Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
80198
View
1618
Reply

(Edisi Saiko V5) Hafiz Hamidun vs Joy Revfa. Tergesa-gesa menikah kerana sesuatu #1347. Pengesahan nikah Joy & Rayos ditangguhkan lagi #1528

[Copy link]

Author: bini_fl    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-8-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by bini_fl at 21-9-2017 10:04 AM

Lulus nikah selepas bekas suami mengaku bercerai

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my

SHAH ALAM: Pasangan kontroversi, penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa memperoleh kebenaran bernikah selepas bekas suami usahawan kosmetik itu mengemukakan surat pengakuan mereka sudah bercerai pada 2015.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata isu itu bagaimanapun timbul apabila bekas suami Joy, Ray Imran, tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla.

"Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.


"Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.

"Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.

"Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan.

"Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami," katanya kepada BH Online.

Haris berkata, kemungkinan atas nasihat pejabat agama di Songkhla, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu.

"PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.

"Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu," katanya sambil menambah jika Ray yang mendaftarkan perceraian di Songkhla, tarikhnya adalah mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.

Haris mengaku jika mengikut prosedur, dalam situasi itu, surat cerai perlu dikemukakan sebelum pasangan bernikah.

"Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik. Selalunya bekas suami tak nak campur tangan dalam urusan pernikahan bekas isteri," katanya.

IMG_3820.PNG IMG_3820.PNG IMG_3820.PNG




Hafiz Nasihat Joy Berhenti Manipulasi Keadaan

Penyanyi nasyid popular Hafiz Hamidun meminta orang ramai agar tidak keliru dengan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkenaan status pernikahan dengan wanita Siti Arifah Amin atau Joy Revfa.
Hafiz berkata, kenyataan dikeluarkan itu memang benar di mana permohonan pernikahan pada 1 Mei diluluskan dan bukan memutuskan pernikahan itu sah atau seperti didakwa Joy dalam status Instagram miliknya.

Kenyataan JAIS itu sama seperti apa yang saya jelaskan dalam sidang media Selasa lalu. Kalau dibaca dengan teliti tidak ada apa yang mengelirukan, cuma orang kita keliru dengan tajuk berita itu.

Disebabkan itu saya dihentam pengguna laman sosial. Pada masa sama, Joy tidak sepatutnya memuat naik status dengan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai, katanya kepada Harian Metro.

Hafiz juga menasihati Joy agar berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga tiba hari perbicaraan pada 14 September ini.
Joy tidak boleh menganggap pernikahan kami sah menerusi kenyataan JAIS itu. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini yang mana pernikahan kami tidak sah berdasarkan beberapa fakta kukuh.
Jangan manipulasi kenyataan yang ada. Isu sekarang bukan lagi membabitkan pernikahan sah atau tidak, sebaliknya kembali kepada tuntutan Joy iaitu faraq nikah atau pembubaran nikah, katanya.
Dalam masa sama, Hafiz tidak marah dengan komen yang dilemparkan kepadanya di laman sosial kerana menganggap mereka tidak faham situasi sebenar.
Bagi yang faham apa berlaku, tidak ada masalah. Cuma yang tidak faham saja yang main cakap dan hentam.
Saya sudah penat dengan isu ini. Kalau boleh saya nak habiskan cepat. Banyak lagi perkara lain saya nak buat. Sehinggakan kalau saya muat naik gambar orang tetap komen yang bukan-bukan, katanya.
Terdahulu pada Selasa lalu Hafiz dalam satu sidang media khas menjelaskan dia tidak pernah bersama dengan Joy.
Menerusi kenyataan sama, Hafiz memaklumkan, permohonan cerai taklik Joy dengan bekas suami, Mohd Rayos Abdul Rahim disahkah jatuh talak satu pada 13 Julai lalu.
Kredit : Hmetro


Kenyataan Jais Tepat, Adil - Hafiz Hamidun
Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 4:02 PM

*                 Oleh: KEMALIA OTHMAN
*                 mstar@thestar.com.my

Hafiz minta tunggu keputusan mahkamah pada 14 September nanti.

