Aduh, tak tahan melihat masak lemak putih ni. Ditambah pula lawannya, sambal belacan. Memang tak ingat dunia kalau makan ni! Boleh rosak diet dibuatnya kalau tak kuat 'iman'.
Ha, masak lemak putih ni banyak kelebihan dia sebab sesuai untuk hampir semua jenis sayur. Campaklah petola, pucuk paku, kubis, lobak merah, kacang panjang atau bayam. Semua sedap!
Siapa yang suka makan laksam atau laksam, pasti anda akan menyukai resipi kali ini kerana kami akan kongsikan resipi bayam masak lemak putih versi Kelantan!
Eh, lain ke? Apa saja yang lainnya tu? Jom tengok video ini!
Bahan:
Bayam merah atau hijau
Keledek
Dua ekor ikan kembung, direbus dan ambil isinya
Beberapa biji bawang merah dan bawang putih
Sedikit lada hitam
Santan secukupnya
Garam dan gula
Perasa
Cara membuat:
1. Kisar atau tumbuk bawang, lada hitam dan isi ikan
2. Masuk semua bahan kisar, keledek dan santan ke dalam periuk
3. Selepas mendidih atau keledek sudah empuk, masukkan bayam, gula, garam dan perasa
4. Jangan biar sehingga bayam layu, boleh diangkat dan siap dihidang!
Tak susah pun masak lemak style orang Kelantan ni kan? Sedap dimakan begitu sahaja atau cukup dengan menggandingkannya bersama ikan atau ayam goreng berserta sambal belacan. Layan! - CARI
Kredit: FB Resipi Viral Malaysia |