CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3703|Reply: 25

4 Jenis Skrub Buatan Sendiri

  [Copy link]
Post time 28-8-2017 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 25-1-2022 04:40 PM

Setiap hari kulit kita tidak akan terlepas terdedah dengan sinaran cahaya matahari, habuk dan kekotoran yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Oleh yang demikian, mencuci muka dengan pencuci wajah sahaja tidak mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Di sini skrub berfungsi untuk menghilangkan segala cela dan merawat sel kulit mati di wajah. Berikut adalah cara mudah untu k anda melakukan skrub buatan sendiri di rumah.

Skrub Kopi


Kandungan flavonoidnya dan polifenol yang terkandung di dalam kopi berupaya untuk mencegah radikal bebas. Selain itu, kafein yang ada pada kopi juga berfungsi sebagai vasorestrictor yang membantu menegangkan wajah. Hanya ambil satu sudu kopi dan dicampurkan sedikit dengan air. Kemudian sapu rata ke muka, biarkan sehingga kering dan bilas. Skrub ini juga boleh digunakan untuk skrub badan jika anda mahu.

Skrub Teh Hijau

Teh hijau bukan sahaja baik untuk diminum, namun ia juga boleh digunakan sebagai skrub wajah. Selain kandungan antioksidan yang tinggi mampu membantu mengusir radikal bebas. Anda hanya perlukan teh hijau dan sedikit madu digaul bersama untuk dijadikan pes skrub. Lumur rata ke muka, biarkan beberapa minit dan bilas. Skrub ini salah satu cara digunakan untuk menghilangkan bekas
jerawat.

Skrub Beras

Skrub yang sering diamalkan dan diturunkan secara turun-temurun kerana keberkesanannya memang terbukti menghalus dan melicinkan wajah dan tubuh badan. Hanya mengambil segenggam beras dan gorengkannya tanpa minyak sehingga keperang-perangan. Kisar beras dan dicampurkan dengan kunyit hidup anggaran sebesar ibu jari yang telah ditumbuk. Campurkan adunan skrub tadi bersama sedikit air asam jawa dan perapkan seketika. Kemudian, boleh digunakan sama ada sebagai skrub muka atau badan.

Skrub Oat


Cukup sekadar mengambil senduk oat yang telah dikisar kasar. Lalu campurkan sedikit air dan diratakan ke seluruh permukaan wajah terutama sekali dibahagian ‘Zon T’ wajah iaitu dahi, hidung dan dagu. Biarkan selama beberapa minit supaya nutrisi yang ada pada oat mampu meresap masuk ke kulit wajah. Biarkan beberapa minit lalu bilas sehingga bersih. Skrub beras ini berupaya membersihkan kotoran dan minyak di wajah namun masih mengekalkan kelembapan kulit muka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2017 01:17 PM | Show all posts
pernah buat scrub gula perang+madu+olive oil, result dia serius superbbbb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka scrub kopi .bau dia mmg sedap la.mmg cpt je habes klau pkai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
penguingemok replied at 28-8-2017 01:17 PM
pernah buat scrub gula perang+madu+olive oil, result dia serius superbbbb

Best ke.xdtg semut ke.manis2 tu. nk tau portion ingredient boleh.nk try juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:35 PM | Show all posts
rasanya mcm pernah buat something dgn oats...scrub or mask ya..lupa pula..tak repeat sbb oats ni gooey gooey sikit bila kena air..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:41 PM | Show all posts
Skrub kopi sangat bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2017 01:45 PM | Show all posts
Jeniechan replied at 28-8-2017 01:34 PM
Best ke.xdtg semut ke.manis2 tu. nk tau portion ingredient boleh.nk try juga

Setakat ni tak bersemut lagi. jangan la bawak tidur. Lepas apply terus cuci. Buat banyak banyak simpan dalam bekas yang bertutup. Tahan lama gak. Portion tu ikut banyak mana nak guna. Let say  satu cawan organic brown sugar, olive oil letak la dalam 2-3 sudu. madu dalam 2 sudu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2017 02:56 PM | Show all posts
penguingemok replied at 28-8-2017 01:17 PM
pernah buat scrub gula perang+madu+olive oil, result dia serius superbbbb

Cara-caranya share please!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2017 02:56 PM | Show all posts

Kannnnn!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2017 02:58 PM | Show all posts
Jeniechan replied at 28-8-2017 01:32 PM
Suka scrub kopi .bau dia mmg sedap la.mmg cpt je habes klau pkai

Bau sedap dan sangat efektif.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2017 03:00 PM | Show all posts
penguingemok replied at 28-8-2017 01:45 PM
Setakat ni tak bersemut lagi. jangan la bawak tidur. Lepas apply terus cuci. Buat banyak banyak  ...

Ok noted dapat dah cara caranya

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 03:14 PM | Show all posts
aku slalu buat guna beras & kunyit.. best!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 03:15 PM | Show all posts
nak cuba jugaklah scrub kopi
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
penguingemok replied at 28-8-2017 01:45 PM
Setakat ni tak bersemut lagi. jangan la bawak tidur. Lepas apply terus cuci. Buat banyak banyak  ...

Oh boleh try ni.thanks ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 03:36 PM | Show all posts
skrub kopi pun mmg i suka.. lagi satu buat sendiri letak gula + madu utk scrub bibir.. soft & clean je rasa lepas tu. pakai lipstick esp jenis matte pun nampak cantik
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 28-8-2017 01:35 PM
rasanya mcm pernah buat something dgn oats...scrub or mask ya..lupa pula..tak repeat sbb oats ni goo ...

Mcm geli n kurang best bau oat tu kan.pnh try tp rasa xbest.melekit2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2017 04:31 PM | Show all posts
kittypong31 replied at 28-8-2017 03:36 PM
skrub kopi pun mmg i suka.. lagi satu buat sendiri letak gula + madu utk scrub bibir.. soft & clean  ...

Ok boleh cuba nanti. Thanks for the info.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2017 04:32 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 28-8-2017 03:15 PM
nak cuba jugaklah scrub kopi

Cuba jangan tak cuba. hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2017 04:34 PM | Show all posts
makton replied at 28-8-2017 03:14 PM
aku slalu buat guna beras & kunyit.. best!

The best kan. Keep it up!

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 07:13 AM | Show all posts

yup!! senang & bahan pun simple je. tinggal rajin/malas je.. haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.242108 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list