CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1719|Reply: 13

Hasan Malek Bakal Berlakon Dalam Filem Komedi, 'This Is Pilah'

[Copy link]
Post time 28-8-2017 11:13 AM | Show all posts |Read mode




Sebelum ini, beberapa individu terkenal sama ada tokoh negara mahupun atlet sukan pernah terbabit dalam bidang perfileman.


Antaranya Tun Dr. Mahathir, tiga orang pemain beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pemain beregu lelaki Goh V Shem diberi tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem tempatan.


sumber : Harian Metro



Terbaru, bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan bakal membintangi sebuah filem komedi romantik berlatar belakang Adat Perpatih.


Memetik laporan Harian Metro, filem terbitan Madness Film Sdn Bhd itu berjudul 'This Is Pilah' yang bakal memulakan penggambaran bulan depan.


Menurut pengasas Madness Film, Shafirul Nizam Haron, filem arahan Rosdi Md Dali itu menampilkan Datuk Seri Hasan Malek sebagai pelakon jemputan dan pelakon utama terdiri daripada penyanyi rap tempatan, Juzzthin dan Waris serta Ito yang merupakan artis berasal dari negeri berkenaan.

"Filem ini menampakkan kelainan apabila semua dialek menggunakan bahasa Negeri Sembilan. Sementara itu pelakon wanita masih misteri."


"Buat masa ini kami juga sedang berunding untuk menjemput kartunis Ujang dan penceramah, Ustaz Syamsul Debat," katanya.


Jelasnya, filem ini berkisar mengenai pemuda dari Kuala Pilah yang mahu berkahwin dengan wanita idaman namun dihalang bapa lelaki berikutan berasal dari suku yang sama.


Dalam pada itu, Undang Johol, Datuk Muhammad Abdullah akan dilantik sebagai penasihat filem berkenaan yang menelan perbelanjaan sebanyak RM1 juta.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2017 01:23 PM | Show all posts
boleh tak I nak nominate kartunis Ujang?let's help him.

Syamsul Debat dah byk job tu.

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:25 PM | Show all posts
WHO ARE YUSSSS???
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 28-8-2017 01:25 PM
WHO ARE YUSSSS???

Lama tak jumpa akak tetek nyut nyut
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato...tolong pilih I sbg heroin u...tak pun pelakon tambahan..I org pilah tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pilem haprak stendet Julie dahlan atau Usop Selam jah ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2017 02:54 PM | Show all posts
Aik tak boleh ye kawin dengan suku yang sama? Eden orang nesmilan pun tak tau ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pelakon pompuan rasanya sari yanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2017 05:05 PM | Show all posts
zaman jd menteri statement setarap mad maslam
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 05:18 PM | Show all posts
PandaSaka replied at 28-8-2017 02:54 PM
Aik tak boleh ye kawin dengan suku yang sama? Eden orang nesmilan pun tak tau ni

tak boleh.
silalah rujuk apakah suku anda dan your bakal pengantin dengan ahli keluarga masing-masing.
masih ramai yang amalkan tak kawin sama suku ni.


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kawin sama suku tu konsepnya macam kawin sesama adik beradik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 05:23 PM | Show all posts
who are yuss??
semasa la sangat isu ni.
adakah dengan kemunculan dato dalam filem boleh mengubah nilai ringgit kita?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
eden nak cadangkan ambek nek mah rambut gerbang jadi heroin. dio kan org pilah, wareih ekau juo
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon pulak dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061649 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list