View: 14479|Reply: 83
|
Syarikat Ijoy Saman Al Hijrah
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Syarikat pengambaran milik pelakon, Ijoy memfailkan saman terhadap stesen penyiaran Al Hijrah bagi menuntut pembayaran kerja produksi, iaitu rakaman program bual bicara berjumlah lebih RM265,000, dua tahun lalu.
M A Pictures Sdn Bhd milik Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifly Azahari memfailkan saman itu melalui Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Ijoy yang juga suami kepada pelakon popular Sharifah Shahirah yang bertindak sebagai plaintif menamakan Al Hijrah Media Corporation sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa M A Pictures atas permintaan defendan telah menghantar satu salinan sebut harga bertarikh 29 Oktober 2015 yang mengandungi perincian lengkap berkenaan perkhidmatan kerja-kerja produksi yang ditawarkan bagi tujuan rakaman program bual bicara 26 episod bertajuk Maqasid Syariah - PNB dengan nilai RM265,600.
Plaintif yang menerima tawaran dari pihak defendan sebagai krew produksi menjalankan tanggungjawab dengan menyiapkan kerja produksi program itu sehingga selesai termasuk menyerahkan semua rakaman itu kepada defendan.
Defendan seterusnya menyiarkan siri rakaman program tersebut di rangkaian televisyen, laman sesawang dan media miliknya dan program tersebut telah mendapat sambutan yang baik.
Selepas rakaman akhir program itu disiarkan, defendan masih tidak membayar dan gagal melunaskan bayaran tertunggak sebanyak RM265,600.
Sehingga tarikh pemfailan, tindakan undang-undang pihak defendan masih lagi belum menjelaskan jumlah tuntutan itu.
Berikutan itu plaintif menuntut bayaran sebanyak RM265,600 yang terhutang ganti rugi am, dan ganti rugi teladan serta kos tindakan dan faedah.
Ijoy bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berikutan mempunyai urusan kerja. Plaintif diwakili peguamnya Yusfariza Yussoff.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berit ... joy-saman-al-hijrah |
|
|
|
|
|
|
|
Ade perasan bini dia ckp psal mende ni kat ig. Alaahaiii alhijrah |
|
|
|
|
|
|
|
Saluran agama pun tak lunaskan hutang?? Hutang kan wajib dibayar, mcm yg selalu dimomokkan kpd peminjam ptptn |
|
|
|
|
|
|
|
Aah kt ig shiraijoy ad gmbar sheols penah pegi alhijrah utk bincang kan hal ni... shira cakap mentang2 dia mcm bilissss je dalam industri seni, senang2 je alhijrah nk main2kn dia... alhijrahh islamikkk sgattt |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu ijoy ni ada company buat program tv. Semogo berjaya ijoi. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhijrah ni dah mcm goshop.. Byk betul iklan berbayar |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 24-8-2017 05:35 PM
Aah kt ig shiraijoy ad gmbar sheols penah pegi alhijrah utk bincang kan hal ni... shira cakap mentan ...
Dah tayang lama kan maqasid syariah ni.
p/s: bila cps chuols punya game. |
|
|
|
|
|
|
|
laa..kenapa tak bayar.....
Kita suka mostly rancangan2 kat stesen tv ni..huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni ada forumer dedahkan betapa hauknya alhijrah. Terbukti sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Al Hijrah pun rasanya dah tak banyak dana. Skrg pun sibuk buat segmen ala ala Go Shop tu. Silap2 nanti ilang terus stesen Al Hijrah |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang pon ada travel company kan, enjoytravel ke apa. Pernah ternampak bini dia promote kat ig tahun lepas, tapi x tahu la wujud lagi ke x
|
|
|
|
|
|
|
|
likecandy replied at 24-8-2017 06:46 PM
Dorang pon ada travel company kan, enjoytravel ke apa. Pernah ternampak bini dia promote kat ig ta ...
Oh ye ke. Iols tak tahu. Tahu ijoi ada kedai makan je hihihi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyooo dari tahun 2015. Dengan Al Hijrah offer slot iklan badut2 product re branding, bayor ler hasil titik peluh orang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 24-8-2017 05:39 PM
Alhijrah ni dah mcm goshop.. Byk betul iklan berbayar
Betul..dulu suka jugak tgk..tp skrg xlarat mengadap iklan 3 suku. Kdg2 iols ragu2 tgk produk2 tu boleh percaya ke tak. |
|
|
|
|
|
|
|
JeepersCreepers replied at 24-8-2017 08:30 PM
Betul..dulu suka jugak tgk..tp skrg xlarat mengadap iklan 3 suku. Kdg2 iols ragu2 tgk produk2 tu b ...
Slot Assalamualaikum yg pagi2 tu pon byk iklan.. Dulu best jgk tgk.. Skrg malas dah nk layan.. Produk2 timbang kati kot ada duit byk boleh la bayar iklan.. Satu slot beribu kot |
|
|
|
|
|
|
|
Selain produksi, heols pon ada restoran kan.. Enjoys corner.. Tgok heols ni mcm biasa2 sbb org nampak shiera yg lbh menyerlah.. Tp sebernarnya heols ni masyuk.. Tgok je la rumah heols.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|