CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1115|Reply: 10

Selepas Chong Wei, Beregu Lelaki Negara Turut Tersingkir Awal

[Copy link]
Post time 24-8-2017 12:32 PM | Show all posts |Read mode


sumber : internet



Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain bukan pilihan dari Perancis, Brice Leverdez di pusingan pertama dalam Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland Isnin lalu.


Kelmarin, pasangan beregu negara yang juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut terpaksa akur tersingkir seawal pusingan kedua apabila tunduk 18-21, 16-21 kepada Cheung Eui Seok-Kim Dukyoung dari Korea Selatan.


Memetik laporan Utusan Malaysia, kekalahan V Shem-Wee Kiong bukan sahaja meletakkan Malaysia berisiko gagal menamatkan kempen tanpa sebarang kejuaraan, malah bakal memahat rekod sebagai pencapaian terburuk pada kejohanan tersebut.


Walau bagaimanapun, satu lagi pasangan beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen masih meneruskan cabaran Malaysia namun berdepan tugas getir kerana bakal menentang pasangan No. 2 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark sebentar lagi.


Manakala beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula bakal berdepan pilihan ke-13 dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping esok.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
apaaaaaaa? its okey try harder next time
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakat balik kampung la semua..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 01:21 PM | Show all posts
zulkifli fadhli dah kalah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 01:24 PM | Show all posts
beregu campuran tu akn lwn gold medalist yindon nnt ..
mmg harapan ler nak menang
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq: beregu campuran tu akn lwn gold medalist yindon nnt ..mmg harapan ler nak menang


Oh my CPS ............ {:thief
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tkpee dh buat yg trbaikkk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 03:09 PM | Show all posts
Player negara lain perform betul time kejohanan dunia ni. Msia mcm ada badi kat kejohanan ni.  Dari dulu lagi mmg flop time kejohanan dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba lagi. Boleh buang badi.
Kalau kalah mcm girls team tadi di sea games, puas hati. Berhempas pulas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 03:37 PM | Show all posts
Dah byk kali menang...skali skala x menang pun x pe la...
nobody's perfect...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tau hari tu, sempat dlcw ni balik kl main untuk individu hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.208594 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list