CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 10

[Tempatan] Setiap kali program korban negara perlukan lebih 60,000 lembu, kambing

[Copy link]
Post time 22-8-2017 11:13 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - "Bekalan lembu dan kambing yang diperlukan untuk perayaan Aidiladha minggu depan adalah mencukupi," kata Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), jumlah keseluruhan bekalan lembu dan kerbau bagi bulan ini adalah 43,418 ekor terdiri daripada 23,700 ekor ternakan tempatan dan 19,718 ekor diimport.

Katanya bekalan kambing dan biri-biri bulan ini adalah 31,726 ekor terdiri daripada 20,200 ekor ternakan tempatan dan 11,526 ekor diimport.

“Keperluan bagi lembu, kerbau dan kambing, biri-biri untuk ibadah korban tahun ini adalah kira-kira 31,207 ekor dan 25,174 ekor.  Maka, tiada isu bekalan tidak mencukupi pada Aidiladha tahun ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tajuddin, yang sebelum itu bertemu pengimport daging dari India, berkata sebanyak 28 rumah sembelih di seluruh Semenanjung akan beroperasi dengan 13 daripadanya telah memenuhi syarat Export Supply Chain Assurance System (ESCAS) bagi tujuan penyembelihan ternakan daripada Australia.

JPV juga mengeluarkan lesen kepada 60 rumah sembelih ruminan swasta di seluruh Semenanjung bagi penyembelihan ternakan korban, katanya.

“Penyembelihan yang dijalankan di luar rumah sembelih seperti di masjid, sekolah, taman perumahan, tempat awam dan lain-lain diberi kebenaran melalui permohonan permit penyembelihan luar yang boleh didapati di rumah-rumah sembelih JPV Negeri dan Daerah,” katanya.

Beliau berkata dokumen-dokumen wajib bagi semua ternakan penyembelihan korban perlu mempunyai Akuan Kebenaran Pindah Ternakan dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV).

Tajuddin berkata bayaran RM35 seekor dikenakan untuk tujuan pemeriksaan bagi memastikan ternakan yang mahu dikorbankan bebas daripada sebarang penyakit dan selamat untuk pengguna. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
syukur alhamdulillah, rezeki bg penternak lembu kambing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2017 11:30 AM | Show all posts
last year aku jumpa dengan peternak2 segera ni
biasanya time Ramadan mereka dah mula import lembu dari luar
so sempat la dia org ternak utk 2 bulan
yg pentingnya disini modal dan tanah utk letak ternakan sementara ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 12:25 PM | Show all posts
kos nak ternak lembu dalam kandang sangat mahal berbanding ternak lembu di padang ragut.

kos import lembu thailand lg murah.

kalau kira kos dah kenapa nak ternak juga kalau lembu daripada thailand murah? kecuali ringgit jatuh teruk macam sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 12:45 PM | Show all posts
R2D2 replied at 22-8-2017 11:30 AM
last year aku jumpa dengan peternak2 segera ni
biasanya time Ramadan mereka dah mula import lembu d ...

depa bagi gemuk dulu kot..pastu jual...untung tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 12:47 PM | Show all posts
penternakan ni kos tinggi risk tinggi so x ramai yang nak join
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2017 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lembu India ke ni dik?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 03:45 PM | Show all posts
biasanya lps musim korban..poket lebat tokey2 lembu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 05:28 PM | Show all posts
klau kite ade tanah sedap ar, tp risiko kena rembat plak
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 05:36 PM | Show all posts
klu xde kandang tu pls lh jgn lepas bebas gitu je
kawal dlm kwsn tanah sndiri dh lah
ni hbs tanah org pun lembu2 ni masuk
ada yg smpi naik ats jln raya
smpi ada org yg eksiden mati sbb jln gelap xperasankn lembu2 ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2017 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bagi daging lembu pejal kasi makan batang pisang sama kicap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.072997 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list