View: 3001|Reply: 54
|
[Tempatan]
Kad kredit: 845 sudah muflis. 43.6 peratus pemegang hanya bayar lima peratus bak
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Sehingga Jun tahun ini, seramai 845 pemegang kad kredit diisytihar muflis ekoran kegagalan mereka menjelaskan hutang kad kredit.
Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, kebanyakan mereka yang muflis itu terdiri daripada golongan berumur melebihi 30 tahun.
“Secara puratanya, 43.6 peratus daripada pemegang kad kredit menyelesaikan hutang kad kredit mereka dengan sepenuhnya sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2017.
“43.6 peratus lagi membayar sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah baki yang belum jelas dalam tempoh yang sama.
“Selebihnya iaitu 12.8 peratus adalah pemegang kad yang tidak membayar baki belum jelas sekurang-kurangnya bayaran minima sebelum atau pada tempoh akhir bayaran,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Menurut beliau, jumlah pemegang kad kredit utama di negara ini adalah sebanyak 3.6 juta orang bagi tempoh sehingga ak­hir Jun tahun ini.
“Setakat Jun 2017, jumlah baki belum jelas bagi kad kredit adalah sebanyak RM36.9 bilion dan daripada jumlah itu, 7.3 peratus atau RM2.7 bilion merupakan baki melebihi tempoh tarikh bayaran.
“Baki tertunggak tidak me­lebihi tiga bulan adalah seba­nyak 6.2 peratus (RM2.3 bilion) dan baki tertunggak melebih tiga bulan adalah sebanyak 1.1 peratus (RM0.4 bilion),” ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa kerja cimb siap bagi statistik mengikut tahun lahir lagi |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada hutang lagi nih tapi bayor la juga.
nak nyesal tak boleh sebab swipe utk bil hospital aiyaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
i pakai kredit kad utk isi minyak sambil2 kumpul point. Dah cukup point boleh tukar barang.. so far dah tukar dapat microwave, vacuum, hp samsung, tower fan... tunggu hujung tahun ni nak tengok boleh tukar apa pulak. Sebulan I mesti spend max rm500 utk minyak kereta sahaja. Satu lagi, sesekali boleh juga isi minyak pakai kad mesra secara percuma. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah cucuk kad kredit kt pam minyak tu cmne nak swipe mesra kad tu ek?hahaha. sorry blur
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada hutang jangan ditangguh-tangguhkan pembayarannya. Kalau x, hmmm menyusahkan diri sendiri juga nanti dibuatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-8-2017 11:18 AM
kalau dah cucuk kad kredit kt pam minyak tu cmne nak swipe mesra kad tu ek?hahaha. sorry blur
Ikut turutan.
Cucuk dulu kad kredit, masukkan pin.
Lepas tu, nanti ada tulis suruh remove card.
Ada instruction masukkan kad mesra, baru masukkan.
Lepas itu ada tulis lagi remove card.
Lepas tu baru isi minyak.
Kalau bonuslink, cucuk kad bonuslink dulu baru cucuk kad kredit. Ni i jarang pakai sebab takde point boleh isi minyak free mcm mesra card. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo guna shell
cucuk cc dulu
then br cucuk bonuslink
|
|
|
|
|
|
|
|
oh faham , akak fikir kena cucuk situ habis isi minyak pg kaunter
atau dia auto pilot redeem direct kepada penama kad kredit. terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
oh faham, terima kasih. suka isi petron dan petronas je sebab banyak redeem
|
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh iols mmg pernah skli terjebak hutang cc ni. serik tawww.
skrg dh bebas. lega sgt2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bonuslink ada point jugak la boleh redeem. sekarang senang nak redeem bonuslink, cucuk je kat self service terminal tu.
tapi aku lagi suka pakai petron, RM45 hanya dengan 3000 point. Petron lagi berbaloi la pada aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau guna cc utk isi minyak petron, kita boleh dapat point untuk cc n petron smiles ke? Atau salah satu sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
ada dulu a few times juga kad mesra rejected tapi x cakap rejected. as long as screen tulis 'insert mesra card or begin filling' bermakna kad mesra tak diterima. only begin filling bila screen tunjuk 'begin filling' saja. nak confirm mesra kad diterima resit mesti kata 'mesra card approved'. if x, kena isi form kat counter so that point masuk. kalau tak rugi je..
|
|
|
|
|
|
|
|
kad kredit ni satu sumpahan....sepatutnya banyak mana guna banyak tu juga bayar balik...kalu takat nak bayar 5%..cari nahas la jawabnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
guna kredit kad maybank petronas ikhwan dapat cashback 8% for weekend fueling up to max of RM50 cashback per month
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka....siapa suruh ikut perangai setan |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka....siapa suruh ikut perangai setan |
|
|
|
|
|
|
|
boleh gtau cmner atau kat mana boleh rujuk utk dapat claim cashback tu tak
tenkiu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|