PENYANYIHafiz Hamidun menganggap kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Khamis berhubung kemelut yang membadai bahtera perkahwinannya dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa sebagai tepat dan adil.
Hafiz, 33, menerusi laman Twitter memberitahu dia mengambil keputusan untuk mengasingkan diri selagi masalah ini belum selesai bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.
"Kenyataan yang sangat adil dan tepat untuk kes ini, sekarang sedang menunggu keputusan pembubaran nikah yang difailkan Joy pada 14 September.
"Jais memberi kelulusan saya dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu, namun kegagalan Joy menyerahkan surat cerai menyebabkan saya perlu mengasingkan diri," ujarnya.

Hafiz memberi reaksi susulan kenyataan jabatan agama yang membenarkan pernikahan itu selepas bekas suami Joy iaitu Ray Imran, mengemukakan surat akuan bercerai pada 2015.

Pasangan ini bernikah pada 1 Mei lalu.
Menerusi laporan sebuah portal berita itu, Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim berkata, isu itu hanya timbul apabila Ray Imran gagal mengemukakan sijil perceraian dari pejabat agama Islam di Songkhla, Thailand iaitu lokasi di mana mereka bernikah.

Joy telah ke Songkhla untuk menguruskan perkara berkenaan, namun gagal kerana ia seharusnya dimohon oleh bekas suami.

Akibat ketiadaan sijil perceraian itu Joy terpaksa membuat permohonan taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu 13 Julai lalu.
Disamakan Seperti Pelacur, Joy Revfa Minta Hentikan Hinaan

Bagaimanapun, jika bekas suaminya mendaftarkan perceraian berkenaan, tarikhnya mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.
Dalam pada itu, Hafiz menambah kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pekara tersebut secara dalaman, namun diingkari Joy apabila membuat sidang media.
"Isu ini sebenarnya telah setuju dua-dua pihak untuk diselesaikan secara dalaman dan senyap saja. Tapi pihak Joy telah membuat sidang media. Saya mengambil keputusan mengasingkan diri dan tak tinggal sebumbung selagi masalah ini belum selesai. Semua demi mengikut syariat Islam.
"Saya tak mahu persoalkan kenapa. Tapi itulah yang jadi, Joy yang failkan pembubaran pernikahan. Kita tunggu keputusan mahkamah," ujarnya.

Hafiz berasa ragu-ragu terhadap perkahwinan berkenaan selepas Joy gagal memberi sijil nikah.
Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 18 Ogos lalu.
Permohonan tersebut dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.
Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/25/hafiz-hamidun-respon/#wHHvYy40smWPL96f.99
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-8-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
IMG_3816.PNG IMG_3816.PNG
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
yeayy umah baru. tq tt!! kesianlah orang yang dikatakan bersalah menasihati joy itew.. padah tolong anjing tersepit
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:04 AM | Show all posts
Udah benang ke 5. hahaha..benang lama dah close. Jenuh aku refresh kot2 ada benang baru..hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka.. I love u laaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:06 AM | Show all posts
aku x caya fiz midon langsung sejak kes ngan Jaafar Onn lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:06 AM | Show all posts
umah lame x khatam lagi nieh....
mcm berulang pun ade ...sementara nk tggu ke 14 sep ni .....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:08 AM | Show all posts
Dyana Sopia mengamuk. Time adik dia nikah kat Siam dulu tak mengamuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:09 AM | Show all posts
satu je nak tanya
apsal awal2 lg repah dgn rayos nikah kat siam???
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:11 AM | Show all posts
yahoooo ade umah baru
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:12 AM | Show all posts
Diam-diam sudah la weyh. Ni semua nak pung pang pung pang. Tunggu jer 14/9 nanti.
Memandangkan i dah menyampah dengan semua watak dalam kes ni, so i kurangkan dulu hencapan buat sementara waktu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-8-2017 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
martiena replied at 29-8-2017 11:06 AM
umah lame x khatam lagi nieh....
mcm berulang pun ade ...sementara nk tggu ke 14 sep ni .....

