CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1693|Reply: 33

[Tempatan] Kemerdekaan milik rakyat, bukan parti politik. Last call rayu pasang bendera FRE

  [Copy link]
Post time 21-8-2017 11:10 AM | Show all posts |Read mode


Rakyat diminta mengetepikan sementara perbezaan fahaman dan pemikiran politik masing-masing bagi membolehkan Hari Kebangsaan ke-60 disambut dalam keadaan aman damai.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kemerdekaan yang tercipta bukan untuk mana-mana parti politik sebaliknya adalah kemerdekaan buat seluruh rakyat.

"Jadi, kita perlu sama-sama berdiri teguh sebagai rakyat Malaysia bagi membolehkan keamanan, kemajuan dan pembangunan negeri dan negara dapat dicapai," katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Alor Setar malam semalam.

Ahmad Bashah berkata semua rakyat perlu bersatu hati dan bekerjasama dalam memupuk perpaduan antara semua kaum yang ada bagi membolehkan pengisian kemerdekaan dicapai.

"Pelbagai cabaran dan halangan yang telah kita tempuh untuk peroleh kemerdekaan dan hasil daripada kerjasama dan perpaduan kesemua kaum banyak yang telah kita peroleh sepanjang tempoh 60 tahun kemerdekaan ini," katanya.

Sementara itu, beliau meminta semua rakyat untuk memasang Jalur Gemilang di setiap rumah, premis perniagaan dan kerajaan sebagai tanda kesetiaan dan kasih terhadap negara ini.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 11:20 AM | Show all posts
tu sbb rakyat kena gantung bendera....tak kira siapa memerintah...

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon pun sanggup  beli bendera maleysie kat hari kebangsaan,,,,,untuk dibakar tapi
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setiap tahun pasang bendera. Aku syg negara aku.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 01:44 PM | Show all posts
Aku pasang dah bendera kat rumah...kat opis 1 Ogos dah mula pasang keliling bangunan...meriah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 01:46 PM | Show all posts
sesetengah tak tunjuk semangat kemerdekaan secara terbuka kerana mereka memakai seluar dalam jalur gemilang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2017 01:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 03:08 PM | Show all posts
bencilah ahli politik yg korup, tp jgn sesekali benci negara..gituuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Simbolik sokongan rakyat terhadap kerajaan sediada..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 09:35 PM | Show all posts

i pun sebenarnya tak ada hati nak pasang bendera ni .

pasal takda apa yg i boleh banggakan .  semuanya korup .

tapi cuma dua tiga hari lepas anak i yg tahun 4 tu bertanya ..

ayah ,  kenapa rumah kita tak pasang bendera  ??

terkejut i .  terasa pulak bersalah .  yalaa ..  budak2 dia tahu apa kan .

terinagat kecik2 dulu cukup bangga dengan bendera mesia .

usung sana sini kalau tak diikat pada basikal ,  dibawa berlari .

rasa bangga sungguh .  sampailah kebesar ..  diside mirror keta tu ..

tercabut ditiup angin ,  sanggop pie beli lagi .   tapi itu lah kenangan .

satu rasa penuh bangga dgn negara sendiri .



tapi berbalik pada pertanyaan anak aku ..


takpa la ..  besok ayah gantungkan .  jadi besoknya ..  aku ambek dua bendera kecik2 tu

yg depa beli sendiri pakai duit belanja sekolah tu ..  satu singgit depa kata ..  aku gantung

kat hujung ampai baju .  meriah jugak rumah aku ..  dari jiran2 yg langsung tak pasang apa2 .

spesis harap bendera free .   


-    geng2 umngok le tewww .





  

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde mood nak pasang bendera... dah lah mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak pasang jer bendera kt tmpt akak nie sbg tanda menyambut merdeka wpun feel blum smpai lg..xmcm dulu2 kalo masuk bulan ogos jer mesti berkobar2 nk smbut merdeka..adakah faktor usia @ keadaan ekonomi @ politik?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Depan rumah akak sentiasa ada bendera..  Russia

Tersemat di hati sanubari juga..  Bertahun lamanya..  
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
X mampu beli bendera,  duit nk beli kfc
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif gantong bendera......ni zaman duit....bukan zaman kibar kobar kibar berkobar......
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:32 PM | Show all posts
Minggu ni baru nak gi beli bendera Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 11:37 PM | Show all posts
ya betul Datuk MB, dan saya pun dah gantung bendera.

masa yang sama, ahli politik pun janganlah bercakap seolah mereka saja yang telah berjasa membina negara ni, seolah seribu satu macam pembangunan tersebut hanya mampu dijayakan oleh mereka sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok ramai setinggan bugi dan pilak kibar bendera malaysia dan bendera sabah di  sabah ni....yang lawak tu ada pula kibar bendera umono   .....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:28 AM | Show all posts
Waktu ni cakap macam tu la... terus terang aku cakap aku tak pasang bendera tahun ni kat rumah sebab aku benci dgn ahli politik sekarang. Aku terpaksa beli satu bendera malaysia dan satu bendera negeri yg kecik utk kereta utk bagi kat tadika anak aku. Bg aku negara yg merdeka harus makmur, rakyat senang, negara lain hormat bukan penuh dengan skandal. Bukan dulu2 nak lawan org asing. Sekarang ni kena merdeka dari pemerintah yg korup, merdekakan rakyat dari GST, merdekakan beban kewangan dari BRIMMMM

Even anak aku tanya kenapa dah beli bendera besar dan gantung kat depan rumah. Aku cakap kat anak aku, kita je yg nak sambut merdeka tapi pemimpin sibuk membazir sana sini. Silap2 dijajah semula tak lama lg sebab hutang sana sini.  Dia org faham ke tak, lantak la.

Suruh yg dapat BRIMMMM tu kibar bendera la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:28 AM | Show all posts
Waktu ni cakap macam tu la... terus terang aku cakap aku tak pasang bendera tahun ni kat rumah sebab aku benci dgn ahli politik sekarang. Aku terpaksa beli satu bendera malaysia dan satu bendera negeri yg kecik utk kereta utk bagi kat tadika anak aku. Bg aku negara yg merdeka harus makmur, rakyat senang, negara lain hormat bukan penuh dengan skandal. Bukan dulu2 nak lawan org asing. Sekarang ni kena merdeka dari pemerintah yg korup, merdekakan rakyat dari GST, merdekakan beban kewangan dari BRIMMMM

Even anak aku tanya kenapa dah beli bendera besar dan gantung kat depan rumah. Aku cakap kat anak aku, kita je yg nak sambut merdeka tapi pemimpin sibuk membazir sana sini. Silap2 dijajah semula tak lama lg sebab hutang sana sini.  Dia org faham ke tak, lantak la.

Suruh yg dapat BRIMMMM tu kibar bendera la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.113291 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list