Kekurangan diri akibat mengalami kecacatan tidak menjadi penghalang buat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ini untuk terus mencari rezeki.
Disebalik kekurangannya, terdapat kelebihan yang dimiliki olehnya iaitu suara yang sungguh merdu. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook 励志感人 Sabtu lalu, lelaki (OKU) berbangsa Cina itu telah memukau hati penonton apabila mendendangkan sebuah lagu berkisahkan perjalanan hidup kita sebagai manusia.
Kredit video - 励志感人
Difahamkan, lagu yang dinyanyikan itu merupakan sebuah lagu Kantonis nyanyian asal, Anita Mui. Suaranya yang sangat merdu ketika mengalunkan lagu tersebut telah membuatkan ramai penonton terpegun malah ada juga yang menangis.
Namun ada juga yang kurang enak didengar apabila terdapat segelintir netizen menafikan bakat yang dimiliki oleh lelaki OKU itu dengan menuduh suara lelaki tersebut adalah palsu dan hanya menggunakan teknik miming.
Walau apa pun tanggapan netizen, kecekalan lelaki OKU itu menempuh kehidupan tanpa mengemis simpati sesiapa wajar dijadikan teladan buat semua. - CARI
Lagu asal nyanyian Anita Mui
|