CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2136|Reply: 26

[Tempatan] PM Najib : Saya Tak Ada Kuasa Ubah Harga Minyak, #18 Rafizi : Najib Paling Berk

  [Copy link]
Post time 23-8-2017 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cancer_files at 23-8-2017 11:30 AM



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengawal perubahan harga minyak mingguan.

"Harga minyak (berubah), saya tak ada kuasa.

"(Harga minyak) naik, saya tak ada kuasa, turun saya tak ada kuasa," katanya ketika berucap di Perhimpunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan (JKKKP) dan JKKK Orang Asli (JKKKOA) di ibu negara hari ini.

Selain itu, berucap di hadapan ribuan hadirin, Najib menggesa supaya anggota jawatankuasa berkenaan dapat menyampaikan mesej berkenaan kepada masyarakat terutama di kawasan luar bandar.

"Saya hairan, tak pernah berlaku, harga minyak tempatan naik pasal harga dunia naik, (tetapi) pemimpin negara kena kutuk.

"Bila harga minyak turun, senyap," kata Najib lagi.

Malah, kata perdana menteri, negara-negara Teluk yang menghasilkan lebih banyak minyak daripada Malaysia juga tidak dapat menentapkan harga minyak.
Beliau berkata mereka yang mempersalahkan dirinya kerana kenaikan harga bahan api cuma cuba memainkan sentimen politik.

Subsidi minyak yang dinikmati rakyat sebelum ini dihapuskan oleh pentadbiran Najib, dan harga minyak ditentukan menggunakan sistem mingguan yang berdasarkan harga global.

Sejak empat minggu lalu, harga petrol terus meningkat dengan RON95 dan RON97 masing-masing dijual pada harga RM2.15 dan RM2.43.
Harga minyak untuk minggu akan datang akan diumumkan petang esok.

https://www.malaysiakini.com/news/392807

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 09:48 AM | Show all posts
Rakyat Malaysia tak kisah pun apa harga pasaran minyak dunia.
Yg rakyat malaysia kisah adalah harga minyak di pasaran malaysia.

Sapa kata takde kuasa nak kawal :
1. Kembalikan subsidi minyak... kira dapat kawal la tuh.
2. Tetapkan nilai ringgit berbanding USD. Sebab asyik benda ni yg disebut2 oleh politaik bila harga minyak naik. "Harga minyak dunia turun, tapi inggit lemah". Harga tetap naik.

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu masa harga minyak turun dekat dekat raya dia jugak yg mintak puji
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:12 AM | Show all posts
ale uto
ale uto
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kuasa akak layan hal begini saban minggu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:26 AM | Show all posts
Minyak naik, salah Najib.
Minyak turun, menunggu minyak naik dan berterusan salahkan Najib.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2017 10:27 AM | Show all posts
yeahhhh..... right!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:36 AM | Show all posts
konsep pengapungan harga minyak tu mak jah kat kampung ujung bukit tu ke yang buat dan kuatkuasa??? subsidi minyak tu plak pak mat ke decide utk dimansuhkan?? ni yang buat aku rasa nak mencarut pepagi buta ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 10:36 AM | Show all posts
konsep pengapungan harga minyak tu mak jah kat kampung ujung bukit tu ke yang buat dan kuatkuasa??? subsidi minyak tu plak pak mat ke decide utk dimansuhkan?? ni yang buat aku rasa nak mencarut pepagi buta ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengaku jela ko bukan tuhan najib kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:54 AM | Show all posts



https://www.malaysiakini.com/news/361249

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:08 AM | Show all posts
bila turun mintak puji
bila naik xsanggup dimaki ke
eh sial tol pondan botak ni
turun 4-5sen
pastu gah dabik dada memahami denyut nadi rakyat
bila naik 20-30sen
pebnde tah pondan logik ni
dia yg kuatkuasa, dia yg jaga MOF
pastu dia kata xde kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:09 AM | Show all posts
Hello, when you talk about fiscal policy, you talk about priority! Fiscal policy tue dalam decision-making ngkau! Don't make a fool out of citizens boleh tak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 12:21 PM | Show all posts
phuiii..sembang kencang ko najib...taik pon blh gugur dari dubur
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 12:23 PM | Show all posts
tayam replied at 23-8-2017 12:21 PM
phuiii..sembang kencang ko najib...taik pon blh gugur dari dubur

tanpa di teran kan...


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 12:24 PM | Show all posts
Tang ni tak de kuasalah pulakkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 12:25 PM | Show all posts
eh korang,,,harga minyak naik ke turun esok...any update/statement?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2017 12:28 PM | Show all posts
‘Najib paling berkuasa kawal harga minyak’

Datuk Seri Najib Razak sepatutnya berasa malu dengan kenyataannya pada di Perhimpunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan (JKKKP) dan JKKK Orang Asli (JKKKOA) semalam kononnya beliau “tidak ada kuasa dalam menentukan turun naik harga minyak setiap minggu”.


Saya tidak pasti sama ada Najib benar-benar percaya bahawa beliau tidak ada kuasa; atau pun itu hanya helahnya untuk menutup keadaan sebenar iaitu wang rakyat yang boleh digunakan untuk meringankan beban rakyat terutamanya mengawal harga minyak telah dibazirkan oleh pentadbiran beliau dalam projek-projek yang rugi besar seperti 1MDB, Felda dan lain-lain.


Saya yakin Najib tahu bahawa beliaulah yang mempunyai paling banyak kuasa dalam mengawal harga minyak di negara ini.


Kenyataan beliau bahawa harga minyak mingguan tidak dikawal oleh kerajaan persekutuan dan tertakluk kepada harga pasaran semata-mata adalah tidak tepat.


Harga petrol (RON95 dan RON97) dan diesel ditetapkan secara mingguan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggunakan formula berikut:


Harga mingguan (RON95, RON97 dan diesel) = Harga minyak yang telah diproses mengikut harga rujukan MOPS95 terbitan Platts + Jaminan Kos Operasi & Keuntungan + GST (untuk RON97).

Harga minyak diproses: harga pasaran minyak yang telah diproses mengikut gred seperti yang diperdagangkan di Singapura dan laporan harganya diterbitkan oleh penerbitan Platts. Harga yang dilaporkan adalah di dalam Dollar AS (USD) dan perlu diterjemahkan kepada Ringgit Malaysia.

https://www.malaysiakini.com/news/392857
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 12:34 PM | Show all posts

haah..menceceh jer turun
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 01:17 PM | Show all posts
ckp ng org kg boleh la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.079224 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list