View: 12366|Reply: 57
|
[11 FOTO] Makeup Saya Buruk! – Pasangan Pengantin Thailand Ditawar Reshoot Gamba
[Copy link]
|
|
Perempuan mana yang taknak kelihatan cantik di hari persandingannya. Sebab itu, pentingnya pemilihan jurusolek yang bagus. Taknak la yang main tempek ja. Inilah yang berlaku kepada pasangan pengantin dari daerah Hankha Chai Nat, Thailand.
Pengantin perempuan, Darika Klinkuhlab menyuarakan kekecewaan di laman Facebooknya apabila diberikan solekan yang boleh dikategorikan sebagai buruk. Dia mengambil pakej dari butik berhampiran rumahnya untuk solekan dan sewaan pakaian.Baginya lebih mudah kerana lebih dekat dengan rumahnya.
Pada hari perkahwinannya 13 Mei lalu, dia pergi ke butik itu pada waktu tengah hari, tapi terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum jurusolek mula menyolek. Jurusolek selesai makeup bila majlis dah nak bermula pada pukul 4 petang.
Walaupun Darika kecewa dengan hasil solekan, tapi dah terlambat untuk makeup semula. Jadi pasangan pengantin cuba untuk tersenyum ketika majlis diadakan.
Selepas itu, dia post gambar perkahwinannya di laman Facebook dan beri peringatan kepada bakal pengantin untuk memastikan mereka memilih butik pengantin dan jurusolek yang betul. Cerita beliau dikongsi secara meluas di Facebook.
Dapat tawaran untuk re-shoot gambar perkahwinan.
Menurut Bangkok Post, Darika dihubungi oleh seorang photographer professional, Park Eun Young. Park menawarkan untuk membawa pasukan jurugambar dan jurusoleknya untuk menjadikan memori perkahwinan mereka lebih indah.
Mulanya Darika menolak tawaran itu kerana kawasan rumahnya adalah perkampungan di bandar Bangkok. Tapi pasukan Park tetap berkeras. Pasukan mereka tiba di rumah Darika pada 15 Mei lalu. Sesi bersolek dan bergambar dilakukan selama lebih 3 jam.
Pasangan pengantin bersama pasukan Park Eun Young sewaktu sesi photoshoot. Hasil gambar memang kebabom!
Gambar & solekan letups!
Park Eun Young berkata dia dan pasukannya gembira membantu membawa kebahagiaan dan kecantikan baru kepada pasangan pengantin muda itu. Memang terpancarlah kegembiraan pasangan ini dengan hasil yang diberikan.
Cantik kan? Siapalah tak happy bila dapat offer untuk buat photoshoot. Hasilnya pulak da boom! Beza betul dengan gambar pada hari perkahwinan mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia 1st pic cam mak hayam |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik makeup yg kali kedua, nmpk comel natural |
|
|
|
|
|
|
|
dah macam org lain..mmg meletup |
|
|
|
|
|
|
|
juru makeup 1st yang hauk tu guna cream temulawak je ke.. kesian pengantin |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la..lawa make up yg kdua tu..
Yg first tu mcm ntah apa2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik makeup keduanya, nampak kurus lak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
baik hatinya org yg sponsor tuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
wowww..rezeki dia
bru nmpk cntik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tacing jugak kisah nii..pnantin pompuan jauh lbh cantik..kalau x di reshoot org pun xtau dia secantik itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya...rezeki diorg..yang pasti aku nampak penantin pompuan tu sweet and humble jer..walau dia mekap tak lawa she looks happy for what it is..then the good things just happen like a magic upon her.
|
|
|
|
|
|
|
|
majlis yg kat rumah dia tu mcm majlis zaman dulu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kebabom.
cantik sgt makeupnya.
yg 1st tu, mcm bedak merah setompok je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya tengok pic 1st tu.
Rabun ker haper MUA tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar yg reshoot semula tu pengantin pompuan muka mcm tunku inah jdt la pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|