yes just recap je..belum ada isu baru..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
X setel lg masalah dorg ni?dua2 dpt malu,dua2 dpt aib..sekali ngn family masing2 dpt arang kt muka tuh...korg ttp bersama pun tp family (especially belah pmpuan) perangai lahanat,msti jd awkward n x bahagia sbb dorg duk kutuk2 sindir2 ko..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:19 AM | Show all posts
mieymiey replied at 29-8-2017 11:12 AM
Diam-diam sudah la weyh. Ni semua nak pung pang pung pang. Tunggu jer 14/9 nanti.
Memandangkan i da ...

Tak per.. hencapan 14.9 nanti lagi hebat. La ni meh kita hencap jer mana ada.
Hehehe.. dok menunggu kot2 ada yang nak cerita pasal punca perceraian both kakak n omak nya.
Kot2 ada yang kenal la.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:21 AM | Show all posts
bini_fl replied at 29-8-2017 11:18 AM
yes just recap je..belum ada isu baru..

mohon tag meols kalau ade isu baru.
sibuk kejar lembu ni nak raya.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:23 AM | Show all posts
bambimo replied at 29-8-2017 11:09 AM
satu je nak tanya
apsal awal2 lg repah dgn rayos nikah kat siam???

sebab sheol bini no.2
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:23 AM | Show all posts
vios880 replied at 29-8-2017 11:19 AM
Tak per.. hencapan 14.9 nanti lagi hebat. La ni meh kita hencap jer mana ada.
Hehehe.. dok menung ...

Sesi hencapan tetap berterusan kekdahnya sementara menunggu api membara 14/9 nanti
Kalau la family si Joyah ni tak mencapub, kurang sikit kata-kata hencapan. Sendiri yang attention seeker.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:24 AM | Show all posts
dasat...x sempat khatam rumah 4...cepatla 14hb wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:26 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 29-8-2017 11:19 AM
X setel lg masalah dorg ni?dua2 dpt malu,dua2 dpt aib..sekali ngn family masing2 dpt arang kt muka t ...

Kan? Kalau aku jadi HH, walau menggunung pun sayang aku kat Joyah tapi bila tengok perangai mak dengan kak ipar yang kurang waras macamtu, elok la aku angkat kaki. Tak sanggup aku ada hubung kait dengan keluarga saiko macam diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Iol tunggu 14.9 jer. Buat mse ni tngok je la drama rempah sekeluarga dan HH. Nanti boleh guna modal ni utk ungkit mse 14.9. iols malas nak menyokong mne2 pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 29-8-2017 11:12 AM
Diam-diam sudah la weyh. Ni semua nak pung pang pung pang. Tunggu jer 14/9 nanti.
Memandangkan i da ...

Sokong sape?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 29-8-2017 11:26 AM
Kan? Kalau aku jadi HH, walau menggunung pun sayang aku kat Joyah tapi bila tengok perangai mak de ...

Bini die skali pun saiko jgk..ai xtaw laa tp bile baca komen kt yutube,rata2 menyokong c joy ni n y xley blah komen kata c joy ni lawa..ai tgk xde laa lawa sgt,mekap selepuk,n proportion body bsr d atas,kecik d bwh..hrp dlm pic aje nmpk slim but irl nan hado...sblm ni ai ok je ngn joy ni,tp makin meluat sbb suka play victim,tmbh lg ngn kakak n mak die y mencapub tu...a bunch of attention seekers kekdah nyee..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:36 AM | Show all posts
rumah baru..ting! ting! ting!

so far pismidon 1 ripah 0 dlm umah yg lepas2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:39 AM | Show all posts

Hai akakspender
Kita kan satu team yang sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.067902s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list