Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Post time 21-8-2017 04:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku bercuti lama kat utara..saja saja survey..mentaliti sama saja yang 60an kat atas baik umno atau Pas tetap karatt..yang berubah golongan pertengahan ja.
Serupa ajelah orang2 politik ni baik BN, PAS atau PH. Bila jadi musuh semua keburukan dilondehkan bila dan jadi geng semua keburukan disembunyikan. Takyah lah korang nak kata munafik bagai, korang tgk balik video2 ceramah ketua2 parti korang semasa menjadi musuh & semasa menjadi kawan, berbeza 180 darjah ucapannya..
Kenapa marah sangat dengan PAS....
Itu hak PAS, dalam negara Demokrasi, suka hati PAS menentukan halatuju partinya begitu jugak dengan PH.
Bagi UMNO tentu susah utk berkerjasama dlm Parti , susah pembahagian kerusi tapi boleh berkerjasama dalam
kebaikan Agama islam, bangsa dan negara.
kenape baru sekrang nak kerjasama atas islam, sebelum ni nape tak buat nak kerjasama ngn UMNO? nape masa zaman2 dulu x mo.. sebelum ni berjuang atas agama lain ke? baru recent years ni ke berjuang atas islam?
yg paling kesian ialah lobai & macai2..sebelum ni mati2 kutuk UMNO, mati2 kata PAS bkn kawan UMNO..berpuluh tahun lawan UMNO smp solat pun asing2..tup tup bila tgna arwah, dikonar plak kata leh kerjasama dgn UMNO sbb konon demi Islam...pasni macai & lobai terpaksa laa spin lg utk kaver kebodohan pemimpin parti
Macai kadang2 tak pernah cermin diri sendiri bahawa diri sendiri pun macai sebelum mengutuk orang macai. Kita tengok apa yang boss dia orang cakap dulu.