakan suruhanjaya siasatan kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat peristiwa yang berlaku di bawah pentadbiran Dr Mahathir. RCI menyiasat kerugian akibat dagangan mata wang asing 1990-an akan bersidang esok.

PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.

Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.

Namun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.

Isu ini kembali hangat selepas kekecohan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” Ahad lepas, selepas objek dilontarkan ke pentas semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 01:44 AM | Show all posts
Kapal dah nak tenggelam dok sebuk nak cari salah siapa bagi kapal tu bocor nak buat apa?

sepatutnya ambil tindakan segera untuk masalah yang sedang di atasi sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpayah la nk ungkit kisah lama..cuba tgk masalah negara sekarang yg boleh effect anak cucu cicit nnti...pemimpin selalunya seorang yg looking forward dia ni suka pulak back to the past. Xfhm makcik. Haish...cuba fikirkan mcm mana nk atasi masalah ringgit yg xstrong; lambakan PATI; masalah sosial bdk2 sekolah zaman sekarang yg makin meruncing; lambakan org sakit mental rogol sana sini xkira anak sendiri; rakyat yg hidup di paras miskin bandar berlambak lambak dan mcm mana nk bantu mereka; masalah pengangguran yg semakin meningkat untuk lepasan ijazah; mcm mana nk bantu kerajaan well govern the country dan manage duit kerajaan dgn baik etc...byk pulak makcik membebel
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
RCI ni bukan ada fungsi pon. Even if deyol dedah the truth kerajaan berkuasa sah2 buat derk jah. Macam kes IC projek kat Sabah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2017 08:11 AM | Show all posts
Atifan replied at 21-8-2017 02:14 AM
Xpayah la nk ungkit kisah lama..cuba tgk masalah negara sekarang yg boleh effect anak cucu cicit nnt ...

Betul

sokong makcik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.076383 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list